Tuesday, April 19, 2011

Kesemputan

Assalamualaikum ~

Dulu, masa kecik-kecik dalam umur 4-5 tahun, aku ni pernah di suspek ada penyakit asma a.k.a semput. Selalu juga la pergi klinik pastu sedut gas yang keluar asap tu kan. (hape ntah name die).Serious aku tak suka benda tu. Tapi aku kena buat jugak la. Lagi pun budak-budak time tu. Tak fikir apa sangat. Dulu bila semput je nangis. Memang seksa.


Bila dah makin membesar ni, alhamdulillah aku takda pun semput-semput lagi macam dulu. Dulu aku ada terfikir jugak, maybe bila dah besar nanti aku kena bergantung pada asthma inhaler tu bila semput datang. Tapi alhamdulillah tidak. Ada jugak cousin and member yang pakai asthma inhaler ni. Memang macam leceh je aku tengok.

asthma inhaler

Tapi, aku ni ada lagi problem yang mendorong aku untuk mendekatkan diri dengan semput ni. The problem is aku ni addict ais. Ais/air batu ni memang feveret aku la. Boleh dikatakan kalau minum air takda ais ni memang aku tak suka betul. Mesti kena ada ais. Kalau makan kat luar, order air then sampai, aku akan jamah ais dulu. Pastu bila air dah habis, aku akan habiskan ais dier jugak. Bukan aku punya ais je aku bedal, ais kawan-kawan, family or sapa2 jela yang makan dengan aku pun aku bedal. Kronik kan. Rasa macam best tahap dewa la bila dapat gigit ais2 tu.


Dah selalu sangat ditegur makan ais ni tak elok. Pernah juga berazam takmo dah makan ais, tapi tak boleh. Memang dah habit. Ais akan masuk mulut tanpa sedar.. hahah. Tapi bila tengok adik-adik makan ais, tau pulak nasihatkan diorang jangan makan ais. hahah. =..="

Selalunya kalau aku makan ais dengan kerap dalam satu2 masa tu, tak lama lepas tu semput pun menyerang la. Biasanya dia serang time aku nak tidur. Pergghhh ! memang seksa gua cakap lu. Dia punya perit nak bernafas tu memang rasa macam nak mati pun ada. Huh !Bila dah kena macam tu, aku just sapu minyak kapak kat dada je. Tak pun minum air suam banyak-banyak. Pastu paksa kan diri untuk tidur je. Esok bangun, keadaan akan seperti biasa. Dah ok.Then aku akan taubat nak minum ais dalam 2-3 hari. Lepas 2-3 hari, aku bedal balik ais tu.

Sekarang ni memang tengah pasang niat nak berhenti makan ais (huh ! macam nak berhenti rokok plak). Slow-slow. heheheh ~

p/s: pada sesiapa yang nak berjinak-jinak dalam ais ni aku nasihat kan toksah la. Susah kot nak hilangkan habit tu nanti. -..-"

4 comments:

ifnirsweet said...

jga kesihatan elok2 :)

Dda Ly said...

saye pon suke ais...suke kunyah ais..tp nasib baik dpt control pas give birth to my forst baby..skang da kurang..tp bile tgk pic ais kt mulut org tu, terus dtg gian..hihihih

meh ke rumah..
~ole² dari sahabat...:)~
keep in touch ye..♥♥♥

imnabila said...

@ifnirsweet: heheh.. tq dear ~

imnabila said...

@ Dda Ly: hehhhe ~ :)