Thursday, August 18, 2011

Tengok wayang di bulan puasa

Assalamualaikum ~

Sudah hari ke 18 kita umat Islam berpuasa. Cepat masa berlalu. Yeay ! Yeay ! dah nak raya.. -..-". Pengertian berpuasa ialah menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Bulan puasa juga membuatkan aku berhenti seketika dari menonton wayang.


Ye.. aku tidak menonton wayang di bulan puasa. Walhal menonton wayang adalah satu kegemaran aku yang amat. Aku tak cakap menonton wayang di bulan puasa tak boleh ye. Ini cuma luahan perasaan dengan ketidak selesaan aku untuk menonton wayang di bulan puasa.


Kalau diikutkan perasaan, banyak juga list movie yang aku nak terjah sekarang ni, antaranya

 Captain America: The First Avenger

Cowboys And Aliens

Eh! style pose Daniel Craig (hero Cowboy & Aliens) dengan hero Captain America samalah..

Rise Of The Planet Of The Apes

Hati meronta-ronta nak tengok movie-movie di atas. Tapi sudah menjadi kebiasaan aku kalau menonton wayang mesti mengunyah. Tak kira la makanan apa pun, aku mesti kena mengunyah. Habit katanya. So menonton wayang di bulan puasa adalah suatu kemustahilan untuk aku. Sebabnya aku tak boleh nak mengunyah, puasa kan.


Hek eleh kau ni.. tengok waktu malam kan boleh. kompem-kompem kau boleh mengunyah.


Ok, nak tengok waktu malam ni lagi la aku tak berapa nak selesa. Lagi-lagi waktu orang nak bersembahyang tarawih. Walaupun aku tak sembahyang tarawih time tu. Selalunya alasan biasa orang tak sembahyang tarawih ialah penat. Tapi cuba bayangkan kau skip sembahyang tarawih semata-mata mau pergi menonton wayang. Buruk bebenor perangai rope itu. Nanti kau sampai je panggung wayang kau akan rasa semua orang kat situ tengok-tengok kau sambil berkata dalam hati "budak ni tak pergi sembahyang tarawih ni. nampak je pakai tudung" walaupun depa sendiri pun tak sembahyang tarawih. So baik kau duduk rumah diam-diam kalau tak sembahyang tarawih. Ngeee~ -..-"


Alorh kau ni, apa guna ada wayang time midnight 


Ni lagi la problem dengan aku. Siapa nak temankan aku tengok wayang time-time midnight ?


Bye !

p/s: Nasib baik tayangan Harry Potter bukan time bulan puasa..






thank you sudi baca..:)

4 comments:

Cik Bell said...

hantu wayang nie.haha

nabila wahab said...

@ Cik Bell : haha.. memang hantu wayang.. like seryesly ! :)

zai said...

tgh tunggu twilight neh..bila la nak tayangg. tak sabaw

nabila wahab said...

@ zai : betul2.. mmg tgh tunggu twilight jugak ni.. on November.. sabar2.. hhehehe