Saturday, September 3, 2011

Menu utama raya | Rendang Landak

Assalamualaikum ~

Selamat hari raya korang ! boleh la kan, walaupun dah hari raya ke 5.. hehe.. Korang jangan salah paham pulak, entry ni aku bukan nak bagi resepi ke hape. Just nak share makanan eksotik pertama yang aku try makan. Eksotik ke..? err..


Sebenarnya dari tahun lepas lagi kami telah di hidangkan dengan rendang landak ni. Tapi aku je yang macam was-was nak try. Dah 2 tahun aku beraya rumah ayah sedara ni. Yelaa.. kampung datuk dengan nenek hanya tinggal kenangan je. Disebabkan nak juga beraya dengan suasana kampung, kami sedara sepupu-sepapat telah berpakat untuk menjadikan rumah ayah sedara ni kampung balik raya. kira macam gantikan kampung datuk nenek la. hehe


Proses menyediakan rendang landak ni aku tak sempat pulak nak tengok. Sampai je rumah ayah sedara ni dah malam raya. Al-maklumlah ayah mama satu hari before raya tu still kerja lagi. So sampai je kampung kebanyakkan makanan sudah ready.  Just siapkan makanan-makanan tambahan lain je.


Untuk pengetahuan korang, aku dah belasah makanan-makanan raya tu malam raya tu juga. Lapo woo.. kitorang berbuka ala kadar je masa kat rumah time tu. Yelaa.. nak rushing balik kampung. So makan makanan yang simple-simple je. Tu yang sampai je kampung kebulor tak hengat. Lagi-lagi nampak makanan sedap-sedap.


gambar dari google tau.. tak teringat plak den nak shot my real rendang landak..

Aku sebenarnya sudah diberitahu yang akan ada rendang landak untuk menu utama hari raya masa tu. Tu yang aku tengok betul-betul rendang tu.. landak kah ...? Apabila melihat tekstur nya yang mencurigakan, aku suspek memang landak ni. So aku memilih kari ayam. So dengan kelahapan yang sederhana aku makan.. nyum--nyum.. sedap betol ayam kampung nih ! Sampai ketika ayah bersuara


" ibu.. (panggilan untuk mak sedara) ni kari apa bu..?" ayah bertanya
" kari landak tuuuuuuu...." jawab ibu.
" EERRRRRR...??? " aku adik beradik tergamam..


Bila dengar je itu daging landak, adik beradik aku yang lain dah tawar menawar dah daging landak mereka antara satu sama lain. Padahal tadi dok puji-puji sedap tak hengat. Aku..? Aku teruskan je belasah kari landak tu sambil cuba melupuskan ingatan aku dengan rupa paras seekor landak


hai awak.. saya landak !


Rasa daging landak ni tak pelik pun. Lebih kurang macam ayam je aku rasa. Tapi daging dia macam merah2 daging lembu biasa, just tekstur dia macam ayam dan rasa pun lebih kurang ayam. Tu yang aku ingat itu ayam kampung or hutan. Manalah aku rajin jumpa ayam kampung ke hutan ke. So ketidak tahuan di situ. Tapi takpe.  yang penting aku try. Sebab aku ni jenis manusia yang susah sikit nak try makanan-makanan pelik ni. Tapi bila dah try then suka, memang boleh letak dalam list feveret food aku ler jawapnya. 


Tapi dalam kes landak ni, aku still tak biasa. Walaupun rasanya tak pelik dan biase je. Aku lagi rela makan sushi  (seryes aku tak suka sushi!) dari landak. Itu pendapat buat masa ni, hari kedepan aku tak tahu la. Mana la tau tetiba mengidam nak makan rendang or kari landak ke kan.. haha


Bye !

p/s: lepas  ni harap tak sengaja pulak termakan belut.. heee ~



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

12 comments:

♥yaya budak suka embun♥ said...

nampak cam sedap ni. hehehe

nabila wahab said...

@♥yaya budak suka embun♥ : sedap je sebenarnya.. kalau mkn tnpe memikir rupa si landak.. hahah :)

dilah_buzz said...

sedap tuh...dila mkn juga tp jrg la....bkn sng nk dpt kn.=)

nabila wahab said...

@ dilah_buzz : tu la.. mmg bukn senang nk dpt.. :)

Akak Kopi said...

luka2 ler tekak makan rendang landak ni. keh keh

nabila wahab said...

@ Akak Kopi : hahaha.. idak le separah itu,.

*rainyscream* said...

rasa ape??? kembang tekak jap..huhu

nabila wahab said...

@ *rainyscream* : rase lbeh kurg mcm ayam je.. hehehe..

RinsyaRyc said...

wuiyooo... makan landak..... tapi ai dah mkn belut. Cam rasa ikan aje.. hihihi. Makan je ikan keli. sebijik la tuh. adik beradik ^^

http://bulatmata.blogspot.com/

nabila wahab said...

@ RinsyaRyc : hehe.. yeke belut sme mcm ikan keli rsenye..? ikan keli my feveret ekceli.. hhaha

Asyraf Azizan said...

mcm best je. first time dgr pasal rendang landak.hehe

nabila wahab said...

@ Asyraf Azizan : heheh.. boleh la.. :)