Thursday, April 21, 2011

Pengalaman interview USM

Assalamualaikum ~

Lagi seminggu je masa untuk aku habiskan sisa-sisa sem ni. Minggu depan dah start cuti and 4 bulan nanti duduk besarkan bontot kat rumah.haha. Plan nak cari kerja part time. Tapi tengok la dulu, memandangkan aku tak pernah pun kerja-kerja part time ni. Tapi kalau duduk kat rumah sahaja untuk masa 4 bulan memang keras la. Tepu otak nanti. Haishh.. bagi cuti lama-lama sangat pun problem. Kang tak bagi cuti langsung kang, meroyan plak.

Isnin ni, USM dah start meng'interview' calon-calon student yang bakal study kat Universiti Dalam Taman ni. Tetiba teringat time aku interview kat sini dulu. hahah. Satu keluarga bawak turun Penang. Interviewnya satu hari je. Tapi kitorang satu family stay tiga hari kat Penang ni. So kenalah aku yang time tu tengah berkerja kat Thistle Hotel JB amik cuti. Pergi Penang memang excited. Tapi pergi atas dasar interview yang buat mood nak berjalan tu macam spoil sikit.

Sampai je Penang, kitorang terus survey USM. Plan nak tengok-tengok la tempat interview tu dulu. Esoknya takda la kelam kabut sangat nak cari tempat tu nanti kan. First time kot singgah USM ni. Sesat tak payah cakap. Sampai dalam USM pun kitorang boleh sesat. haha. Tak jumpa tempat interview tu. Keliling cari orang bertanya. First time tengok dengan mata kepala sendiri, USM ni memang serious cantik. Kena la dengan tagline UNIVERSITI DALAM TAMAN. Memang teruja la..

Malam tu before interview, aku dapat mesej yang aku dapat interview untuk Universiti Pendidikan Sultan Idris  (UPSI) jugak. Fuhh ~ macam ayah aku cakap, satu rezeki datang, rezeki lain menyusul, tapi bila takda, takda langsung la pulak. Before aku pergi Penang, aku ada dapat interview SPA untuk jawatan Pereka gred B41. Kira masa time tu, memang murah rezeki la.

Pagi-pagi lagi dah ready untuk pergi interview. Pergi awal sebab takut sesat. hoho. Sampai sana je terus cari member baik yang memang dapat juga sekali interview tu. Banyak kot stage kena ikot. Tunggu punya tunggu, petang tu turn aku di interview. Perghh ! cuak ! Sekali 3 orang yang interview aku. DR HARDI, DR SAM MUHIZAM,sorang lagi perempuan, tak berapa cam sapa. heee ~.Masuk je berabuk diorang speaking london. Aku..?? cakap melayu sudey.. hahah.. diorang tanya in english aku jawap in malay. haha. Tak confident la wey nak cakap omputih ni. Aahh ! lantak.. So disebabkan english aku kureng, confident level aku untuk dapat USM ni memang paras hidung pun takda. So aku tak mengarap tinggi.

Balik je dari interview, aku jadi sepi sikit. Senyap jee. Aku pun tak tau apsal. Tapi perasaan lega toksah cakap la. Memang macam terlepas segala seksa. Next tempat interview kat Selangor pulak. Interview untuk UPSI. Memang melancong dalam negeri la aku bulan tu. Kesian jugak kat mak ayah. Berhabis masa dan duit semata-mata untuk hantar anak sulung diorang ni interview. Baru interview je pun. Dapat ke tidak, tak tau.

Tapi, alhamdulillah.. penat lelah tu berbayar. Sekarang aku kat USM. Rezeki aku kat sini. Jawapan tawaran kemasukan USM sebulan lebih awal dari jawapan kemasukan UPU. Pantas betol orang USM ni buat kerja. huhuhu.
p/s: kalau korang dah terpilih dan terima tawaran kemasukan dari USM, Universiti lain memang tak akan terima korang lagi, Sebab USM buat pemilihan student sebulan awal  dari universiti lain. :)

7 comments:

kAmi dAn mEreKa said...

Dulu, kte dapat gak usm, tp kte tolak sbb jauh sgt, skg kt utm, dkt ngn rumah~~ hehe =)

Nabila Wahab said...
This comment has been removed by the author.
Nabila Wahab said...

@kAmi dAn mEreKa : heheh.. tu la jauh jugak ni dr rumah.. tp best la.. hehe

izzatie said...

kak , lau xspeaking xpe ke ? xeffect ape2 ke ?

Anonymous said...

Die tak marah ke kalau kalau jawap dalam bm?

KMPIANS said...

Kakak, blh bagi tau soalan2 yg ditanya masa interview tu tak??

Shyerryneis said...

Kalau lulus interview usm tpi kita reject, adakah upu masih bagi tawaran?