To be honest, aku salute dengan blogger yang masih aktif dan masih menulis sampai sekarang. Bukan senang ye setiap masa nak memikir idea penulisan tu. Ada yang dah jadikan penulisan blog ni sebagai kerjaya tetap pun. Dapat payment dengan buat something yang kita suka iaitu menulis! Bestkan?! Menyesal pula malas update blog dulu. <----Tiber
Walaupun sekarang ada penulis dan pembaca blog dulu-dulu yang sudah beralih kepada platform lain macam Facebook, Instagram mahupun Youtube. "Buat apa nak karang pastu baca tulisan panjang-panjang haa, better tengok je haa video.." Kata Limah sambil menonton video youtube Vivy Yusof sambil menguyah cengkodok.
Tapi perlu diingat masih ada lagi yang suka membaca karangan / penulisan sampai sekarang. Ada kan? Sure la ada.. Ada ke? Contoh aku la. kalau perlu panduan or ada curiosity, sure akan google dan google akan membawa aku menjelajah ke beberapa website dan blog. Bila satu blog ni macam tertarik menarik, aku akan usha post-post lain dan datang lagi bila ada update menarik lain. So jangan risau kalau kau rasa takda orang baca blog kau. Cehh.. cakap pada diri sendiri lettew..
Bila tengok orang rajin update blog aku pun terdetik nak rajin update blog macam dulu juga. Last aku post 2013 kau. haha. Punya la berzaman dah tinggalkan. Blog yang dalam 'reading list' aku selalu baca dulu pun ada ramai juga yang dah lama tak berupdate. Yela zaman pun dah berubah. Dulu student, sekarang bekerja. Komitment, masa pun dah lain. Mungkin itu faktor kenapa ramai yang tinggalkan blog. Dan macam aku cakap tadi mungkin juga beralih pada platform yang lain.
Aku tak pandai pun menulis, Penceritaan aku tak menarik mana pun. Dari dulu pun macam tu. Tapi minat bercerita dalam penulisan tu ada. Sebab itu aku start blogging dulu. okok. Dengan ini aku berazam seperti azam tahun-tahun sebelumnya haha aku nak start balik menulis blog. Harapnya kali ni betul-betul laa. Minat menulis tu memang lama ada tapi malas tu mengatasi segalanya.
So pada sesiapa yang terbaca update aku ni. kalau ada la. tinggalkan lah link blog korang kat komen. Free nanti aku baca la. Mana la tau dengan tidak semena-mena content penulisan korang memang favourite dan kena dengan topik bacaan aku dan haruslah aku akan terus jadi follower blog korang. Tak kenal maka tak cinta kan..
No comments:
Post a Comment