Thursday, July 28, 2011

Apa sudah jadi jejariruncing vs Khairul Fahmi?

Assalamualaikum ~

Aku rasa semua orang dah tau kot pasal hal Jejariruncing vs Khairul Fahmi. Haiyoo.. Apa dah jadi..? Khairul Fahmi memang dah lupa daratan ke..? hahah.. macam klakar pula bila orang cakap Khairul Fahmi dah lupa daratan, bila masa pulak dia duduk dalam air nyeew (ok ! lawak bodoh)

Adat bertunang, memang banyak dugaan. Aku belum bertunang la, tapi ramai orang cakap macam tu. Cuma cara kita menyelesaikan masalah dan dugaan menjadi penentu samada hubungan akan terus kekal atau sebaliknya. So cara terbaik ialah komunikasi semasa sendiri. Dan cara yang amat salah ialah mengexpose masalah dalaman kepada umum.

Aku tak sokong siapa-siapa pun. Aku tak kenal pun jejariruncing ke, Khairul Fahmi ke (selain dari tiang penjaga gol). Dan yang pasti diorang lagi la langsung tak kenal aku. Tapi kalau hanya melihat gambar Khairul Fahmi dengan perempuan lain, tak semestinya dia berscandal. Aku tengok gambar tu biasa je. Khairul Fahmi takdalah lebih-lebih dengan perempuan tu. Maybe perempuan tu peminat dia dan berborak pasal bola je. Mana tau kan..


Dan cara Jejariruncing melepaskan kemarahan pada umum aku rasa amat salah. Kalau orang lain kurang hajar dengan MAK AKU, ofcos aku pun hangin. Siapa tak hangin kan.. Then memang tersembul punya ayat "KAU INGAT KAU SIAPA NAK KURANG AJAR DENGAN MAK AKU" dari mulut. Lagi la bila yang kurang hajar tu tunang/pakwe/makwe, mau tak sentap. So sedikit sebanyak aku paham jugak la perasaan jejariruncing time tu. Tapi tak perlulah di uar-uarkan kepada umum. Lagi-lagi la dia bertunangkan orang popular. Memang semua orang akan tau. Malu kot nanti Khairul Fahmi.


Apa nanti orang kata, time manis bercinta punya puji melambung-lambung, canang kisah cinta bagai tapi bila ada problem di canang pula perkara buruk dan mengaibkan. Sangat tak best. Memalukan diri sendiri kot aku rasa. Agak-agak nanti kalau dah berbaik semula, tak kemalu dengan diri sendiri nanti. Ayat tak bleh blah "ingat sikit dari mana kau datang". Sangat sinis dan makan dalam. Perlu ke cakap macam tu pada kekasih atau tunang sendiri..?

Itu sekadar pandangan dan pendapat aku je. Takda niat mau kondem sesiapa. Aku doakan hubungan jejariruncing dan Khairul Fahmi akan sentiasa baik dan sampai ke jinjang pelamin. Aminnn..

Bye !

p/s: Khairul Fahmi jangan nak buat hal jadi tiang gol je malam ni oke !




thank you sudi baca..:)

6 comments:

Wani said...

walau,, siapa perempuan dalam gambor tu.. seksi bebenorrrr ish.... jangan tergugat keimanan khairul fahmi sudahhh .. aiyoooo

imnabila said...

@ Wani: tula.. seksi !

Rieyah Jamil said...

mase bace pon rase cam tak patut le die citer benda cenggini kat fb ke twit ke! tau ah papamamarazi kalo dapat skop cenggini boleh runtuh bangunan 5tingkat kot.. jd isu hotsampailebur...

imnabila said...

@ Rieyah Jamil : mmg kompem jd isu punya.. konon fofuler la katakan..

ztie said...

tak tau la yang betol yang mana tak. masing2 ada cerita masing2. harapkan yang terbaikuntuk kedua belah pihak jer pun. hmmm... fahmi2.... terbaik la jaga tiang gol malam ni!

imnabila said...

@ ztie : hahah.. tu la. harap kn yg terbaik je utk diorg..