Tuesday, July 19, 2011

Suratan Yang Menyakitkan

Assalamualaikum ~

Korang layan tak drama Slot Lagenda tv3 Sijundai..? Drama yang mengisahkan tentang cinta yang berlandaskan ilmu hitam @ sihir. Huhu.. Boleh tahan jugak la drama tu. Apa yang buat aku melekat tengok drama tu sebab banyak sangat persoalan. Banyak sangat teka-teki, siapa Edy sebenarnya, kenapa Edy boleh gagap, kenapa Sarah kalau dengar Edy tiup suling jadi macam kena sampuk, Apa sejarah silam Seri dan Edy. Banyak lagi la. Semua tu memang jadi persoalan. Tu yang macam tertunggu-tunggu drama tu tiap minggu. hehe.

Dan maybe jugak hero dier ensem. (ecehh!) hahah.. Aku tak kenal pun siapa hero dier tu, pelakon baru. Azam Pitt. Ok tengok betul-betul.. Azam Pitt ye, bukan Brad Pitt.. hahah.

Azam Pitt.. *cair..*

Kalau ada yang try google sinopsis drama ni, korang perasan tak yang ada watak dah bertukar nama. Macam Seri, dalam sinopsis kata Desi dan Edy pula Gema. Maybe nama tu bertukar sebab nak mengikut kesesuaian kot. Karang nanti ada pulak yang kata drama ni macam Sinetron Indonesia pulak.

And soundtrack drama Sijundai ni pun best jugak tau. Lagu Suratan Yang Menyakitkan nyanyian Sharifah Zarina


Lirik Lagu Suratan Yang Menyakitkan by Sharifah Zarina

Berulang kali aku menyatakan hasratku
Tapi tak pernah kau ruang masa untuk diriku
Namun ku sedar kasih dimana ku berdiri
Dibalik cinta yang gelap aku terus sendiri

Sungguh aku menyesali kasih
Bercinta denganmu sayang
Sungguh aku sedar betapa hebatnya cintamu itu
Yang menyakitkan
http://liriklagu.biz
Ku sendiri kasih di lautan cintaku
Beralun ombak melanda namun aku berdiam
Masih aku sayang cuba untuk pertahankan
Suratan yang menyakitkan hati ini kerna ku mencintaimu
Sungguh aku menyesali kasih
Bercinta denganmu sayang
Sungguh aku sedar betapa hebatnya cintamu itu
Yang menyakitkan
Ku sendiri kasih di lautan cintaku
Beralun ombak melanda namun aku berdiam
Masih aku sayang cuba untuk pertahankan
Suratan yang menyakitkan hati ini kerna ku mencintaimu
Masih aku sayang cuba untuk pertahankan
Suratan yang menyakitkan hati ini kerna ku mencintaimu
Bestkan lagu ni. Yang pasal video tu, aku try cari official video klip lagu ni tapi takda. hehe.. Kalau suka korang download je
Bye !
p/s: Nanti time Karaoke nak try search lagu ni la.. heheh -..-"




thank you sudi baca..:)

1 comment:

aimie amalina said...

waaa..!
sameee..x miss tgk sijundai ni tap semalam yg last x dpt tgk..huk3 sedih..sebb kuo...addoiii..=(