Tuesday, April 19, 2011

Taste aku teruk sangat ke...?

Assalamualaikum ~

This week minggu exam. Menyempat lagi kan aku nak update entry blog ni. Hehehe. Aku bukannya jenis manusia yang study bagai nak rak pon. Bukan dah pandai, tapi aku ni ada mengidap penyakit yang agak kronik iaitu M.A.L.A.S. Serius penyakit ni bukan penyakit keturunan ye.. hoho. Ciri-ciri manusia yang mengidap menyakit sama macam aku ni selalunya akan study last minit. Contohnya esok nak exam, hari ni baru study. hehe..So far, penyakit ni belom lagi la membawa kemudaratan pada result-result aku. hahah.. (takda ke..?=..=")

Tadi, buat yang keberapa kali ntah, aku ulang tayang tengok movie Twilight series. Dari Twilight sampai Eclipse. Macam biasa, tengok movie hasil download. heheh.. Aku tengok movie ni pun sebab temankan member baik ni. Alang-alang memang filem feveret, join la sekali. Ok ! nampak disitu ye, penyakit aku kronik kan. Orang study, aku layan movie.

Perdebatan time tengok movie twilight series ni ialah siapa hensem? Edward ke Jacob? hahah.. budus kan.. and my answer is always Jacob. And aku sorang je yang cakap Jacob hensem. Yang lain ofcos Edward. Ok ! point kat sini bukan nak cakap pasal taylor Lautner or Robert Pattinson tu hensem ke tak. Tapi ialah kerana member-member aku kat sini suka reject taste aku yang memang suka sangat dengan lelaki rambut panjang. Yelahh.. Jacob kan rambut panjang dalam Twilight and New Moon. Sebab tu la aku suka. hohoho.. Tapi bila Jacob rambut pendek dalam New Moon and Eclipse, diorang tetiba cakap Jacob hensem pulak.


Aku tak tau la, sama ada aku ni memang ber'taste' pelik ke tak dalam melihat seseorang makhluk lelaki ni. Seriously, lelaki-lelaki yang berambut panjang memang sedap je mata aku memandang. Contoh la kan, kalau tengah makan luar ke, lepak-lepak ke, kalau ada je lelaki yang rambut panjang lintas/lalu, cepat je mata aku ni.. (mata keranjang kah..?)haha.. otometik mulut ni akan menyebut ayat azimat " ensemnye mamat tuh" dan terus di balas dengan muka ntah hape-hape member2 yang lain sambil menyebut "euwwww.."

Hampir keseluruhan lelaki lelaki yang hensem pada mata aku (ofcos rambut panjang) akan direject tanpa belas kasihan oleh member-member. Ntah ape-ape je diorang. Ok what lelaki rambut panjang. Macho jerrrr.  hahaha. Lepas tu kan, bila lelaki tu awalnya rambut panjang, pastu dia potong pendek, terus dah tak ensem bagi aku.haha. Macam aku dah set mind yang lelaki rambut panjang je hensem. Tapi jangan la rambut panjang pastu dress up macam orang gila/sakai/pelarian ke kan. kompem aku cakap tak ensem nanti. messy messy jugak, tapi jangan melampau, pening gak kepala orang yang memandang nanti.

Bila aku cakap aku suka lelaki rambut panjang, jangan ingat aku tak pernah suka lelaki rambut pendek. Pernah. Tapi mostly rambut panjang la. hahahha.. And aku pun takda mention pakwe or future husband aku mesti rambut panjang. Alaa.. just memuji lelaki-lelaki rambut panjang. Apede hal...

Tapi seriously ensem nya lelaki-lelaki rambut panjang. ngeh3 ~












p/s: Beautiful Is Subjective. Lain mata lain pandangan. Lain pandangan lain citarasa. :)

6 comments:

BHAIHAQI COOL said...

Haaa , aku pn nk Rambut pjang gk laa mcm tuu , hahahhaa..

imnabila said...

@BHAIHAQI COOL: LOLZ !

ukdom_uthai said...

hahahahahahahahahaaaaaaaaa.......................................................................................... ,,,, kalu muka mcm dalam gambar kat atas i nak jugak ^^..kalu mcm T...et...ixmo,,huhuhu

b a m b a m ' s said...

ehhh...kiter pon suka jacob gak arrrr!!hhehehe.. tak pelik okeh.. berbeza citarasa.. biasa lar tuh.. :P

imnabila said...

@ ukdom_uthai: oit.. t...et la ensem.. weekkk..

imnabila said...

@b a m b a m ' s : heheh.. yes ! team jacob.. :)