Tuesday, February 22, 2011

Kena culik ketika berkempen ?? ~

tadi ialah hari mengundi calon mpp kat USM ni.. ktorang takda la di wajibkan nak pergi undi2 ni.. tapi ntah kenapa, terasa macam wajib plak.. tapi tak pe.. pengalaman tu.. lagi pun ni first experience pergi undi mengundi ni.. hehehhe.. lepas2 ni tak da la macam jakun sangat kan.. of cos la aku undi calon yang boleh pakai.. kekekeke.. yeahhh !

berita surat kabo yang tak bleh blah hari ni
::
::
::
student UM hilang ketika berkempen.. 

tak tau ape perasaan yang sepatutnya aku rasa bila baca berita ni, terkejut, kesian, kelakar, dahsyat, perasaan euwww.. urmmmm.. ntah hape2.. lepas ni aku rase semua calon MPP semua universiti kena ada bodyguard la.. tak pun sewa je pak guard selama dalam tempoh edah berkempen.. senang ! keselamatan confirm terjamin..

Berita Penuh

Siswi UM hilang ketika berkempen


KUALA LUMPUR: Seorang calon Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang akan bertanding merebut kerusi umum dalam pilihan raya kampus hari ini dilaporkan hilang ketika berkempen.
Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, Masturah Abu Bakar, 22, sedang berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM bersama rakannya.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, ketika kejadian pelajar berkenaan sedang mengadakan program kempen dan berpisah dengan rakannya selepas memaklumkan ingin membeli kad tambah nilai. “Selepas beberapa lama menunggu, Masturah tidak muncul dan rakannya cuba menghubunginya, namun gagal.


“Gerakan mengesan Masturah dilakukan kira-kira enam jam dengan bantuan penduduk setempat, namun menemui jalan buntu,” katanya.

Wan Abdul Bari berkata, rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai jam 12.20 tengah malam, semalam.

Harian Metro difahamkan Masturah ketika berkempen memakai baju kurung batik merah jambu, bertudung merah jambu, kulit berwarna sawo matang bercermin mata, mempunyai ketinggian lebih kurang 173 sentimeter dan berkot labuh hitam.

kredit to HARIAN METRO


masa otw mengundi tadi sempat ambil gambar.. heeeeee ~










1 comment:

atikNAOshi said...

erm, memang da adat kt um tu klu PRK je msti ade je hal nye..da 4taun sy dok sn mmg mcm2 bnde jd

nway hi saya follwr bru awk! :)

http://dapurhangitsaya.blogspot.com