Tuesday, October 18, 2011

Budak 2 tahun di langgar lari dan tidak dipedulikan

Assalamualaikum ~

Zaman sekarang ni manusia memang dah tiada sifat berperikemanusiaan agaknya. Sifat kasih-sayang dan kasihan sudah hilang terus. Mungkinkah kerana arus permodenan, hati manusia menjadi sekeras batu..? Pelik betul aku dengan manusia yang sudah hilang perikemanusiaan ni.


Semalam, kawan aku ada post satu video kat facebook. Video mengenai seorang budak 2 tahun yang dilanggar lari. Dengar macam biasa je kan, tapi kalau korang tengok sure perasaan korang berbaur marah, geram, kesian, sedih semua la. Mau aje aku sepak sorang-sorang manusia yang ada kat tempat kejadian. Hati letak kat tumit ke hape ntah diorang... memang mintak maki aku je... BANGANG !!


Korang tengok je la video ni..


Lepas tengok je video ni, aku terasa nak tau sangat apa jadi kat budak tu dan terus google, then aku jumpa ni




Rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun di China yang dilanggar sebuah van dan kemudian tidak dihiraukan oleh pejalan kaki, menggemparkan negara ini dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia menggambarkan keadaan kurang bermoral dalam masyarakat moden di republik ini. 




Video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober lalu itu dan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merakamkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan berdarah di sebuah jalan raya di bandar Foshan, wilayah Guandong.




Media rasmi hari ini melaporkan lebih 12 orang yang melalui jalan itu sama ada pejalan kaki atau menaiki basikal, tidak mempedulikan kanak-kanak itu sehinggalah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori.

Seorang wanita kemudian menarik kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan sebelum ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja asing di bandar itu tiba di tempat kejadian.

Akhbar China Daily melaporkan kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital, diisytihar 'mati otak'.


Agensi berita Xinhua melaporkan dua pemandu kenderaan yang melanggarnya telah ditahan polis.



source : Lulu Pages

p/s: kesian budak tu... :(





thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

4 comments:

syAzAnA said...

alahai, kesiannyaaa! mati otak? Ya Allah!

n a b i l a w a h a b said...

@syAzAnA : info latest bdk tu dah meninggal dh.. :(

tips said...

ciss,,,, kejam betol orang yang nampak tu,,, ramai gla kot yang nampak pastu buat bodo jer,,, xde ati perot langsung,,, xkena sendiri xpe la,,, kalu malaysia sorang nampak mesti dah berpuluh2 orang datang tengok n tolong dah,,, cian budak tu.. :(

n a b i l a w a h a b said...

@ tips : kejam sgt kan.. btoll klu kt malaysia mmg akan rmi yg beri pertlgan...