Monday, August 24, 2009

maklumat kesihatan

Risalah ini bagus untuk anda semua.........

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah
menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses
penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga
menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan
yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid
berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan
masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat
keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong
dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada
udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah
tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan
mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman
dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak
yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi
asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki
terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air .

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda
penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas . Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi
metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa
kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit
jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh
kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah
tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk
(Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai
kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

b) PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa
(neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

c) PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan
darah.

d) SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA : Menandakan penyakit
migrain.

e) BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang
dikaitkan dengan penyakit migrain.

f) RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak
lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit
ulser .

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin
sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari
usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit
barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian
usus. ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus
sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-
organ badan .
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan.
Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan
badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang
berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Saturday, August 22, 2009

ramadhan datang lagi...

cepat btol masa berlalu... rasa mcm bru jer abis raye tahun lepas..
huhuhu...
bulan puasa mmg antara bulan yg di tunggu2 umat islam sepanjang tahun...
termasuk la aku... pd aku, aku lebih suka bulan ramadhan dr syawal... pada aku la... lain org lain pendapat...

bila ckp pasal bln ramadhan teringat la plak waktu berpuasa masa study kt poli dlu...
mmg kenangan best.. w/pun sahur hanya mkn maggi & minum air milo 3in1... hihihi... tp time berbuka mmg special (w/pun x sespecial mkn kt umah).. ape x nyer, kt umah sewa tu ad 9 org... masing2 ad fav food masing2.. so share2 la ckit.. menu utama yg slalu di beli, nasi ayam/nasi ambang...hehehehe... tp tiap kali buka aku rse msti ad kopok lekor... smpi budak yang jual kopok lekor tu knal ngan ktorg ni... ape x nyer regular customer la katakn...
hehehhee....

trase rindu plak nk sahur mkn maggi sambil duduk bersila ramai2...
time buka tunggu echa inform dh 'buka' ke belum (sbb umah sewa ktorg xd radio)..huhuhu..
pegi bazar ramadhan reramai...

tp tu semua dh jd kenangan...
skrg semua dh bawa diri masing2..
w/pun hanya 2 kali bpuasa kt umah sewa (time sem 2 ngan sem 6), tp kenangan tu aku akan ingat sampai bila2...

Friday, August 14, 2009

nur kasih semakin best...




tadi baru lepas tengok nur kasih...
pejam celik pejam celik dh episod 12...huhuhu
lama juga aku follow citer ni..
tak pernah miss 1 episod pun...
lagi pun ceritanye memang best.. rugi kalau tak tengok..
tahniah la kepada semua yang telah menjayakan drama ni...
dan isyallah aku akan follow citer ni hingga episod akhir..
selain follow drama melalui tv.. aku juga follow perkembangan drama/pelakon dari newspaper dan blog2...
rajin tak sayee...?? (minat punya pasal)
ngeee~~~

aku rasa ramai juga orang yang minat drama ni...
buktinya, beribu2 orang yang mengikuti perkembangan drama ni, kat youtube, web tv3, facebook & blog2...
hampir semua kawan aku pun tgk drama ni.. hehehe
aku suka baca komen2 orang ramai tentang drama ni... selalu baca kt youtube la.. tak pun kt web tv3.. dan aku juga suke bagi komen...hehehe
macam2 pendapat diorang.. yela.. lain orang lain pendapat..
rata2 memang memuji drama ni..
tp aku lebih suka baca pendapat orang ramai tentang adam,nur & aidil...
ada yang suka adam&nur dan ada juga yang suka aidil&nur...
tapi kalau aku, aku suka adam&nur...hehehehe...
apa2 je la... janji ending dier tetap adam&nur..hihihi

hopefully, drama ni ending dier best..






Thursday, August 13, 2009

Vokalis Rabbani Meninggal Dunia

satu lagi berita yang mengejutkan aku dapat tengah hari tadi melalui emel..
vokalis kumpulan nasyid rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40 meniggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 11.00 pagi tadi..

memang terkejut apabila mendengar berita itu. hampir tak percaya, manalah tau hanye khabar angin.. tapi bila mendapat emel yang sama berulang-ulang kali, memang sah la allahyarham sudah meninggal dunia..

lagu2 nasyid rabbani adalah antara lagu nasyid yang aku suka dengar..
antaranya ialah anak soleh, pergi tak kembali dan apa yang kau tahu....
kehilangan allahyarham memang satu kehilangan besar kepada industri muzik nasyid tanah air...

semoga roh allahyarham ditempatkan disisi orang-orang yang beriman...amin..
al-fatihah.....

akhirnye...

akhirnya buat jugak aku blog ni...
tak la susah sgt pon nk xplore..
cume nk mencari layout yg btol2 berkenan dihati susah btol..
huhuhuhu...
ape2 pon insyallah aku akan selalu men'update' blog ni..
tu pon kalau ade crita yang nak diceritakan...
kalau tak ade senyap ler...
huhuhuhuhuhu....