Monday, March 28, 2011

Tengok Betul-Betul

Assalamualaikum ~

Malam itu, kami mengambil keputusan untuk makan malam di tempat biasa. Sebelum itu, Ija ada memberitahu bahawa dia ingin singgah di TESCO berdekatan kerana ingin membayar tuntutan bil telefonnya.

"uolls.. singgah TESCO jap heh.. Nak bayo bil jap.."
"ok..i pon ada nak beli barang sikit ni.." balas aku tanda setuju..

Apabila telah mendapat persetujuan aku dan Nik, kami pun singgah la ke TESCO.. Seperti biasa juga, kami mencari parking yang berdekatan dengan pintu masuk TESCO berkenaan.

Selesai parking, kami yang juga mengejar masa, berlalu cepat meninggalkan kereta dan masuk kedalam TESCO. Niat dihati ingin membeli apa yang patut sahaja, tetapi niat kami terpesong oleh kerana hasutan syaitan nirojimm.. Habis duit aku !!

Selepas segalanya selesai, kami yang juga memang kelaparan bergegas ke kereta. Dikepala masing-masing sudah memikirkan menu yang ingin di makan pada malam itu.

Sesampai sahaja dikereta, kami terkejut kerana kereta kami yang sebenarnya kereta pinjam, remuk seperti di langgar.

" Eh ni kesan kena langgar semalam ke..?" tanyaku meminta kepastian.
" Eh.. tak la.. semalam tak sampai macam ni pun.." balas Ija cuak. (yelaa.. kereta pinjam kott)
" Perghh.. mati la.." kataku sambil membelek2 kereta tersebut.. teruk wooo ~
" Kenapa kita sejak2 ni macam suey je.. semalam pun kena langgar jugak.." kata Ija mengingatkan kejadian accident pada hari sebelumnya.
" Tadi ok je.. ni baru kena langgar tadi ni.. Masa kita kat dalam.." Sampuk Nik.
" Pergghhhhhh!!! siot betul la sapa yang langgar ni.. Kuang Hajarr !!" marah Ija bercampur cuak.
" Kereta sebelah ni kot Ja yang langgar.." Nik cuba membuat andaian..
" Ce tengok belakang kete tu.. kemek tak..? " sampuk ku bersungguh-sungguh.

Belum sempat Nik berlari anak melihat belakang kereta tersebut, Ija bersuara..

" Bukan babe..kereta yang langgar kaler len.. " sambil menunjukkan kesan warna merah di kereta berbanding warna kereta yang dituduh iaitu silver.

Suasana hening seketika.. Masing-masing memikirkan bagaimana mahu menyetelkan problem berkenaan. Segala jenis perasaan berkecamuk. Kami buntu. Bagaimanalah ayat yang sesuai untuk kami sampaikan kepada tuan punya kereta nanti.. matii !!!

Tu satu hal.. Belum lagi kerugian yang bakal di tong-tong oleh kami bertiga nanti.. Tengok dari kesan perlanggaran tersebut, kerugian boleh dianggarkan beratus-beribu..UWAAAA ! mana aku ada duit...!!

Apabila sudah hampir 10 minit kami bertiga sugul.. tiba-tiba aku ingin bersuara

"Copp.. ni kereta kita keeee..??"
Ija dengan pantas bergerak seperti mecari sesuatu. " bukanlahhhhh !!!" balasnya sambil terus berlari kearah kereta yang sebenar.. ( selang 1 kereta dari kereta yang remuk tuu)

Dari kejadian tu sampai ke kedai makan sampai ke bilik.. kami ketawa je mengingatkan kesengalan kami bertiga. Kami bertiga kot.. Kenapa sorang pun tak terfikir nak tengok nombor plat ke, keadaan dalam kereta ke kan.. ahhaha.. Kalau sesorang tu, boleh accept lagi la.. Lagi satu, ktorang stay blur ada la dalam 15 minit.. lama giler.. Dalam masa tu, sorang pun takda yang dapat cam itu bukan kereta kami sebenarnya.. Tapi seyes.. kereta sejibik sama.. cara parking pun sama !! SURATAN @ KEBETULAN.. ??..

p/s: Lain kali tengok betul-betul.. takmo serkap jarang je.. nanti malu sendiri.. kuikuikui

5 comments:

Cik Ezy said...

wahaha..
cuak xtntu psl..
aduyai..
nsb baek xbwk blk tros kete tu..
keh3

imnabila said...

hahhaha..
sengalkan..
wakakak..

Nieylicio Kerolicio said...

salam.. kunjung balas.. hee
mmg ade cume tak kepoh jer.. hee

MIXED MINDS said...

haha funny picture! :p

A.A said...

cerita u punye la cemas, dalam masa yang sama saya kesian ngan awk..
bila habis baca mcm nk pecah perut gelak, cmne boleh x prasan?

sedang mengah gelak : NurAzrahAzis