Tuesday, August 2, 2011

FarmVille masih popular ?

Assalamualaikum ~

Dulu masa mula-mula ber'facebook' , aku agak addict dengan game FarmVille. FarmVille satu-satunya game facebook yang aku layan. Yang lain bukan tak best tapi aku cuba dielakkan takut nanti tak terlayan. Kang nanti ada kang aku addict semua game kat facebook kang (ce kira ada berapa 'kang'). Tiap-tiap hari on facebook semata-mata nak check ladang ternakan. Gigih ni cari duit untuk kumpul harta kat FarmVille tu. Berlumba-lumba dengan jiran tetangga (kat FarmVille) siapa ada harta yang paling best dan cool. Memang mengadap 24/7 la FarmVille tu.

Tapi sejak dah further study dan jarang-jarang guna khidmat broadband kat kampus sebab prefer guna wifi USM yang lebih pantas dan tuntas. Tapi malangnya wifi tak support(block) game2 gitu. So aku dengan rela hati kena say good bye kat FarmVille. Setahun lebih aku ngadap ladang tu. Banyak kot harta, ternakan kat situ. Last-last terbiar terbengkalai macam tu je. Tapi sumpah aku takkan tinggalkan kalau FarmVille tu bagi aku duit atas usaha memajukan ladang sendiri. haha.

Tapi tadi, aku tetiba rindu dengan FarmVille. Rindu nak tengok harta dan yang paling aku rindu nak dengar sound music background game tu. hehe.. Pada aku sound tu macam ada aura relaxing. Suka !
Yang tak pernah dengar sila dengar

Relax tak , relax tak? haha. Then, banyak sangat pembaharuan kat FramVille tu. Siap dah ada dua ladang kau. Satu Home Farm , ladang yang biasa diuruskan oleh aku dulu. Dan satu lagi ladang baru yang aku tak tau dari mana datangnya, English Farm. Kedua-dua ladang tu perlulah diuruskan oleh kita sendiri dan kita boleh sesuka hati nak berpindah randah bagi menguruskan ladang-ladang tersebut ( satu pun tak terurus kau bagi dua?!)




Bagi yang ada FarmVille sila melawat ladang anda sendiri bagi pemahaman yang lebih jelas. haha. Aku nak explain lebih-lebih pun tak ngeti. Gadget dia pun macam dah terover banyak. Pening aku. Aku tengok, jiran-jiran aku pun macam dah tak peduli je ngan FarmVille diorang. Urmm.. Korang still uruskan ladang korang tak..?

Bye !

p/s: kan best kalau FarmVille ada bagi duit macam nuffnang. Kayo den.. 




thank you sudi baca..:)

2 comments:

Ezy Chiaki said...

dh lame x berkebun..
ntah ape jadik la ngn ladang saye..
haha..
mase mule2 maen best la..
dh lame2 tensen je maen..
haha

imnabila said...

@ Ezy Chiaki : haha.. lelame boring kn..