Thursday, August 4, 2011

Golden Churn Creamy Butter tidak halal

Assalamualaikum ~

Apa benda yang boleh dikategorikan wanted@laris masa bulan puasa ni..? Jawapannya ialah mentega. Jualan mentega mungkin melonjak 3-4 kali ganda sebab orang ramai sibuk nak buat kuih raya. hehe.. Teori sendiri je ni. Tapi ada betulnya jugak kan.

Semalam aku ada baca kat surat khabar mengenai satu brand mentega yang tidak halal. Tapi paper tu tak mention pun mentega brand apa. Tadi lepas subuh aku blogwalking, so terjumpa entry pasal mentega haram ni. So secara langsung perasaan ingin tahu mentega yang mana yang tak halal tu terjawap. Terima kasih bebanyak la kat blogger INI. 


Eksklusif: Golden Churn ada DNA babi
Oleh Mohd Roji Kawi
mdroji@bharian.com.my
2011/08/03

JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal 

KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.


Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. 

‘Golden Churn Creamy Butter’

Mentega ni banyak digunakan untuk kek lapis Sarawak. Kesian jugak la dengan pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega ni. Mesti rugi habis. Kesian mereka. Dugaan bulan puasa mungkin.

Bye !

p/s: Minggu lepas parents pergi Sarawak then bawak balik banyak giler kek lapis Sarawak untuk sedara, kawan dan family sendiri. urmmm.. -..-"




thank you sudi baca..:)

12 comments:

Fazil Hamid said...

buat karipap dgn donat je la...
tak perlu mentega kot..
hehehe..

Kyra said...

o ye ke..haruslah behave nak beli butter kan..
thanks info dear
selamt berpuasa

imnabila said...

@ Fazil Hamid: heheh.. x perlu heh..? tau mkn je, buatnya x tau.. hahah..

imnabila said...

@ Kyra : my pleasure dear.. selamat berpuasa juge.. :)

kakchik@ella said...

seingat KC la kan, mak kc tak penah pakai butter ni.

imnabila said...

@ kakchik@ella : sme la kte.. mak bell pn x pnh gne butter nih.. :)

Awan Biru said...

Sekarang semakin susah untuk meneliti sesuatu produk. Cap halal tetapi sebenarnya haram. Guna produk Made In Malaysialah.

idah-alhabsyi said...

abes tu cmne eh? mggu lepas pun baru pg Sarawak & beli kek lapis Sarawak.. -,-""

imnabila said...

@ Awan Biru : tu la.. lepas satu-satu brand diistihar tidak halal.. urmm..

imnabila said...

@ idah-alhabsyi : mcm tu la.. hehe. kita x tau.. lgpun x sume kek lapis Sarawak pki butter ni kot. hope yg kte mkn halal... aminnn ~

bungaitucantik said...

yana pon de tempah kek lapis neh..aduh cane neh? mmg sume gune butter neh ker??huhu

imnabila said...

@ bungaitucantik : sy pn x sure sume kek lapis Sarawak pakai butter ni ke tak.. Kalau kek tu smpi mknenya x kot.. sebab kt Sarawak dh hapuskan kek yg pki butter ni..