Thursday, September 29, 2011

Bukan selalu berbaju kurung

Assalamualaikum ~


Hye korang ! Masa mula-mula masuk USM dulu, aku ada standby banyak gile baju kurung, konon-konon stock nak pergi kelas la. Last-last baju kurung tu aku pakai masa orientasi je. Pergi kelas memang jarang-jarang sekali aku nak sarung baju kurung. Lagi pun kat sini tak diwajibkan berbaju kurung, so aku lagi selesa berseluar jeans berbaju kemeja/t-shirt sahaja. Senang.. tak payah nak iron-iron.


Tapi aku suka tengok student-student lain berbaju kurung. Nampak manis je. Tap bila aku berbaju kurung nampak macam kelakar la pulak. Apsal tak sesuweet mereka. -..-" . Watever la.. yang penting selesa pakai baju kurung.







thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Quotes of the day

Assalamualaikum ~


‎' Jangan takut ditinggalkan oleh dia yg kamu cinta. Jika dia tulus, dia takkan pernah meninggalkanmu. Jika tidak, dia bukan untukmu. '




thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday | Pikir masa depan oi !

Assalamualaikum ~





thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Monday, September 26, 2011

Pesta Konvo USM 2011 | convex

Assalamualaikum ~


Hye korang ! 20 - 25 Sept, Universiti Sains Malaysia ada convocation ceremony . So secara automatiknya minggu ni adalah minggu cuci mata kat tapak konvo. Selain boleh tengok abang-abang dan kakak-kakak nampak gojes dengan berjubah konvo kaler purple, kitorang pon boleh tengok abang-abang burger yang macho ber'apron'.. eh.. -..-"

Food court convex yang memang sentiasa crowded.  Macam-macam makanan korang boleh dapat kat sini, makanan selatan, timur, barat, utara semua ada. 


 Feveret food since first day convex lagi. Asal singgah tapak konvo memang cari ni dulu. ce teka apa dia..


Kalau korang cakap karipap memang salah la. Karipap-karipap cinta jauh sekali. Kalau korang cakap eskrim goreng .. yeah !! 100 markah untuk anda. Sedap woo.. 1st time try. 'ok aku ketinggalan'. Macam-macam perisa ada, vanida vanila, coklat, strawberi, jagung, keladi, jagung, durian. Durian selalu sold out. Tapi aku suka strawberi....


Ini bukan 3 layer tea, tapi CENDOL terbaik dari ladang. Harga RM 2.00. Sangat-sangat melegakan tekak korang yang haus giler tu bila dah round 3x tapak konvo. Aku sanggup turun tapak konvo ni semata-mata nak cari cendol ni sahaja. Aku addict cendol.. cedapnya !!


 Otak-otak dari booth ikatan mahasiswa/i Johor (IKMAR). Makanan-makanan yang dijual haruslah yang bercirikan 'JOHORIAN' macam tempe goreng, otak-otak, cendawan goreng, bandung soda. Tapi yang sedihnya diorang takda jual nasi ambang. Seryes susah nak cari nasi ambang kat Penang. :(


Disebabkan ramai giler yang beli otak-otak kat situ, aku pun nak try juga. RM3.00 untuk 5 otak-otak. Mahal ke murah..? Aku tak sure pulak harga otak-otak sebenarnya. Tapi pada aku macam mahal. Malas nak tanya lebih lanjut, takut nanti diorang jawap otak-otak tu di import khas dari kempas Johor pulak. Ternganga nanti aku kat situ.


Jangan tertipu dengan packaging. Aku bajet rasanya macam milo pure, ala..yang macam air kotak milo tu. Tapi.. Sedap lagi milo aku buat.. -..-"


Kecik-kecik tak dapat, so dah besar baru nak main benda alah ni.. hakhak.. Ekceli belon Hello Kitty ni untuk our BFF, TIPS. Dia pengerusi Persatuan Anak-Anak Hello Kitty Malaysia. Tak caye tanye dia.


Bangga woo bawak belon Hello Kitty ni. Dari tunggu brader belon masukkan angin kat belon, tawaf tapak konvo tu sampailah nak balik bilik semua orang tengok. Yang adek2 tunjuk-tunjuk kat belon, yang makcik-makcik sampai kerut-kerut dahi tengok aku bawak belon ni. yang pakcik-pakcik siap senyum smbil geleng-geleng kepala tau. No wonder la Tips suka Hello Kitty, glemer !! -..-"


Teruskan tawaf tapak konvo tu sampai kaki terasa nak tercabut baru balik. Eh aku dah mention belum yang Hafiz Awan Nano dan Alyah di jemput buat persembahan kat sini. Sorry gambar diorang takda. hahah.


bye !

Btw cutekan Google..  Happy birthday Jim Henson's



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Friday, September 16, 2011

Bermulanya kelas | Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum ~

hye korang ! Seperti yang korang sedia maklum, aku dah pun memula sem baru. Dah seminggu dah pun. Sekejap sangat masa berlalu. And FYI aku masih lagi tinggal di hostel dan bilik yang sama dan roommate pun still sama iaitu tak lain tak bukan my dear bff NIQ NUR. yes ! yes !..

me and Niq Nur

Aku sampai Penang lebih kurang pukul 7 pagi Ahad. Seperti yang di'plan', Niq Nur dan aku akan bertolak sama-sama dari terminal bas Sungai Nibong ke USM. Dan Niq Nur terawal sampai Penang so dia dah terconggok kat bus stand tu dari pukul 4 pagi kaw.. gila lama dia tunggu aku, kesian dia. Sampai je hostel kami kena lepak kat cafe dulu sementara menunggu ofis hostel buka untuk mendapatkan kunci bilik. Then dalam pukul 8.30 pagi ofis baru buka. Masuk je bilik, kitorang terus ambil peluang nak tidur dulu. Penat sangat kot. Lagipun stor penyimpanan barang tak buka lagi. 


Petang tu kitorang (Aku, Niq Nur, Yuni dan Eja) singgah Tesco mahu makan sambil mencari sikit barang-barang keperluan. Tapi kami tukar fikiran last minit kerana Yuni mati-mati mahu beli laptop baru hari tu juga, so kami ke Bukit Jambul. Proses men'survey' laptop mau makan masa 2 jam jugak. Biasa la kan, banyak benda kena di pastikan betul-betul, bukan main beli je. Selesai je proses beli laptop Yuni ni, kitorang pun teruslah mencari barang-barang keperluan lain. Alang-alang kat Bukit Jambul tu ada Mydin, so kitorang beli-beli barang kat situ je. 


Balik je hostel, stor penyimpanan barang dah buka. So malam tu juga kitorang punggah barang-barang. Penat tak payah cakap la. Time tu la juga aku ni pening kepala + batuk-batuk kronik. Esoknya bangun, surprise !! aku tak da suara dah... -..-"


1st day - Isnin, aku masih tak attend kelas sebab masih sibuk mendaftarkan subjek. Nasib baik aku dah daftar subjek-subjek teras dan universiti online je, so takda la serabut sangat, just fikirkan untuk subjek minor je. 


2nd day - Selasa, aku dah mula masuk kelas. Kelas start pukul 8 pagi pula tu. Perghhh ! Memikirkan kelas pertama untuk sem ni, aku gagah kan juga untuk attend kelas.. hehe. mase kan datang nanti idak tau la attend ke idak aku kelas tu.. ekekke. =..="

Kitorang duduk depan sekali kot. ekeke..


Gambar di ambil ketika lecture sedang memberi taklimat.. 

2nd day kelas, kitorang dah mula dapat assignment dah. aloooo.... -..-" Tak tahu kenapa, aku masih lagi dalam mood beraya.  otak masih lagi dalam keadaan berehat.. 


3rd day - Rabu, tak tau kenapa, kelas pada hari rabu ni setiap kelas ada sesi perkenalkan diri. Aku ada masalah sikit dalam proses tu sebabnya aku takda suara. So hari rabu ni kira macam hari orang 'gelakkan' aku la. Siot korang.. -..-"


Hari Khamis kira macam holiday day untuk aku, sebabnya memang takda kelas hari Khamis. Dan hari ni Jumaat cuti..


SELAMAT HARI MALAYSIA !!

proud to be Malaysian
peace yaww ! :)



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday | Si Sulung & Si Bongsu

Assalamualaikum ~



~ KAMI SANGAT BANYAK PERSAMAAN ~
:)


thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Friday, September 9, 2011

Malaysian Boys

Assalamualaikum ~

Hye Korang ! Jom layan lagu best ni.. Lantak la orang nak kata lagu ni ciplak lagu American Boy ke kan. Pada aku lagu ni best lagi kot dari version American Boy. Yang penting suara Ila Damia ni memang best ..






(Altimet)
Salam si anggun si gadis ayu
Dari kotaraya ke pedalaman kamu
Dari Likas ke Pekan Rabu
Di carta aku kau nombor satu
Aku berikrar aku berjanji

Teman-teman aku menjadi saksi
Jauh di mata dekat di hati
Jadi izinkan aku pergi berlari
Keliling dunia dua tiga kali
Ku tahu hanya satu perkara pasti
Selagi bumi di atas paksi
Bila tiba masa aku kembali

(Ila Damiaa)
Bawaku ke mana saja kau suka
Timur selatan barat atau utara
Dampingi aku selalu
You’ll be my Malaysian boy
Malaysian boy

(Point Blanc – Translation)
If you ask Point Blanc where is home
It’s definitely this land called Malaysia
This is the best place in the whole world
There ain’t no problems
Just open up your eyes
There are plenty of beautiful women around
Enjoy all kinds of food and drink everyday
There’s no worries in our lives
We know how to work hard but we also know how to enjoy life
Wherever I go it will never change my view because in my mind you are the best
Malaysia is oh my homeland and is most precious to me

(Rabbit Mac)
Vanakam everybody hi hello
Oru suthe pollam jom let’s go
Okay yen pearu Malaysian boy
Yethe senjalum kita sempoi
Tambi tangachi
Mumy dady akka tata patti vanthachii
Dari kampung ke kota machi
Sabah sampai PNG
Sigappu nellam velle manje
Nerathil vaanavil yen nattil theriye
Vadakku kilaku east and west
Nambe naadu malaysia
We the best

(Rabbit Mac – Translation)
Greetings everybody hi hello
Come let’s go for a tour around the nation
Okay my name is Malaysian boy
Whatever we do we are always good
Brothers sisters
Mommy daddy sisters grandpa and grandma have come
From the village to the city
From sabah till penang
Red blue white and yellow
You can see rainbows of these colors in my country
North south east and west
Our country Malaysia
We are the best


thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Tuesday, September 6, 2011

Tarikh kemasukan duit PTPTN untuk sesi 2011/2012

Assalamualaikum ~

Hye korang ! Kepada student yang ada membuat pinjaman PTPTN, korang dah boleh semak tarikh kemasukan duit PTPTN sesi 2011/2012 ke akaun korang mengikut universiti. Aku tau maklumat ni pun dari blogger Pak Pis.com. Terima kasih pakpis for the info..so benda bestkan, kena la share. Duit uollss , ade sesapa cakap tak best..?


Universiti Sains Malaysia (semua cawangan) akan terima duit pada 10hb 9 2011. Awal masuk duitnya, awal habis la alamatnya. Kena berjimat ni.




Mau info lebih jelas dan boleh dipercayai, korang terjah la laman web PTPTN -Anjung. Then semak kat pengumuman-pengumuman penting kat situ.


Bye !

p/s: layan lagu lama.. duit, duit dimana kau duit..



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Persiapan untuk ke sem seterusnya

Assalamualaikum ~

Hai Korang ! Kurang seminggu je lagi aku akan meninggalkan Johor dan bertolak ke Penang. Fuh.. sangat pantas masa berlalu. Haritu terasa lama sangat duduk rumah, tapi bila tinggal tak sampai seminggu ni terasa sekejap sangat la pulak. Masa memang tidak akan meninggu kita walau sesaat. 4 bulan terasa macam 4 minggu je. Kira ok la tu.. dari terasa macam 4 hari.. -..-"


Persiapan untuk bertolak ke Penang aku tak prepare apa-apa pun lagi. Awal lagi kot, just dah beli tiket bas je la. Bab packing-mempacking tu maybe aku buat last minit. Aku kalau tak buat kerja last minit memang bukan aku la jawapnya kan. Barang yang di bawa tak banyak pun, yang penting-penting je. Yang tak penting tu maybe aku boleh beli kat Penang je nanti. Ekceli separuh stuff aku, aku tinggalkan kat stor hostel. So hopefully kerja pemunggahan akan berjalan dengan baik. Harap takda la stuff yang hilang or rosak.


Penempatan aku kat uni nanti tiada masalah. Aku masih lagi tinggal kat hostel yang sama. Bakti Permai Chak aa' Chak aa'.. Cuma bilik je tak tau kat mana. harap bilik yang sama je la. Buat ape la nak susahkan diri nak menukar-nukar bilik kan. Hope pihak pengurusan tak pening-peningkan kepala mereka sekaligus boleh memeningkan kepala aku bab bilik-bilik ni.



Pendaftaran subjek aku dah buat awal-awal lagi masa pembukaan untuk pendaftaran subjek haritu. Just masih kusut untuk minor subjek. Itu akan diuruskan Isnin nanti. Dan juga untuk kokurikulum subjek. Ni aku marah, aku daftar subjek ko-k ni masa hari 1st pembukaan pendaftaran subjek ko-k tau. Tapi still kne reject. Takkan subjek ko-k yang aku pilih  tu dah full pulak masa 1st day daftar tu. urmm.. Benda ni pun aku kena settle kan hari Isnin ni. Aku kena ambil juga subjek ko-k ni. Kalau tidak aku rugi 1 unit nanti. Jadual-jadual kelas pun aku kena semak lagi hari Isnin ni. Takut ada kelas yang clash. Fuhh.. banyak benda kena buat Isnin nanti.


Tu la perkara-perkara yang aku ingat buat masa ni. Semoga dipermudahkan segala urusan. Owh untuk USM, hari ni 6/9/2011 adik-adik junior dah start ber'orentasi'. Bersedialah dibuli selama seminggu. hakhakhak. Aku dah rasa.. sekarang korang pulak rasakan. gaggaga..


Bye !

p/s: Sampai Penang aku terus nak terjah pecel lele lah ! nyum3..



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Sunday, September 4, 2011

Lee Min Ho (Boys Over Flower) hensem hasil plastik surgery ?

Assalamualaikum~

Hye korang ! layan Boys Over Flower..? Kalau korang layan korang mesti kenal sorang pelakon Korea ni. Lee Min Ho. Alaa  yang pegang watak anak orang kaya giles yang nama dia Gu Jun Pyo tu. Hero drama Boys over Flower, yang encem tak hengat tu. 











Kalau korang cakap tak ensem, bek korang pergi cek mata sekarang. Maybe ada something wrong somewhere kat mata korang tu. hakhakhak. Owh lupe, citarasa tak sama kan. Tula la.. pada aku Ady Putra lagi encem kot. haha.. (tetiba)


Korang mesti pernah dengar yang selebriti Korea ni sangat suka buat plastik surgery. Sebenarnya kebanyakkan retis Korea cantik dan hensem sebab telah melakukan plastik surgery. Tak semua ok, tapi kebanyakkan. Ce korang tengok muka diorang, tak rasa macam sepesen je ke..? Semua nak cute. Kalau artis group tu, susah betul nak bezakan antara satu sama lain. Sebabnya muka diorang lebih kurang je.


So Lee Min Ho ni tak terkecuali. Heboh kata dia ni pun melakukan plastik surgery. Lagi-lagi bila gambar dia kat hospital plastik surgery bersama kakitangan hospital tersebut tersebar. Antara buktinya



 Ce cari perbezaan, katanya area mata dan hidung.

hidungnya jelas berbeza.

 Yang ni, diorang dakwa gambar Lee Min Ho masa kecik-kecik, ye atau idak tak tau la.. yang penting lain bebenor ropenya..

gambar-gambar masa sekolah

before fofuler kot.

Korang nilai la sendiri. Kadang-kadang rupa boleh berubah mengikut peredaran masa kan. Korang pun mesti pernah dengar orang cakap "kecik-kecik dulu tak berapa lawa, dah besar lawa betul.." kan..? pada aku Lee Min Ho ni dah cukup hensem pun walaupun tanpa plastik surgery. Allah kan menciptakan manusia sebaik-baik ciptaan. 


Bye !

p/s: gambar semua dari google..



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Saturday, September 3, 2011

Duit raya.. malu tapi mahu..

Assalamualaikum ~

hye korang !.. Macam mana raya korang so far..? Ada baik..? Duit raya ok..? hahah.. Cakap pasal duit raya ni aku ada segan sikit. Aku bukan muda lagi. Zaman persekolahan pun dah tinggal lama dah. Umur pun dah 20++. Kalau dah kawin ni anak dah beratur ni ..Tapi aku masih lagi dapat duit raya. Hanya dengan menggunakan alasan masih study. Aku tak bagi alasan tu heh. tapi sedara-sedara aku ni tahu la yang aku ni study lagi.


Sebelum sambung degree, aku dah kerja dah pun. Hampir setahun jugak la. Aku dah berangan dah nak kasi duit raya pada adik-adik dan adik-adik sedara ni. Then belum sempat nak standby duit raya untuk adik-adik dan adik-adik sedara, aku dah dapat tawaran further study dua bulan awal sebelum puasa lagi. So aku tak merasa lagi peluang menyediakan duit raya. Tapi sebaliknya aku masih lagi dapat duit raya.




Jujur aku cakap best der dapat duit raya, siapa tak suka dapat duit macam tu je kan. Walaupun agak segan nak menghulur tangan mengambil duit raya tu. Tapi cuba kalis dengan buat muka naif dengan harapan tak ada orang sekeliling yang sound 'dah tua pun dapat duit raya lagi' . Korang yang sebaya dengan aku pun sure ada feel yang sama kan. Malu tapi mahu.  hahah.. jangan tipu !


Situasi sewaktu pemberian duit raya


Aku selalu tunggu turn last sekali untuk bersalaman. ceh.. strategi kan.. ehem.


" Balik dulu makcik..." Kata ku penuh sopan sambil menghulur tangan untuk bersalaman.
" Oke.. belajar elok-elok " kata makcik menyambut salam ku sambil menghulurkan duit raya
" Eh.. takpe makcik, saya dah besar dahhhh......"  kata ku malu-malu meow
" Eh takpe, buat belanja.. amik...." kata makcik sambil memaksa aku mengambil duit raya.
" Heeeee ~ thank you aunty ! lap u la!" <------- dialog rekaan
" Heheheh.. susah-susah je makcik ni..."  <------------- pun dialog rekaan jugak.

Haha.. aku cakap "terima kasih" je la.. Lepas tu aku terus berlalu sambil memberi kan senyuman. ^__^..
Bila dah masuk kereta, aku di balas dengan muka =..=" adik-adik ku.. jeless le tu..Memang kompem duit raya yang aku dapat akan 2-3 kali ganda dari yang adik-adik aku dapat. haha. Untung nya aku. Nak study je la kalau macam ni. Tiap tahun boleh dapat duit raya.


Kata orang rezeki jangan di tolak kan. so aku memang tak tolak rezeki. *____________*


Bye !

p/s: Nuffnang ni tak terasa nak bagi duit raya kat aku ke..? -..-"



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Menu utama raya | Rendang Landak

Assalamualaikum ~

Selamat hari raya korang ! boleh la kan, walaupun dah hari raya ke 5.. hehe.. Korang jangan salah paham pulak, entry ni aku bukan nak bagi resepi ke hape. Just nak share makanan eksotik pertama yang aku try makan. Eksotik ke..? err..


Sebenarnya dari tahun lepas lagi kami telah di hidangkan dengan rendang landak ni. Tapi aku je yang macam was-was nak try. Dah 2 tahun aku beraya rumah ayah sedara ni. Yelaa.. kampung datuk dengan nenek hanya tinggal kenangan je. Disebabkan nak juga beraya dengan suasana kampung, kami sedara sepupu-sepapat telah berpakat untuk menjadikan rumah ayah sedara ni kampung balik raya. kira macam gantikan kampung datuk nenek la. hehe


Proses menyediakan rendang landak ni aku tak sempat pulak nak tengok. Sampai je rumah ayah sedara ni dah malam raya. Al-maklumlah ayah mama satu hari before raya tu still kerja lagi. So sampai je kampung kebanyakkan makanan sudah ready.  Just siapkan makanan-makanan tambahan lain je.


Untuk pengetahuan korang, aku dah belasah makanan-makanan raya tu malam raya tu juga. Lapo woo.. kitorang berbuka ala kadar je masa kat rumah time tu. Yelaa.. nak rushing balik kampung. So makan makanan yang simple-simple je. Tu yang sampai je kampung kebulor tak hengat. Lagi-lagi nampak makanan sedap-sedap.


gambar dari google tau.. tak teringat plak den nak shot my real rendang landak..

Aku sebenarnya sudah diberitahu yang akan ada rendang landak untuk menu utama hari raya masa tu. Tu yang aku tengok betul-betul rendang tu.. landak kah ...? Apabila melihat tekstur nya yang mencurigakan, aku suspek memang landak ni. So aku memilih kari ayam. So dengan kelahapan yang sederhana aku makan.. nyum--nyum.. sedap betol ayam kampung nih ! Sampai ketika ayah bersuara


" ibu.. (panggilan untuk mak sedara) ni kari apa bu..?" ayah bertanya
" kari landak tuuuuuuu...." jawab ibu.
" EERRRRRR...??? " aku adik beradik tergamam..


Bila dengar je itu daging landak, adik beradik aku yang lain dah tawar menawar dah daging landak mereka antara satu sama lain. Padahal tadi dok puji-puji sedap tak hengat. Aku..? Aku teruskan je belasah kari landak tu sambil cuba melupuskan ingatan aku dengan rupa paras seekor landak


hai awak.. saya landak !


Rasa daging landak ni tak pelik pun. Lebih kurang macam ayam je aku rasa. Tapi daging dia macam merah2 daging lembu biasa, just tekstur dia macam ayam dan rasa pun lebih kurang ayam. Tu yang aku ingat itu ayam kampung or hutan. Manalah aku rajin jumpa ayam kampung ke hutan ke. So ketidak tahuan di situ. Tapi takpe.  yang penting aku try. Sebab aku ni jenis manusia yang susah sikit nak try makanan-makanan pelik ni. Tapi bila dah try then suka, memang boleh letak dalam list feveret food aku ler jawapnya. 


Tapi dalam kes landak ni, aku still tak biasa. Walaupun rasanya tak pelik dan biase je. Aku lagi rela makan sushi  (seryes aku tak suka sushi!) dari landak. Itu pendapat buat masa ni, hari kedepan aku tak tahu la. Mana la tau tetiba mengidam nak makan rendang or kari landak ke kan.. haha


Bye !

p/s: lepas  ni harap tak sengaja pulak termakan belut.. heee ~



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)