Hye korang ! 20 - 25 Sept, Universiti Sains Malaysia ada convocation ceremony . So secara automatiknya minggu ni adalah minggu cuci mata kat tapak konvo. Selain boleh tengok abang-abang dan kakak-kakak nampak gojes dengan berjubah konvo kaler purple, kitorang pon boleh tengok abang-abang burger yang macho ber'apron'.. eh.. -..-"
Food court convex yang memang sentiasa crowded. Macam-macam makanan korang boleh dapat kat sini, makanan selatan, timur, barat, utara semua ada.
Feveret food since first day convex lagi. Asal singgah tapak konvo memang cari ni dulu. ce teka apa dia..
Ini bukan 3 layer tea, tapi CENDOL terbaik dari ladang. Harga RM 2.00. Sangat-sangat melegakan tekak korang yang haus giler tu bila dah round 3x tapak konvo. Aku sanggup turun tapak konvo ni semata-mata nak cari cendol ni sahaja. Aku addict cendol.. cedapnya !!
Otak-otak dari booth ikatan mahasiswa/i Johor (IKMAR). Makanan-makanan yang dijual haruslah yang bercirikan 'JOHORIAN' macam tempe goreng, otak-otak, cendawan goreng, bandung soda. Tapi yang sedihnya diorang takda jual nasi ambang. Seryes susah nak cari nasi ambang kat Penang. :(
Disebabkan ramai giler yang beli otak-otak kat situ, aku pun nak try juga. RM3.00 untuk 5 otak-otak. Mahal ke murah..? Aku tak sure pulak harga otak-otak sebenarnya. Tapi pada aku macam mahal. Malas nak tanya lebih lanjut, takut nanti diorang jawap otak-otak tu di import khas dari kempas Johor pulak. Ternganga nanti aku kat situ.
Jangan tertipu dengan packaging. Aku bajet rasanya macam milo pure, ala..yang macam air kotak milo tu. Tapi.. Sedap lagi milo aku buat.. -..-"
Kecik-kecik tak dapat, so dah besar baru nak main benda alah ni.. hakhak.. Ekceli belon Hello Kitty ni untuk our BFF, TIPS. Dia pengerusi Persatuan Anak-Anak Hello Kitty Malaysia. Tak caye tanye dia.
Bangga woo bawak belon Hello Kitty ni. Dari tunggu brader belon masukkan angin kat belon, tawaf tapak konvo tu sampailah nak balik bilik semua orang tengok. Yang adek2 tunjuk-tunjuk kat belon, yang makcik-makcik sampai kerut-kerut dahi tengok aku bawak belon ni. yang pakcik-pakcik siap senyum smbil geleng-geleng kepala tau. No wonder la Tips suka Hello Kitty, glemer !! -..-"
Teruskan tawaf tapak konvo tu sampai kaki terasa nak tercabut baru balik. Eh aku dah mention belum yang Hafiz Awan Nano dan Alyah di jemput buat persembahan kat sini. Sorry gambar diorang takda. hahah.
bye !
Btw cutekan Google.. Happy birthday Jim Henson's
thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)
6 comments:
lama dah x makan otak2..
@ Kathy Tuah : tula.. dh lme jugak x mkn otak2.. itu yg trase nk mkn tu..
hoho geng usm ! seppppp ! :D
@ ILA SYAMILA ♥♥ : hye geng !! :D
hahahahaa,,, cute nama persatuan tu,,, anak-anak helo kitty g2,,, tengq u all... so suwett,,,huhuhu
@ tips : hahah..
Post a Comment