Saturday, September 3, 2011

Duit raya.. malu tapi mahu..

Assalamualaikum ~

hye korang !.. Macam mana raya korang so far..? Ada baik..? Duit raya ok..? hahah.. Cakap pasal duit raya ni aku ada segan sikit. Aku bukan muda lagi. Zaman persekolahan pun dah tinggal lama dah. Umur pun dah 20++. Kalau dah kawin ni anak dah beratur ni ..Tapi aku masih lagi dapat duit raya. Hanya dengan menggunakan alasan masih study. Aku tak bagi alasan tu heh. tapi sedara-sedara aku ni tahu la yang aku ni study lagi.


Sebelum sambung degree, aku dah kerja dah pun. Hampir setahun jugak la. Aku dah berangan dah nak kasi duit raya pada adik-adik dan adik-adik sedara ni. Then belum sempat nak standby duit raya untuk adik-adik dan adik-adik sedara, aku dah dapat tawaran further study dua bulan awal sebelum puasa lagi. So aku tak merasa lagi peluang menyediakan duit raya. Tapi sebaliknya aku masih lagi dapat duit raya.




Jujur aku cakap best der dapat duit raya, siapa tak suka dapat duit macam tu je kan. Walaupun agak segan nak menghulur tangan mengambil duit raya tu. Tapi cuba kalis dengan buat muka naif dengan harapan tak ada orang sekeliling yang sound 'dah tua pun dapat duit raya lagi' . Korang yang sebaya dengan aku pun sure ada feel yang sama kan. Malu tapi mahu.  hahah.. jangan tipu !


Situasi sewaktu pemberian duit raya


Aku selalu tunggu turn last sekali untuk bersalaman. ceh.. strategi kan.. ehem.


" Balik dulu makcik..." Kata ku penuh sopan sambil menghulur tangan untuk bersalaman.
" Oke.. belajar elok-elok " kata makcik menyambut salam ku sambil menghulurkan duit raya
" Eh.. takpe makcik, saya dah besar dahhhh......"  kata ku malu-malu meow
" Eh takpe, buat belanja.. amik...." kata makcik sambil memaksa aku mengambil duit raya.
" Heeeee ~ thank you aunty ! lap u la!" <------- dialog rekaan
" Heheheh.. susah-susah je makcik ni..."  <------------- pun dialog rekaan jugak.

Haha.. aku cakap "terima kasih" je la.. Lepas tu aku terus berlalu sambil memberi kan senyuman. ^__^..
Bila dah masuk kereta, aku di balas dengan muka =..=" adik-adik ku.. jeless le tu..Memang kompem duit raya yang aku dapat akan 2-3 kali ganda dari yang adik-adik aku dapat. haha. Untung nya aku. Nak study je la kalau macam ni. Tiap tahun boleh dapat duit raya.


Kata orang rezeki jangan di tolak kan. so aku memang tak tolak rezeki. *____________*


Bye !

p/s: Nuffnang ni tak terasa nak bagi duit raya kat aku ke..? -..-"



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

7 comments:

Takashi Manganji said...

ayat perangkap nak duit raye tueee..hahaha

n a b i l a w a h a b said...

@ Takashi Manganji : hahhaha.. tu la strategi.. wakaka :D

farahin nasir said...

mmg best ah jadi stdent lor.. duit raye dpt ektra beganda.. yg bagi sikit, tp skali bagi banyak..weee

n a b i l a w a h a b said...

@ farahin nasir : hahah.. betul2.. :)

Bell said...

haha..tahu takpe..malu tapi mahu..hoho

n a b i l a w a h a b said...

@ Bell : hhhehe.. tau xpe..:)

AZLIYA COLLECTION said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana sudi melapangkan masa melayari AZLIYACOLLECTION.BLOGSPOT.COM

Apa itu SAUNA OZON INFRARED dan kebaikannya kepada anda

http://azliyacollection.blogspot.com/2011/09/sauna-ozon-infrared.html