Wednesday, July 27, 2011

Fakta menarik disebalik kematian Amy Winehouse

Assalamualaikum ~


Dulu aku pernah tengok satu dokumentari kat Channel E!. Aku lupa tajuk dokumentari tu, tapi lebih kurang macam " Most Shocking Hollywood Curses" la. Memang banyak senarai-senarai "kononnya" ia adalah sumpahan yang berlaku di Hollywood. Then ada la satu sumpahan ni, ia mengenai artis-artis Hollywood yang mati pada usia 27 tahun. Siap ada list tau, kira ramai la jugak. 


Ramai artis hollywood yang mati pada usia 27 tahun. Dan kebanyakkanya disebabkan oleh dadah dan arak. Adakah perkara ini ialah satu kebetulan atau memang sumpahan..? Antara artis Hollywood yang mati pada usia 27 tahun: 


1. Brian Jones (28 February 1942 – 3 July 1969)
    Sebab Kematian : Lemas dalam kolam renang.


2. Jimi Hendrix (November 27, 1942 – September 18, 1970)
    Sebab Kematian : Keracunan apabila mengabungkan pil dengan arak (wine)


3. Janis Joplin (January 19, 1943 – October 4, 1970)
    Sebab Kematian : Overdose herion


4. Jim Morrison (December 8, 1943 – July 3, 1971)
     Sebab Kematian : Kegagalan jantung


5. Kurt Cobain (February 20, 1967 – c. April 5, 1994) 
    Sebab Kematian : Bunuh diri


Actually ramai lagi artis Hollywood yang mati pada usia 27 tahun . Try check 27 Club. Dan masa tengok dokumentari tu, mereka ada senaraikan artis-artis Hollywood yang mengamalkan cara hidup tidak sihat dan hampir berumur 27 tahun. Dan antara artis yang tersenarai ialah Amy Winehouse. Dan terbukti masin mulut mereka kerana Amy Winehouse memang betul-betul mati pada usia 27 tahun. Huuu ~

Memang trill kan "sumpahan" ni. Berkemungkinan nanti akan ada amaran yang menyuruh artis-artis Hollywood perlu berjaga-jaga apabila usia hampir menjangkau 27 tahun. Mungkin la. Lambakan artis-artis Hollywood yang mengamal amalan hidup tidak sihat macam dadah dan arak memang tak terhitung. Kebanyakkannya itu la menyebab kematian mereka. Apa-apa pun kalau dah sampai ajal, mati juga. 

Bye !




thank you sudi baca..:)

2 comments:

nadira shahid said...

sumpahan yg agak menakutkan..
kalau nak jadi artis /selebriti hollywd, memang tak lekang dgn stress, tapi malangnye, semua dok ilangkn stress dgn dadah.. then,addicted.. kesian

imnabila said...

@ nadira shahid : itula.. byk bnde len utk ilangkan stress dr dadah n arak.. tp itu la yg slalu mnjdi pilihan..