Thursday, August 11, 2011

Pendedahan cerita sebenar Asyraf Haziq

Assalamualaikum ~



Asyraf mendedahkan keadaannya okey selepas peristiwa tegang yang dilaluinya di kota London dan rakaman perbualannya dibuat oleh rakannya serta dimuat naik ke internet. Dia menceritakan apa yang sebenar berlaku pada ketika itu.
Menurutnya pada ketika itu mereka mengugutnya mahu “menikam dengan pisau” kata dalam rakaman itu. Dia memberi tahu lokasi kolejnya yang hampir dengan tempat kejadian mengakibatkan dia mejadi mangsa keadaan.
Asyraf baru saja sebulan tiba di kota London untuk menuntut di Kaplan College, Tower Hill, Timur London. Dia dan kawannya yang berbasikal ke rumah rakannya untuk berbuka puasa diserang oleh sekumpulan samseng.
Kawannya berjaya meloloskan diri tapi dia tidak kerana dihalang oleh anggaran 20 orang yang menghalang laluan lalu memukulnya sehingga jatuh sebelum basikalnya turut di curi.
Dia memberi tahu, dia nak pitam selepas dipukul dengan kuat. Dia cuba untuk beredar namun di samun pula. Bystander Abdul Hamid, 23 (Orang yang merakamkan video kejadian) katanya mahu membantu namun takut dibelasah sama kerana mereka terlalu ramai. Dianggar mereka seramai 50 orang.
Sebahagian dari perusuh itu kelihatan terlalu muda, mungkin baru sekolah rendah. Dengan pakaian sweater berpenutup kepala mereka juga merosakkan basikal yang ditunggangnya.
Dalam tanyangan youtube dia kelihatan tidak bermaya dan berdarah lalu di bantu oleh sekumpulan lagi kumpulan yang berlagak perihatin. Bag galasnya ditarik dan barangan yang disamun, antara barangan yang dicuri ialah:
  • Wallet
  • H/set
  • Video game Sony PSP
Memetik kata Perdana Menteri Britain “Pemuda seawal usia 13 tahun membuat kekacauan dan ketawa, bila melihat orang yang berlagak baik ingin membantu rupa-rupanya mengambil kesempatan adalah sesuatu yang menjijikkan, menandakan sesuatu sangat tak kena (teruk), dalam komuniti mereka”.
Pelajar Finance 20-an ini retak rahang, dan hilang beberapa batang gigi kerana serangan tersebut dan kini mendapat rawatan pembedahan di Royal London Hospital di Whitechapel, Timur London. Dia tidak mampu untuk makan dengan baik dan batuan saluran “drip” diberikan.
Pihak keluarga terutama ibu Asyraf.. Maznah Abu Mansor, 47 risau dengan keadaannya dan memohon kepada kerajaan Malaysia untuk melawat anaknya. Namun beliau tetap lega anaknya selamat.
Banyak badan hadir ke depan perihatin kepada apa yang menimpa Asyraf dan tabung sumbangan dibuka di website – http://somethingniceforashraf.tumblr.com – atau dari kerajaan tertinggi Malaysia.
Seorang Pesara Jamie Cowen membangunkan website untuk mendapatkan dana membantu Asyraf dan sesiapa yang menjadi mangsa rusuhan di London.
Katanya : ‘I and thousands of other British people are disgusted that this happened in our country and want to do something nice for Ashraf to show to him and his country that only a tiny minority of us are scumbags.’
Dalam sejam website dilancarkan, ia menerima lebih dari 17,000 sokongan orang ramai.

Sokongan moral kepada Asyraf Haziq
   
Asyraf dan adiknya Mohammed Fatiri… Pelajar Malaysia di kota London.
Sumber dari Dailymail.co.uk 


Video Asyraf Haziq dipukul dan di samun di London



Sumber artikel sepenuhnya dari ping.busuk.org




thank you sudi baca..:)

4 comments:

aena jamil. said...

ala33.. kesiannye Asyraf Haziq nie. tak sampai hati nak tgk video tue. isk3 :'(

Nabila Wahab said...

@ aena jamil. : kesian sgt.. tp dia sgt tabah dan sabar.. dia masih mampu tersenyum.. :)

abglan said...

Alhamdulillah...

Nabila Wahab said...

@ abglan: :)