Tuesday, March 1, 2011

mana 29 ..?

sekejap je dah bulan 3.. rasa macam baru je start sem, tapi dah nak habis dah rupanya.. tak lama lagi final.. uwaaaaa ~~ takmo exammm... -..-"..

ok ! tahun ni last day untuk bulan februari ialah 28 hb... hahahha.. kesian kat mereka2 yang lahir pada 29 haribulan 2.. mesti selalu frust je sebab jarang2 nak celebrate birthday sendiri.. yang ni boleh tak kalau nak cakap SALAH IBU MENGANDUNG..?? *kidding* kuikuikui...



tapi takpe.. maybe mereka2 ni celebrate awal or lambat sikit kot.. tapi agak2nya ada ke kawan2, family2, kenalan2 yang ingat nak wish birthday kat mereka2 yang lahir pada tarikh special nih..? adat manusia sekarang.. takde nye nak ingat tarikh birthday2 orang lain ni.. yang jadi reminder ofcos la handphone takpun reminder birthday kat facebook ke kan.. so for sure la bila tarikh 29/2 ni kat kalendar tak ada so takda la kita nak wish kat mereka2 yang birthday dia 29/2 ni sebab handphone dan reminder fb pun tak kan mengingatkan kita...  hehehehhe ~

tapi jangan tak tau, banyak jugak tau peristiwa2 yang berlaku pada 29 februari ni walau pun jarang2 tarikh ni ada...

  • 1504 - Christopher Columbus memperalatkan kejadian gerhana bulan malam itu agar menggesa Pribumi Amerika menyumbangkan bekalan kepadanya.
  • 1704 - Angkatan Perancis dan orang asli Amerika bergabung memusnahkan Deerfield, Massachusetts semasa Perang Ratu Anne.
  • 1712 - 29 Februari diikuti oleh 30 Februari di Sweden, sebagai langkah memansuhkan takwim Sweden agar kembali ke takwim Julius (gambar).
  • 1720 - Ratu Ulrika Eleonora dari Sweden turun takhta untuk memberi laluan kepada suaminya, yang menjadi Frederick I.
  • 1892 - St. Petersburg, Florida ditubuhkan.
  • 1916 - Buruh kanak-kanak: Di negeri Carolina Selatan, usia bekerja minima bagi pekerja kilang dan lombong dinaikkan dari 12 hingga 14 tahun.
  • 1940 - Kerana peranannya selaku Mammy dalam filem Gone with the Wind, Hattie McDaniel menjadi orang Amerika Afrika pertama yang memenangi Oscar.
  • 1940 - Finland memulakan rundingan damai Perang Musim Sejuk.
  • 1940 - Dalam upacara yang diadakan di Berkeley, California kerana peperangan, ahli fizik Ernest Lawrence menerima Hadiah Nobel dalam Fizik 1939 dari Jeneral Konsul Sweden di San Francisco.
  • 1944 – Perang Pasifik: Kempen Kepulauan Admiralti bermula apabila tentera Amerika Syarikat menyerang pangkalan Jepun di Pulau Los Negros, di pantai tanah besar Papua New Guinea.
  • 1952 - Pulau Heligoland diserahkan semula kepada penguasaan Jerman.
  • 1960 - Gempa bumi di Maghribi meragut lebih 3,000 nyawa dan hampir meranapkan bandar Agadir di selatan negara itu.
  • 1964 - Di Sydney, perenang Australia Dawn Fraser mencatat rekod dunia baru dalam acara lumba renang gaya bebas 100 meter (58.9 saat).
  • 1972 - Perang Vietnam: Korea Selatan mengundurkan 11,000 dari 48,000 orang tenteranya dari Vietnam.
  • 1972 - Hank Aaron menjadi pemain pertama yang menandatangani kontrak bernilai $200,000 dalam sejarah Major League Baseball.
  • 1984 - Perdana Menteri Kanada Pierre Trudeau mengumumkan persaraannya sebaik sahaja Parti Liberal boleh memilih pemimpin baru.
  • 1988 - Ketua biskop Afrika Selatan Desmond Tutu (gambar) ditahan bersama 100 orang paderi lain dalam tunjuk perasaan anti-aparteid lima hari di Cape Town.
  • 1996 - Sebuah pesawat Boeing 737 dari Peru terhempas di Banjaran Andes. 123 orang terkorban.
  • 2004 - Jean-Bertrand Aristide meletak jawatan sebagai Presiden Haiti berikutan pemberontakan besar-besaran.

 * HAPPY BIRTHDAY PADA MEREKA2 YANG LAHIR PADA 29 FEBRUARI *

1 comment:

ezy.fia said...

stakat ni xjmpe lg dgn org yg lahir pd 29/2..
hehe..
cian la kat mereka yg sambut besday 4taon skali..
hohoo