Thursday, January 27, 2011

Senarai tv series omputih yang mesti follow

Siapa yang tak suka tengok tv kan.. Aku ni antara yang termasuk dalam list2 orang yang hantu tv..Tapi bila duduk kt usm ni jarang2 aku tengok tv.. Bukan takda tv.. tp kemalasan mau turun ke bilik tv.. hehehhe.. so duduk bilik je on9.. Tapi kalau kat rumah, memang jadual aku penuh dengan aktiviti menonton tv jer.. lagi2 kalau cuti sem.. hehehe.. bak kata ayah melekat kat depan tv jer..

Kat sini ada la beberapa senarai tv series yang best dan aku follow..


1. SUPERNATURAL

Series ni memang antara series terfeveret la.. Suka tengok gelagat 2 orang beradik ni.. Satu perkataan untuk series ni --> KELAKAR.. heheh.. Kadang2 ada terdetik jugak kat hati series ni mengarut.. mane taknyer, story sangat bercanggah dengan pemikiran dan agama.. memang sesuai sangat series ni hanya untuk tontonan 18 tahun keatas.. takut kalau adik2 yang bawah umur tengok timbul keconfiusan pulak nanti.. Story nya mengenai 2 orang beradik iaitu Dean & Sam Winchester memburu hantu dan syaitan.. Tapi tak seram pun.. hehhehe

2. AMERICA'S NEXT TOP MODEL
Series ni memang aku follow dari dulu.. Dari season 1 sampai la season 15.. Dari pemenang season 1, Adrianne sampailah Ann Ward yang terlajak tinggi tu.. hehehe.. tapi dalam banyak2 pemenang, aku suka Naima & Saleisha.. Aku suka series ni sebab suka tengok gelagat2 peserta.. Macam2 jenis perangai.. omputih ni memang open dari segala hal contohnya kalau nak marah, marah je terus, tak payah nak simpan2 dalam hati.. Pastu suka tengok teknik shooting.. dan final photo....

3. CSI MIAMI


Series ni memang penuh dengan teka-teki kat setiap episod.. Tiap kali tengok mesti kena mengadap dari start cerita, kalau tak memang tak best.. tak paham nanti full cerita.. Suka tengok pakar2 forensik tu kerja.. Macam style je.. heheh.. tapi dah tak boleh nak set jadi cita2 dah.. hahahha.. forensik art pon ok gak kan... Series ni mengisahkan tentang pasukan forensik yang selesaikan masalah jenayah disekitar Miami. Aku ada compare series CSI, ada banyakkan, CSI New York, CSI Las Vegas..tp memang CSI MIAMI ni la yang paling best.

4. KEEPING UP WITH THE KARDASHIANS


Sebelum tengok series ni, aku tak kenal pun siapa tu KARDASHIANS.. heheh.. Tak dinafikan series ni memang penuh ngan sifat kekeluargaan.. standard family omputih.. memanglah tak sama ngan cara family kita yang melayu ni.. Pada aku cara anak2 dalam family ni respect parent @ orang yang lebih tua agak macam tak best.. maybe culture mereka begitu.. Tapi apa2 pun series ni memang sangat2 enjoy untuk di tonton..

5. KIMORA: LIFE IN THE FABE LANE

Impian aku nak jadi macam KIMORA ni sebenarnya.. Siapa tak nak kan.. kaya, bahagia, berpengaruh.. best!!.. series ni memang aku tak pernah lupa.. tengok ulang2 pun takpa.. heheheh.. boleh belajar2 macam ne nak jadi CEO.. wakakka.. ade ke.?


6. FRIENDS

Cerita ni aku tengok dari zaman sekolah lagi.. Tapi Astro selalu buat ulang tayang balik.. Series ni memang sangat best.. Tengok banyak kali pun tak pernah boring. Salute kat semua pelakon yang memang kelakar habis.. Lagi2 watak Ross.. memang kelakar dengan muka sengal dia tuh.. hahah.. Suka sangat2 bila dia jemput pelakon2 fofular untuk watak sampingan.. Cerita ni mengisahkan tentang 6 orang kawan baik yang menjalani kehidupan di bandar NewYork.

7. PROJECT RUNWAY


Series ni best sebab dia pasal fesyen.. walaupun aku ni takda la tau sangat pasal fesyen.. tapi aku suka sebab dia menguji ke'kreatif'an peserta .. macam2 style ada..

8. SMALLVILLE


Superman versi tv series.. Tapi tak pernah pulak nampak hero dia pakai spender kat luar..hehe.. Selalu tengok cerita ni kat tv3.. Sekarang ni dah ada balik dah.. season 10 kalau tak silap la.. Tak sempat nak tengok lagi sebab ada kt USM.. Cerita ni tentang seorang lelaki bernama Clark Kent yang ada super power.. Alaaaa.. lebih kurang movie Superman tu..

9. AMAZING RACE

Dari yang international sampai yang Asia aku tengok.. Selain tengok dia berlumba, boleh tengok negara orang.. Tak dapat pergi melancong oversea, tengok kat tv pon jadilah.. tengok budaya orang.. Kalau tengok yang Asia punya memang sokong malaysia la.. heheh.. teringin masuk game2 macam ni.. Macam best je.. Masa orentasi USM dulu ada jugak buat game2 maca
m ni.. tapi macam jela..hehhehe..


10. SURVIVOR

Series ni lebih kurang Amazing Race jugak la.. Tapi nampak mencabar sebab duduk hutan.. survive nak hidup.. huhuhu.. Kalau aku memang sangat mencabar.. Tapi cara penyingkiran peserta dia best.. Kalau yang lain biasanya penyingkiran dibuat melalui judges atau pun peserta sendiri yang kalah, tapi Survivor penyingkiran dibuat oleh kawan sendiri..Time tu la boleh
tengok siapa yang belot.. hehehhe..

11. THE VAMPIRE DIARIES

Ingat kita je ke ada diari.. Vampire pon ada tau.. ekekek..Cerita ni yang best sebab ada vampire.. ala2 Twilight.. siap ada wolf lagi sekarang tau.. cerita ni ada sikit2 macam Supernatural, mengenai paranormal.. memang best.. Cerita ni tentang cinta tiga segi seorang gadis bernama Elena (manusia) dengan 2 orang beradik vampire yang mana si abang vampire ni jahat.. Tapi aku lebih suka si abang ni..walaupun jahat.. heee~

12. WIPEOUT


Pada mereka yang berhati kering silalah tengok series ni, kompem basah nanti hati tu.. series yang lebih kurang series ISTANA TAKESHI tapi versi omputih..Kalau tengok series ni memang tak sah kalau tak ketawa berdekah-dekah.. memang agak menghilangkan stress.. tak percaya..? try tengok..

13. THE BIGGEST LOSER


Series ni memang sesuai untuk aku yang mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi dan malas bersenam untuk mengamalkan cara hidup yang sihat dan betul (walaupun aku tak pernah ikut pun cara senam dan pola pemakanan dalam series ni sebenarnya). Aku suka tengok peserta yang bersungguh2 bersenam untuk slim dan akhirnya berjaya slim dan sihat seperti yang di impikan. Aku suka time mereka buat compare before and after.. Memang ternganga gak la aku..


14. THE BACHELOR


Ingin mencari pasangan impian..? Try la masuk THE BACHELOR ni.. heheh.. Actually series ni tak berape nak sesuai dengan budaya melayu kita.. Yelaa.. sesuka hati je nak usung2 orang kesana- sini kan.. Tapi quite fun jugak la..bukan fun bab usung2 tu. tp suka tengok perangai dan gelagat mereka2.. kita boleh nampak siapa jujur dan siapa tak.. tapi atas kajian aku..(cehh..) kebanyakan peserta tak lama pun dengan pasangan pilihan tu.. tak caya..? ce'try' google..

15. MASTER CHEF

Antara rancangan masak-memasak yang wajib tonton.. walaupun asalnya mereka2 ni biasa2 je bab masak2 ni.. tapi setiap episod boleh nampak improvement kat setiap peserta... huhuh.. kagum sambil set dalam hati 'diorang boleh, aku pun mesti boleh..' heheh..





* sekadar pandangan dan pendapat peribadi ~ :)

Tuesday, January 25, 2011

1 malaysia.. weeee ~

Lama tak update blog ni..
tetibe je rasa macam nak tulis something..

baru-baru ni aku dan member ada pergi tengok sambutan perayaan Thaipusam..
tengok je hokeh.....

Plan asal kami2 ni nak pergi window2 shopping kt satu pasar terbuka kt Penang ni (yang di uar2 kan agak fofuler la kt Penang ni..) maybe bukan rezeki kami, separuh dari kedainya tutup sebab beri peluang untuk sambutan Thaipusam (agaknyer la) yang di adakan kat kawasan tu.

so.......
memandangkan dah terlanjur kat situ member2 ni ajak la usha perayaan Thaipusam ni..
mula2 memang aku agak teragak2 jugak la nak singgah.. yelaaa..mane pernah tengok perayaan ni dari dekat.. kat tv pernah la.. tapi atas pujukan dan perasaan ingin tahu, aku pergi la jugak.. aku bukan apa.. just ke'ngeri'an je bila tengok orang kena cucuk2 ni... tapi ok jugak kalau singgah sekejap.. dalam hati pun kate boleh jugak nak shoot2 photo.. tapi bila sampai je kat tempat kejadian, tak sanggup plak nak shoot.. hahha.. ngerii wooooo ~
lagi la pulak hati aku ni besor kuman je kan...
last2 member aku yang shoot.. tu pun tak banyak.. kami2 lebih memerhati suasana sekeliling.. melihat adat dan budaya mereka..




picture kami2 perlu ada hokeh.. photographer : ijaceksi


Last2 time nak balik kami2 terpaksa lalui jalan yang jem amat.. hahaha..
rasakan.. padan muka..

padahal sebelum pergi memang dah tahu jalan memang akan jem gila..



^_^