Tuesday, March 8, 2011

students life (kawan)

macam orang ramai cakap " kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar di cari". pepatah tu memang 100% aku setuju.. dalam dunia ni mana ada orang yang nak duduk sesorang tanpa kawan2.. perghh.. boring tu kalau kawan pun takda kan.. selain family, kawan2 juga adalah anugerah terindah yang kita mesti ada untuk teruskan hidup.. eceeehhhh.. ye dak ?

lagi2 la pada mereka2 yang study or kerja jauh2 dari family. memang kawan diperlukan. cuba bayangkan jika hidup anda tanpa kawan... makan sorang2, pergi kelas sorang2, shopping sorang, cakap sorang2.. urmmmm ~ kronik tu. tapi ada juga segelintir manusia yang cakap " hek elehh.. aku takda kawan pun boleh hidup la".. korang pernah dengar tak gitu..? agak2 sampai mana dia boleh hidup sorang2..? kalau gitu hidup macam tunggul je la.. takda life.. lepas kelas duduk je dalam bilik.. tak keluar2 dah..pastu keluar la kejap pergi mandi kan.. pstu duduk lagi bilik buat assignment sorang2.. and tidur.. esoknya buat benda yang sama gak.. sangat boring !

teka, yang mana satu aku punya..

bila hidup di uni/kolej manapun, berkawan ialah benda yang sangat penting. first time korang jejak kaki kat uni/kolej masa hari pendaftaran, confirm korang akan cari kawan dulu..kalau tak pun, korang akan start berkawan dengan roommate korang dulu kan.. mostly best friend bagi student2 ni ialah roommate diorang sendiri. so sangat penting keserasian antara roommate.. macam aku sendiri, best friend aku roommate aku sendiri, tu antaranya la.. kat uni ni memang dia la orang yang paling aku perlukan.. tapi ada lagi beberapa orang.. (aku sayang semua)


tapi yang specialnya roommate aku yang sorang ni, ktorang dah berkawan sejak aku amik diploma lagi. masa diploma dulu ktorang housemate, sekarang roommate.. dekat 5 tahun jugak la ktorang berkawan. and yang ironis nya, masa pendaftaran kat usm ni dulu, secara kebetulan ktorang bleh dapat 1 bilik..takda plan2.. punyalah excited time tu.. memang tak sangka.

aku & nik, my roommate a.k.a my bff

so far ktorang memang tak pernah gaduh or masam muka.. maybe sebab ktorang memang give&take antara satu sama lain. seboleh-bolehnya aku akan menjaga hati nya. dan aku rasa dia pun begitu..

selain dari nik, aku pun ada bestfriend yang lain.. ( punyalah ramai ..) so far kat uni ni aku rapat dengan ija, yuni, tips & jaja.. memang rapat betol.. tak tipu punya.. so ada gelaran yang diberikan untuk ktorang.. "gugurls".. bunyi macam gedik kan.. aku pun geli gak mula2.. hahahhaha..

yeahhh.. kami gugurls.. (sila muntah =..=)

seyes aku cakap, memang susah nak cari kawan2 yang betol2 baik.. alhamdulillah la sebab aku dapat kawan2 yang baik dan tidak mendorong aku kearah yang tak senonoh.. kadang2 bila berkawan, kita kena amalkan cakap orang tua ni " buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali"
manusia di ciptakan tak sama, masing2 memang ada perangai yang memang kita tak dapat lari la.. even aku sendiri ada kelemahan aku.. tu yang aku nampak.. orang lain nampak aku tak tahu la.. ntah2 banyak giler dok.. haaaa ~ terima kelemahan tu.. ( aaa.. dah mcm topik cinta dah..) cuma elakkan dari 

  • menyampaikan berita yang tak betul a.k.a fitnah-memfitnah ni antara kawan2.. 
  • kadang2 bila kita berkawan ramai2 ni kan.. kalau ada masalah, mesti si A ni ada la mengadu dengan si B ni kan.. so si B ni jangan la nak memanas-manaskan keadaan plak.. so pandai2 la..
  • jangan suka serkap jarang.. CSI dulu...
  • kalau si C gaduh ngan si D, yang lain try jangan masuk campur.. settle sendiri mey.. 
  • takmo boikot2
  • jangan gunakan kelemahan & kelebihan yang kawan2 lain kita ada.. cth: kau nak berkawan dengan dia sebab dia banyak duit je kan.. ce try dia pokai.. ko pun hilang...

orang kata jangan memilih kawan, tapi pada aku kita perlu memilih..bukan memilih benda.. tapi pilih la kawan yang boleh buat kita berjaya dunia & akhirat.. jangan pilih kawan yang boleh buat kita terjerumus kearah yang  tak baik.. pergaulan antara faktor penting untuk mencorak seseorang..tersalah langkah buruk padahnya.. heeee ~ PEACE~

SAYA DAN KAWAN2 SAYA

bff from USM sorang lagi missing in action

bff from poly

bff from school

4 comments:

Ana Joe said...

ohh gedikk...muntah sini...hehehe
tau takpe.mesti ade nme spesel ngn bestie...
walau dgr gedik xp xkisah ap org2 ckp...

sy syg jugakk kwn2 sy...gilerr rindu diorang pas nengok gmbo2 nih.

Nabila Wahab said...

hehehhe.. jom muntah sesama.. :)

Kyra said...

hai adik maneh...
blajaq rajin2 yer..nanti mama qis beli cekelet..
slam kenal dari mama qis

Nabila Wahab said...

salam kenal juga mama qis ~ :)