Friday, August 26, 2011

Saya suka warna hijau, tapi...

Assalamualaikum ~

Suatu ketika dahulu, (eceh, mcm cerpen dulu kala pulak) aku peminat tegar warna hitam. Many of my stuff berwarna hitam, like seryesly. beg hitam, jam hitam, kasut hitam, handphone hitam, camera hitam, tudung hitam sampaikan perabot dalam bilik pun nak hitam dan sampul buku pun nak warna hitam (sampul pakai black sugar paper). Punya la konon-konon macam ala-ala gothic. Kononnya je la.. Ni semua pengaruh My Chemical Romance la ni. haha. Ala.. standard budak-budak baru nak naik.. Gitu la ropenya.


Pengaruh hitam ni juga terbawa-bawa sampai diploma. Bayangkan semua web design, printing design and all of my design projects aku nak bagi color hitam. Patutlah markah suam-suam kuku je. Ikutkan sangat warna kegemaran. Last-last orang pelik apsal design aku black and white je..Nak jimat kos printing..?

choose your color .. source: google

Bila dah boring dark-dark color ni, aku try cari warna yang boleh bagi semangat sikit. So terjumpa warna hijau. Aku pun tak tau dari mana aku boleh suka warna hijau. Maybe terlalu berfikir nak lain dari yang lain. Yelaa.. most of girl nak pink color. Konon-konon nak lari dari typical girl la. Tu yang pilih hijau. Tak ramai kot perempuan suka warna hijau berbanding pink or purple or even blue. So bila dah di biasa kan diri dengan warna hijau, aku pun makin lama makin suka la dengan warna tu. So bermulalah rombakkan dari hitam ke hijau. Dah sekarang kebanyakkan stuff warna hijau pulak. Walaubagaimanapun hitam still feveret color lagi. Tapi takda dah stuff semua nak hitam je.


Bila dah cop diri peminat warna hijau. Apa-apa yang berwarna hijau memang cantik dimata la. Sampaikan Icredible Hulk pun hensem dimata aku, sebabnya beliau berwarna hijau.

ensem kan..? source : google

Lepas tu semua stuff nak warna hijau, kalau tak atau terbeli warna lain rasa macam hilang identiti. -..-" Dan kawan-kawan pun tahu feveret kaler kitew. So kalau tengok or nampak warna hijau nanti diorang ingat la kat kitew.. hahah..(agaknya la..) So aku ada info Rahsia di sebalik warna kegemaran

"Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman.Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai."

Yang ni untuk si hijau sahaja ye, untuk warna lain, korang boleh tengok kat SINI. 


Bila bercakap pasal warna, warna tema untuk baju raya tahun ni bukan warna hijau, tapi Coklat. Aku pernah mengutarakan pendapat untuk memilih warna hijau sebagai warna tema baju raya family untuk tahun ni, tapi tak dapat sokongan dan undian penuh . kecewa woh :(.. Dan my bff mostly akan berbaju raya warna hijau tahun ni. Eh macam tu pulak. Arh.. ! nak usaha kan jugak la, nak cari sepasang lagi baju raya warna hijau. =..=" Tu pun kalau ada mood nak meronda dengan sifat cerewet semulajadi ni dikelilingi orang ramai bagai nak rak kat shopping mall tu nanti sekaligus menyesakkan nafas dan kepala. 



Coklat pun warna yang cantik juga. Aku tak kisah pun sebenarnya. Kalau semua baju raya warna hijau macam tak best jugak. haha .Saja je nak feeling-feeling kecewa. hahah.. (bagi penampor cepat!)


Bye !

p/s: sejak-sejak ni macam dah tersuka warna-warna pastel la plak. urmm ~



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

10 comments:

azu said...

Azu pun suka hijau..hijau itu semangat dan keindahan..bunga pun tak berseri tanpa daun kan...:)
jom singgah2 entry baru azu ttg raya.tq2
http://azumie.blogspot.com/2011/08/seronok-ke-raya-berdua.html

Nabila Wahab said...

@ azu : hehhe.. simbolik tu.. :)

Anonymous said...

hulk mmg ensem, :D

Nabila Wahab said...

@ Scarecrow : hahha.. kan.. ensem kan..

Anonymous said...

very! :D

Nabila Wahab said...

@ Scarecrow : ^__^

YUL said...

sama lah, baju rye kite pon warna hijau jugak.huhu

SYAFIQAHSALEH said...

sy suka wane ijau epal..sweet je :D

.::: Princess MOMOY :::. said...

momoy suka fusia

Qhu_Star'z said...

obses ngn wrna hjau ne...asal wrna hjau ja msti apa2 bnda ja rasa hebat...haha