Tuesday, May 17, 2011

Usaha Mencari Novel KASIH YANG SUCI by Meen Zulaikha

Assalamualaikum ~

Sabtu lepas, Aku ke City Square JB sebab nak temankan adek kecik aku pergi nonton Fast & Furious 5. Disebabkan dia under age, baru 10 tahun maa... Dukacita dimaklumkan dia di larang untuk menonton movie tersebut. Tak pernah pulak ku tahu, filem tu 18+. Tapi kat poster PG13 je. So dia dah start buat muncung panjang. hahah. Nak buat macam mana kan. So kitorang tengok jugak la movie Kongsi yang sedia maklum diberitahu oleh Adib a.k.a adek aku jugak, yang movie tu tak berapa best. Nak tengok Priest lagi la ko tak lepas dek oii.. hahaha..

Sementara menunggu waktu tayangan movie Kongsi tu, kitorang jalan-jalan cari novel yang memang menjadi niat utama aku. Novel yang di cari ---> KASIH YANG SUCI by Meen Zulaikha. Yeahh !! Penangan Nora Elena. hahaha.. Kat City Square tu ada 2 je book store aku rasa. MPH dan Popular. Dua-dua aku geledah. Memang takda.. Yang ironisnya, masa aku tengah geledah novel kat MPH, ada beberapa orang hamba ALLAH cari novel yang sama. Dengan kuasa telinga yang tajam ni, aku dapat menangkap dialog-dialog mereka.

HAMBA ALLAH 1

situasi ni berlaku di sebelah aku je. Seorang perempuan dengan kawan perempuan dia.

" Kau pergi la tengok kat sebelah sana, aku tengok kat sebelah sini " 
" Apa tajuk dia... kasiihhhhh..."
" Kasih Yang Suci Meen Zulaikha. "
" Takdaa.. Aku confirm takdaa.. "

HAMBA ALLAH 2

bila hamba Allah 1 tadi cakap kat situ takda, aku pun beredarlah ke rak lain. Ada jugak lagi sorang kakak ni cari novel yang sama. Dia tengah tanya kat staf MPH tu.

" Adek, kat sini, ada tak novel Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha..?"
" Owhh.. Takda kak. Cuba akak try cari kat Angsana. Badan Cemerlang tu"
" Ohh.. takpe la tima kasihh "


Haiyooo.. Ramai kot yang cari novel tu. Aku ingat aku sorang je yang bersungguh-sungguh. So niat di hati nak survey kat Angsana pulak. Pergi Angsana, terus masuk Badan Cemerlang. Geledah-geledah dulu novel kat situ. Seryes kat situ banyak giler kot novel. Puas cari tapi tak jumpa pun. So aku nak try tanya kat sorang staf situ. Staf tu tengah susun2 novel yang dia baru bawak keluar dari mana ntah. Stok baru kot.

" Kak, aaa.. novel Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha ada tak..?"
" owwhh.. habiss dahhh..." jawab kakak tu confident
" ???? . so bila agaknya stok baru sampai ek..?" tanya aku
" Kitorang memang ada order, tapi tak boleh janji la bila sampai "
" Takpe kak.. tq.." balasku tersenyum

Bila dia dah cakap macam tu, aku pun round2 kejap kat situ. Cari-Cari novel lain. Manalah tau ada novel yang berkenan kan. Tapi takda. Agaknya dah set mind nak novel Kasih Yang Suci tu je kot. heheh.

Aku memang tak sangka jugak la ramai orang yang mencari novel tu. Sampai sold out segala. Perghhh !! Masyuukk akak Meen Zulaikha. Btw kak MEEN ZULAIKHA pun ada blog tau. Sekarang ni still dalam mood mencari novel tu..Yeahh !! usaha kan tangga kejayaan.. hahah..

8 comments:

intan suraya said...

beli je scara on9.. senang pn senang..:)

imnabila said...

@intan suraya : heheh.. tgk la mcm ne nnti.. tq bg suggestion :)

faisal young jae said...

cayok33...semngat...so u bile nk tulis novel sndri???

imnabila said...

@ faisal young jae : hahahh.. slalu brangan jer.. tulisnye dokk.. ngee ~~

Khadijah said...

saya pun tgh cari novel kasih yg suci juga...but until now x jumpa2 lagi...cedihnya...:(

imnabila said...

@ Khadijah: jom kte berusha!! hehehhe

nik rosmawati said...

wah..peminta drama nora elana gak yea.siap cari novel lagi ni :))

imnabila said...

@ nik rosmawati : heheh.. tgh minat gler nih.. :)