Wednesday, October 26, 2011

Terbang Malam - Explorasi Seni PPS USM 2011

Assalamualaikum ~


Hye korang ! Sabtu lepas 22/10/2011, Pusat Pengajian Seni USM telah mengada satu event sempena menyambut adik-adik junior. Kalau sudah namanya di anjurkan oleh student art, memang pastilah ia bukan event makan-makan dan dengar ucapan semata ye. Yang pasti hari itu adalah hari enjoys sambil melupakan segala beban assignment yang sedang membelenggu semua student. ehem !




Malam yang diberi nama TERBANG MALAM | EXPLORASI SENI memang voks sekaligus haroks. haha. Event ni sebenarnya berlangsung dari pagi sampai malam. Tapi malam tu adalah waktu kemuncak la. Waktu siang kami buat aktiviti riadah macam explorace dan aktiviti suai kenal antara student.


Disebalik tabir. Aku selaku crew/ajk event TERBANG MALAM | EXPLORASI SENI ni. Busy nya memang tak payah cakap la. masing-masing memang ada tugas yang kena buat. Ada crew yang terpaksa tidur di studio untuk siapkan segala hal mengenai event ni. Yang tak tidur pun ada. Kesian diorang. Sampaikan ada crew yang tak mandi pagi tu. haha.  Pagi tu aku and the geng datang awal pagi la jugak. sampai-sampai je agak terkejut sebab tempat kejadian lengang macam takda apa-apa event. aahh sudah.. rupa-rupanya crew lain sibuk dalam studio dari malam .. fuhh ! terasa bersalah sebab aku tidur lena dalam bilik.. -..-"


Origami burung. kami kena sediakan dalam 400 keping (kalau tak silap la). perghh ! Dari yang zero tangan kayu tak pandai buat origami ni terus jadi pro. tutup mata pon boleh buat. Dengar macam kacang je kan buat origami. tapi tak semudah yang disangka beb. Agak menguji keimanan dan kesabaran jugak la.


Aku ajk protokol, so pagi-pagi tu memang dah kena standby untuk sesi pendaftaran student. Agak kelam-kabut sebab kena settlekan pembahagian t-shirt segala. kalau seorang dua tak kesah beb.. beratus kot. memang tak menang tangan. Pulak tu kami kena teliti bab pembahagian t-shirt. takut tersalah bagi saiz then akan menyebabkan kekeliruan yang maha hebat nanti. Bila dah keliru terus stress then marah then mood hilang. Tapi Alhamdulillah pembahagian baju settle dengan jayanya walaupun ada ter 'mis komunikesyen' juga sikit. Tapi standard la semua tu. heeee ~


Motif gambar nak tunjuk design t-shirt je sebenarnya. hahah.. Design t-shirt memang dapat banyak pujian la. Credit to Afif sebab dia yang mendesign t-shirt ni. Sesiapa student USM kampus induk yang nak tempah t-shirt ni boleh roger-roger kat YDP PPS kite Ahmad Johari Martopo 


Antara aktiviti waktu pagi tu. Sebelum ber explorace, haruslah kita memanaskan badan dengan bersenam erobik dulu.


Muka adik-adik junior kita. Hope semuanya enjoys..


Walaupun hujan sekejap, tapi ia tak membantutkan kelancaran majlis. Waktu malam lebih kepada persembahan dari juniors. Diorang memang best sebab sporting dengan persembahan yang kreatif. Majlis disempurnakan dengan ucapan Dekan PPS, Prof A.Rahman. Dan MC kita malam tu ialah Arja Lee. Pada yang tak tahu, Arja Lee hero filem Anu Dalam Botol. Dia student final year lakonan dan pengarahan USM. Sangat sporting dan sempoi.


Overall, event berlansung dengan jayanya. Alhamdulillah semua bagi kerjasama yang baik. Terima kasih pada semua yang telah menjayakan event TERBANG MALAM | EXPLORASI SENI. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kami sendiri.

Bye !



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

No comments: