Tuesday, August 2, 2011

Rhinestone sticker a.k.a bling-bling sticker

Assalamualaikum ~

Hari tu, masa hangout dengan bff, aku ada singgah ke Jusco Bukit Indah semata-mata mau beli Big Apple Donut. Sangat la tak berbaloi kalau ke Jusco Bukit Indah tu hanya nak beli donut kan. dah la nak kesana kena ber'tol' segala. So kami-kami jalan buang masa dalam shopping mall tu.

Aku tak selalu pun pergi Jusco Bukit Indah ni. So aku tak berapa tau selok-belok dalam shopping mall tu. Seryesly memang selalu singgah sebab nak beli donut je. hehe, So, selama ni aku tak perasan pun kewujudan kedai serbaneka Jepun kat situ. Kalau tak silap nama kedai tu Daiso.

Semua barang-barang kat situ dari Jepun. Tapi ada je aku tengok made from China. Kedai besar dan ada macam-macam barang dari makanan, perhiasan diri, penjagaan diri, barang dapur, stationary, make up, cute cool stuff, alaaa.. macam orang-orang jepun selalu pakai tu. Dan yang paling cool, semua stuff kat situ RM 5 tau. Kadang-kadang bila tengok barangnya, macam tertanya-tanya, 5 hengget ke ni.. hahah.

Aku takda la borong sakan pun kat situ, macam ada sikit was-was sebab macam murah sangat. Karang nanti ada kang yang tak kena. Aku tengok stuff kat situ ok je. Aku je yang suka fikir macam-macam. Tapi macam tak best pulak kalau tak beli apa-apa. So aku ada ternampak Rhinestone sticker, alaa.. sticker bling-bling untuk handphone tu. Aku suka bling-bling dan tetiba memikirkan yang aku nak tampal sticker tu kat camera DSC-TX5 aku.

Dan setelah berfikir panjang dan bersedia menanggung segala akibat, aku terus je tampal sticker tu kat camera. Dan hasilnya aku suka !

 sebelum

selepas

Mencabar betul time mau lekatkan sticker ni. memang kena buat hati-hati. Kalau tak, memang hancus. Lepas ni aku kena fikirkan macam mana mau tanggalkan balik rhinestone sticker ni. Tu pun satu lagi masalah. lekat tau, tanggal tak tau. Gam dia agak kuat, lagipun dia ada warning kat belakang packaging "When removing the  sticker, the surface may get damaged unless you carefully remove it". Mati gue. Harap rhinestone sticker ni long lasting (eh macam maskara plak) so tak payah nak tanggal-tanggal kan balik. 

Bye !

p/s: Kalau korang ada cara nak tanggalkan Rhinestone sticker ni silalah share :)




thank you sudi baca..:)

2 comments:

Shaherah said...

shera pernah buat.. ilang gak lar.. shera buat ape au.. bler dah tanggal.. ade lekat2 tu kan.. shera amek pemadam.. pemadam biasa tu.. shera padam.. ilang.. lepas tu.. amek tisu basah.. lap2 sikit.. boleh jek.. shera pun buat kat hp.. ^_^

shera punyer port lepak kat jusco bukit indah tu.. ehee.. ^_^

imnabila said...

@ Shaherah : tq shera.. hehe..

laa.. yeke..? org joho la ni.. :)