Tuesday, February 8, 2011

3 jam kat terminal bas larkin & 12 jam dalam bas ke penang.. haiyooo ~

hari ni hari yang paling penat sepanjang tahun arnab ni.. huh !.. (eceh.. pdhal baru awal tahun). penat menunggu, penat duduk, penat tido, penat risau, semua la..gila tak gila la kan..  3 jam tunggu bas kat terminal larkin tu.. bas sepatutnya sampai pukul 10malam, tunggu punya tunggu, last2 bas sampai pukul 1.30pagi.. mau tak keras aku kat terminal tu.. dengan mak & ayah sekali ada temankan aku menunggu kat terminal tu.. kesian diorang.. kalau lambat setengah jam ke satu jam ke, boleh la terima lagi.. ni 3 jam.. nasib baik family echa ada sekali time tu (memandangkan echa naik bas sekali dengan aku, so dia & family pon dok menunggu bas bertuah tu).. so aku control2 sikit nak ngamuk2 ni.. kalau tak da.. urmmmm ~

 menunggu dengan sabar..belakang tu echa & family

 kesian ngan mama, ayah & aiman.. tunggu sampai pukul 1 lebih..

mood budak buncit dah ok after ayah bawa makan KFC.. (ps: tengok pipi dia.. budak baik memang kene ad parut..) wakakka..

 sian adik kakak ngantok..

tunggu bas yang tak muncul2

sampai je bas yang di tunggu2 kat terminal larkin tu, aku lega la jugak..ok la dari tak datang2 langsung..kat tiket tulis bas transtar coach express, tapi sampai bas MARSUPIALS.. tak tau la kalau bas tu under TRANSTAR ke kan..  masuk je bas aku ngan echa konfius kejap.. seat ktorang dah ada orang duduk.. aikkk.. tanya orang tu, dia kata tu memang seat dia.. hadoi.. blur skejap.. last2 ktorang duduk je seat kat belakang seat yang sepatutnya ktorang punya.. malas nak gaduh2 pasal seat2 ni pepagi buta.. duduk kat seat belakang tu dengan takda perasaan bersalah lansung, doa jer hope takda orang claim tu seat diorang plak.. kalau ada orang claim, tu memang bleh buat gaduh.. yelaaa... tak kan aku ngan echa nak duduk atas lantai bas plak... last2 takda orang cakap tu seat dia, naseb baik.. duduk dalam bas borak2 jap ngan echa dan yang aku perasan, bas tu gila laju.. echa sempat pesan suruh mengucap sebelum tidur.. kecut perut aku.. aku pun mengucap n pejam mata.. nak bagi tidur biar rasa takut tu hilang.. ngeeeee ~

sedar2 je dah siang.. tengok jam pukul 7.20 pagi.. tapi kat tapah lagi..  ok la tu..  bayangkan berapa lama diorang amik masa dari tapah ke Penang.. 6 jam..!! bukan sebab bas tu slow ke hape, tapi dia pusing satu utara dulu.. gila..! singgah parit buntar, singgah kulim, singgah bukit mertajam, singgah butterworth, semua tempat la dia singgah..huh..! dengan takda berhenti untuk breakfast & lunch.. last berhenti kat tapah tu la.. tu pun untuk membuang... urmmmm...

tapi apa2 pun, alhamdulillah la aku & echa sampai dengan selamat kat USM ni.. walaupun terasa kematu lelama dalam bas.. and aku rasa ni lah first and last aku naik bas under TRANSTAR ni.. memandangkan bas yang selalu aku naik dan bas2 yang lain memang full, so terpaksalah naik bas ni.. lepas ni better naik bas yang memang kita biasa dah naik..


 bas bertuah kami

with echa..(pucatnya bibir saya)

1 comment:

Cik Ezy said...

huhukk..
sgt teruk..
tp papepon syukur..
dh selamat smpai..
=)