Showing posts with label interesting. Show all posts
Showing posts with label interesting. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Kebetulan atau dirancang..?

Assalamualaikum ~

Maybe isu ni dah lama, tapi aku baru je tau (biasalah slow). Tadi bukak Facebook, then ada seorang kawan ni menyuruh kawan-kawan yang lain mencuba sesuatu yang pada aku quite interesting la. Arahan nya seperti ini..


So aku dengan pantas dan penuh terujanya cubalah buat apa yang disuruh. Just nak tau la apa yang orang lain nampak.

Then, resultnya adalah seperti berikut :

Huhuhu.. Aku agak terkejut jugak dengan resultnya. Kemungkinan hanya kebetulan. Tapi tak tau la kan. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya.

p/s: Seram juge bila melihat benda-benda macam ni.. huhu

thank you sudi baca..:)

Wordless Wednesday | Aaauummmmm !

Assalamualaikum ~


Siapa macho..? Harimau ke Singa.. heheh.. AAUUMMMMMM !




thank you sudi baca..:)

Tuesday, July 19, 2011

Suratan Yang Menyakitkan

Assalamualaikum ~

Korang layan tak drama Slot Lagenda tv3 Sijundai..? Drama yang mengisahkan tentang cinta yang berlandaskan ilmu hitam @ sihir. Huhu.. Boleh tahan jugak la drama tu. Apa yang buat aku melekat tengok drama tu sebab banyak sangat persoalan. Banyak sangat teka-teki, siapa Edy sebenarnya, kenapa Edy boleh gagap, kenapa Sarah kalau dengar Edy tiup suling jadi macam kena sampuk, Apa sejarah silam Seri dan Edy. Banyak lagi la. Semua tu memang jadi persoalan. Tu yang macam tertunggu-tunggu drama tu tiap minggu. hehe.

Dan maybe jugak hero dier ensem. (ecehh!) hahah.. Aku tak kenal pun siapa hero dier tu, pelakon baru. Azam Pitt. Ok tengok betul-betul.. Azam Pitt ye, bukan Brad Pitt.. hahah.

Azam Pitt.. *cair..*

Kalau ada yang try google sinopsis drama ni, korang perasan tak yang ada watak dah bertukar nama. Macam Seri, dalam sinopsis kata Desi dan Edy pula Gema. Maybe nama tu bertukar sebab nak mengikut kesesuaian kot. Karang nanti ada pulak yang kata drama ni macam Sinetron Indonesia pulak.

And soundtrack drama Sijundai ni pun best jugak tau. Lagu Suratan Yang Menyakitkan nyanyian Sharifah Zarina


Lirik Lagu Suratan Yang Menyakitkan by Sharifah Zarina

Berulang kali aku menyatakan hasratku
Tapi tak pernah kau ruang masa untuk diriku
Namun ku sedar kasih dimana ku berdiri
Dibalik cinta yang gelap aku terus sendiri

Sungguh aku menyesali kasih
Bercinta denganmu sayang
Sungguh aku sedar betapa hebatnya cintamu itu
Yang menyakitkan
http://liriklagu.biz
Ku sendiri kasih di lautan cintaku
Beralun ombak melanda namun aku berdiam
Masih aku sayang cuba untuk pertahankan
Suratan yang menyakitkan hati ini kerna ku mencintaimu
Sungguh aku menyesali kasih
Bercinta denganmu sayang
Sungguh aku sedar betapa hebatnya cintamu itu
Yang menyakitkan
Ku sendiri kasih di lautan cintaku
Beralun ombak melanda namun aku berdiam
Masih aku sayang cuba untuk pertahankan
Suratan yang menyakitkan hati ini kerna ku mencintaimu
Masih aku sayang cuba untuk pertahankan
Suratan yang menyakitkan hati ini kerna ku mencintaimu
Bestkan lagu ni. Yang pasal video tu, aku try cari official video klip lagu ni tapi takda. hehe.. Kalau suka korang download je
Bye !
p/s: Nanti time Karaoke nak try search lagu ni la.. heheh -..-"




thank you sudi baca..:)

Tuesday, July 12, 2011

Video pergaduhan artis paling WT**

Assalamualaikum ~

Aku ada terima satu video ni, bila di selidik, benda ni dah agak lama juga la berlaku. Maybe korang-korang ada yang dah pernah tengok and tau pasal ni. Aku pun dah lama tak tengok tv channel Indonesia. So aku memang dah tak tau langsung perkembangan artis kat sana. Kalau dulu (zaman sekolah) memang aku rajin tengok rancangan gosip-gosip Indonesia ni. Lagi best kot dari Melodi. Sebab entertainment kat sana memang suka cerita lebih-lebih kalau kes-kes gini. Diorang memang open la kalau bercakap or bagi pendapat, takda kalis-kalis punya. 

Bila tengok video ni, benda first yang aku terfikir ialah BODOS !!.. Gila la, terdedah sangat kot. Video Julia Perez vs Dewi Persik memang tak bleh blah.. !! Kalah kot video gaduh dalam kolam Rita Rudaini dan Lisdawati. Mereka berdua ialah artis kontroversi Indonesia. Seryesly aku tak kenal pun si Julia Perez ni. Dia ter'femes' kat Malaysia ni pun time dia nak buat kerja bodoh lagi bangang bila nak pakai bra laser untuk menganggu konsentrasi pemain bola sepak Malaysia lawan Indonesia dulu. Yang si Dewi Persik ni pulak aku pernah la tengok dia berlakon dalam filem seram Indonesia. Tapi lebih lucahnya dari seram. Aku pun pelik apsal filem seram /hantu Indonesia mesti ada adegan-adegan yang tak senohoh ek..? 

Layan la video Julia Perez vs Dewi Persik ni. Kalau ternampak apa2 yang menyakitkan mata ignore je la heh.. Pada adik-adik pulak tutup mata tu. hahahha..


p/s : Agak-agak korang sapa salah..? 

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday l Tiada yang mustahil

Assalamualaikum ~








Kembar Lisa Surihani

Assalamualaikum ~

Siapa yang tengok sinetron Indonesia Kawin Masal kat Astro Ria setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6.30-7.30 petang, ulangan pukul 11.30 malam hari yang sama dan pukul 10 pagi dan 3.30 petang pada hari esoknya ( bukti astro banyak kot buat ulangan). yang heroin dia Agnes Monica tu..

Aku bukan nak cakap pasal Agnes Monica tu, Tapi sorang lagi pelakon sinetron tu yang pegang watak Riby. Bagi yang tengok sinetron tu, korang tak rasa ke muka Riby tu ada iras dengan pelakon Lisa Surihani..? Bukan iras sikit babe, banyak kot.. hahah.. Dia ketawa, marah. bercakap memang lebih kurang je dengan cara Lisa Surihani. Kulit putih gebu pun lebih kurang. hehhe..

Tak caya..? try tengok ni.. Riby a.k.a Kimberly Ryder







Ni pulak Lisa Surihani




heheh.. sama tak..? Yang penting dua-dua cun wooo.. heheh..
Bye !

Wednesday, June 29, 2011

Tahajud Cinta (Slot Zehra TV3)

Assalamualaikum ~

Sejak-sejak ni asyik tertengok je trailer Tahajud Cinta kat tv3. First time tengok aku dah suka dah. Tu belum tengok full drama lagi. Hopefully drama ni best dan boleh jadi macam Nur Kasih ke kan. Btw hero dan heroin Nur Kasih pun antara pelakon utama drama Tahajud Cinta ni.

Tahajud Cinta adalah sebuah drama tv3 untuk slot Zehra menggantikan drama Keranamu Laila. Bakal menemui penonton semua pada 8hb Julai 2011 ni, setiap Jumaat pukul 9 malam. Karya pengarah terkenal Erma Fatima ni menampilkan seramai 20 orang blogger artis popular Malaysia. Antara artis yang menjayakan drama ni ialah Fazura, Remy Ishak, Fauziah Ghouse, Shahz Jazle, Tan Sri Jins Shamsuddin, Eman Manan, Norish Karman, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Erma Fatima, Ziela Jalil, Ahmad Tamimi Siregar, Melisa Saila, Anne Abdullah, Azizah Mahzan dan Neelofa.


Sinopsis Tahajud Cinta




Drama: Tahajud Cinta
Genre: Semi Islamik
Terbitan: Rumah Karya Citra
Pengarah: Erma Fatima
Pelakon: Remy Ishak (Solahudin), Fazura (Citra), Fouziah Gous (Seri), Shahz Jaszle (Azihan), Tan Sri Jins Shamsuddin (ayah Citra), Eman Manan (Ustaz Syauki), Norish Karman (Nora), Tiz Zaqyah (Emelda), Aaron Aziz (suami Nora), Melisa Saila (isteri ketiga), Ziela Jalil (isteri kedua), Erma Fatima (isteri pertama), Dira Abu Zahar (isteri keempat), Ahmad Tarmimi Siregar (ayah Seri), Fadilah Mansor Kak Chik (ibu Seri), Haryanto (Tengku Irfan), Neelofa (Armani), Azizah Mahzan (ibu Citra)

Cerita bermula dengan kisah mengenai  sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Ghouse) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang.  Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak  kpd Citra )ada masalah  dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan  Citra berjanji kepda dirinya  untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra nak membukti juga kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas  di zaman sekarang ni.  Citra jugak nak memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali  tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat  kepada seorang ustaz. Ustaz ni pula bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin,  menyelamatkan Seri ( Fauziah Ghous) dari menjadi isteri keempat.  Solahudin  tidak mahu  menjadi anak derhaka ( mungkin dia anak kepda Ustaz Syauki). Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
Trailer Tahajud Cinta 

Monday, June 27, 2011