Wednesday, August 17, 2011

Takda mercun tak meriah la puasa dan raya

Assalamualaikum ~

Hye korang.. Puasa tahun ni aku tak pernah dengar lagi bunyi mercun macam tahun-tahun lepas, kecuali mercun pop-pop yang mak aku belikan untuk adik bongsu aku. haha. Maybe sebab aku duduk kawasan perumahan, budak-budaknya mana la suka aktiviti luar macam cari buluh buat mercun ke kan. Diorang prefer duduk rumah mengadap playstation2 ke, psp ke. kan. Tapi bagus juga, main mercun pun bahaya.

Walaupun mercun bahaya dan diharamkan kerajaan, masih ada lagi adik-adik yang berani mati main mercun. Buktinya, kau baca jela surat khabar hari-hari dalam bulan puasa ni, mesti ada berita pasal mercun-mercun ni.  Tapi seryesly, pada aku takda mercun tak meriah la puasa dan raya. hahaha.

Dulu, aku selalu jugak join adik-adik aku main mercun. Tapi aku tak main la. tengok je. haha. Aku lagi suka feeling-feeling princess dengan main bunga api sahaja. Tapi aku suka tengok orang main mercun. Tapi adik-adik aku takda la buat mercun  buluh ke atau mercun buatan sendiri. Diorang ada supplier bab-bab mercun ni. Then mercun-mercun macam mercun bola ke, mercun padi ke, diorang akan main ikut kreativiti diorang. haha. Makin kuat bunyi, makin power la. Dalam botol, dalam tin biskut, longkang, macam-macam la.

Tapi tu dulu, sekarang ni masing-masing pun dah besar. Yang eksited nak main mercun sekarang ni pun adik bongsu aku je. Minta mercun dengan mak, mak belikan mercun pop-pop je. haha. Bahaya kata mak.  Jadi la kan, lagipun takda geng nak main mercun.

Kata kerajaan : Jangan main mercun
Kata aku : Hati-hati main mercun. ngeee ~


Bye !

p/s: sangat berbeza kehidupan budak-budak dulu dan sekarang



thank you sudi baca..:)

4 comments:

linda musa, LM said...

betol3. takde mercun memang tak meriah. sepi je. hehe tapi lately banyak sangat kes2 ngeri relate dengan mercun ni kan. jangan kate mercun, bunga api pun sy takut nak main skang. hee

nabila wahab said...

@ linda musa, LM : tu la.. mcm2 kes skrg.. so hati-hati main mercun.. :)

::Cik Pija:: said...

tiap2 kali nak raya tak sah kalau tak putus jari. adoiii~

cikpija layan mercun bawang je. :D

nabila wahab said...

@ ::Cik Pija:: : kte pn layan mercun bawang je.. :)