Tuesday, March 22, 2011

Masih Ada Yang Sayang...

Masih Ada Yang Sayang @ MAYS ialah satu program anjuran Desasiswa Bakti Permai USM. MAYS bertujuan untuk mendekatkan semua pelajar USM dengan masyarakat kampung disamping memberi sedikit bantuan kepada orang kampung yang memerlukan. Hari Jumaat lepas (18/3/2011), ktorang bertolak dari USM dalam kol 5 ptg, dan sampai Kg Sungai Limau Dalam, Kedah pd pukul 7.00 malam.

First time rasanya aku join program2 yang melibatkan orang kampung ni..
Pengalaman yang memang tak dapat lupa lah..

Pengalaman duduk bersama keluarga angkat
Pengalaman membersihkan dan mengecat rumah orang kampung yang terpilih
Pengalaman first time naik lori.. (jakun)
Pengalaman tengok sawah padi betul terbentang depan mata (jakun jugak)
Pengalaman main sukaneka dengan penduduk kampung dalam keadaan hujan lebat.

Permandangan kampung ni toksah cakap la.. Memang cantik giler.  kira macam kampung idaman la.. Kalau aku ada kampung macam ni, mau tiap hari aku nak balik kampung.. punyalah best, depan bendang sawah padi, belakang laut.. perghhh ! And lagi satu, aku suka betul berborak2 dengan orang yang ada loghat2 negeri   ni. Syok tengok diorang bercakap. Sebenarnya aku pun ramai member2 yang asal dari negeri2 yang berloghat ni, tapi loghat diorang dah tak 'pure' dah.. huhuhu..

Kes loghat 1

"eh.. mane adik kakak.. tadi ada kat sini.." aku bertanya kat kakak sulung keluarga angkat

"entahhh... tadi ada dok maennn sini.." balas si kakak sambil mencari kelibat adiknya. Dan serta merta adik dia muncul sambil bergaya dengan aksesori melampau (budak2 kan)

"tuuu diaaaaa... dia dah mai dahhhhh..." balas si kakak lagi

Kes loghat 2

"adik nak mee banyak ke sikit..?" tanya aku pada adik angkat yang kecik

"sikit jaaaa" jawabnya sambil menunjukkan isyarat tangan tanda sedikit

"ok.. nah.." kataku sambil menghulur pinggan kearah beliau

beliau sambut sambil berkata " mana CAMCA"

"????"
*********************


Berfikir la aku sejenak pasal CAMCA tu.. hahha.. mesti korang pikir

 -hek elehhhhh dia ni kannn

Tapi seriusly aku blur time tu.. mana pernah derrr aku guna perkataan camca dalam kehidupan seharian. Tetiba ada orang cakap. Budak kecik pulak tu... dah la tonasi tak berapa nak clear.. ehheheh..

On the spot aku pikir apa itu camca.. dan tetiba teringat rancangan masak2 kat tv..

"masukkan 2 camca gula kedalam periuk"..

CAMCA = SUDU la wehhh ..
(halamakkk.. slow r lu bell)




Jom layan gambar


on the way ke Kg Sungai Limau Dalam, Kedah

Sampai je dengar taklimat dulu


belakang tu Gunung Jerai

Cantik kan..

memang syok angin kat sini

bot nelayan..

anak-anak dari family angkat

family angkat

aku & ila (ktorang berdua dapat family angkat sama..


naik lori ke rumah gotong-royong

posing dulu..

muka excited dapat naik lori

best giler.. round2 nek lori.. weee ~

jalan kampung.. pegang kuat2 beb.. kalau tak memang tercampak..

yeahh ! orang yang paling rajin time tu..

kunjungan ke rumah2 penduduk kampung

selepas selesai membersihkan rumah..

YB belanja kami ais kepal a.k.a ABC

sabar menunggu ais kepal.. ahah..

yeahh ! nikmatnya !

adik angkat yang kuat melaram. nama mira, ktorang panggil princess..

jom jejalan..

tips..

sesi bergambar akhir bersama keluarga angkat.. time ni dh nak balik dah..


p/s: memang seronok..lupa kejap assignment semua..

1 comment:

Cik Ezy said...

duk kg mmg best..
aman damai je..
hihikk..
best kn..