Wednesday, July 6, 2011

Saya kanak-kanak naif

Assalamualaikum ~

Bila terbanyak sangat waktu free ni. Aku selalu teringat time kecik-kecik dulu. Dulu masa tadika konon-konon nak jadi gangster. hahah.. konon-konon nak jadi pembuli tegar. Baling pensil kat orang, sembunyikan baju uniform orang time kelas sukan, ejek-ejek orang bagi nangis, sembunyikan bekal makanan.. haha. Tu pun aku berani buat bila ada geng la. hahah.. Takda geng, aku la orang paling sopan sekali. Target mangsa yang memang duduk sorang-sorang yang takda kawan. Tapi kalau bakal mangsa ada geng, tak berani pulak aku nak buli. Tak pasal-pasal nanti aku kang yang kena buli. hahah..

Masuk sekolah rendah memang best. Ramai kawan. Tapi seryesly aku dulu tak berapa pandai sangat nak berkawan. Tak ada pun best friend zaman sekolah rendah. Semua boleh jadi kawan. haha.. Bila kita masuk darjah satu, mesti parents akan stay pada hari first persekolahan, tengok-tengokkan kita sepanjang waktu sekolah kan. Adalah dalam 2-3 hari. Waktu rehat mak ayah dah tunggu kat kantin, makanan dah ada atas meja. So tak tau pun makanan tu kena beli kat kantin tu. Lepas makan mak ayah hantar masuk kelas balik. Waktu balik ayah dah terconggok kat depan pintu pagar. Macam masa tadika, memang aku berhantar dan berjemput oleh ayah. So berlari-lari anak la aku kearah ayah.

Seryesly aku bukan jenis budak-budak yang berdikari dulu. Semua mak ayah buat. Aku ingat lagi, lepas je mak ayah dah tak stay kat sekolah tu, first day aku kena belajar hidup sendiri kat sekolah, waktu rehat aku ilang arah. Waktu rehat tercari-cari mak ayah, padahal mak ayah dah pesan kot diorang dah tak boleh datang sekolah lagi. Aku tengok orang lain semua dah ada kawan-kawan. Aku takda pun. Duduk je kat kantin tu tengok orang lain makan. Tak tau pun makanan boleh di beli kat kantin tu. hahah.. Yela.. dah terbiasa makanan tersedia atas meja. Last-last ada sorang makcik ni belikan aku makanan. haha.. Kesian agaknya dia tengok aku. Suka betul time dapat makan. Ntah aku cakap terima kasih ke tak ntah kat makcik tu. hahha.. Aku pun makan la sorang-sorang. Takda kawan pun. Tak ambil hirau pun keadaan sekeliling. Lepas habis makan aku pelik kenapa kantin dah takda orang. mana pergi semua orang..

Malas nak fikir, dan tanpa aku tau kat sekolah ada loceng yang berbunyi itu menandakan waktu rehat dah tamat, aku terus jalan balik kelas. Menonong je aku masuk kelas tanpa mengetuk pintu atau beri salam. hahah.. padahal cikgu tengah mengajar. Cikgu tu pun tegur la aku.

" Nabila, masuk kelas kena ketuk pintu dan bagi salam dulu " kata cikgu
" ???? " aku senyap dan blur
" Ok, murid-murid, siapa boleh tunjuk kat Nabila cara masuk kelas? " Tanya cikgu
" saya.!!.saya..!! saya.!!." hampir semualah budak kelas tu tawar diri untuk buat demo kat aku.

Last-last dia pilih la sorang budak kelas ni, budak ni pun keluar then ketuk pintu dan bagi salam, macam yang cikgu suruh.

" haaa.. macam tu la Nabila.. nak masuk kelas kena buat macam tu.. Ok sekarang Nabila buat pulak.." kata cikgu.
" ??????? " aku senyap dan still blur lagi.. hahahha..

Waktu balik sekolah pulak kena naik van. Memang ayah dah tunjukkan aku pun van yang aku kena naik. Tapi disebabkan aku ada kawan time tu, aku naik bas yang kawan aku naik. hahah..Nak balik dengan kawan la konon.. Tapi, nasib baik drebar bus tu alert dengan budak-budak ni. So dia tahu la aku bukan penumpangnya. So dia hantar aku ke van yang sepatutnya. haha.. Kalau dia tak alert, ntah kemana agaknya aku. hahah..

2 comments:

Zinnirah Humaira said...

kit jek zaman kecil2 awak dulu..hehe :D
part masuk kelas tak bagi salam tuh agak kelakar..hiihii

mmbalas kunjngan anda :)

imnabila said...

@Zinnirah Humaira : heheh.. :D