Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

Dapat hadiah dari Microsoft dan Yahoo Emel

Assalamualaikum ~


Lepas je tengok movie Mr & Mrs Smith kat Astro Citra semalam, aku terus je mengadap internet balik. Nak bukak sekejap je sebab nak check emel kat Yahoo kononnya. Aku jenis manusia yang jarang update emel kat Yahoo. Just baca je mana2 yang penting then tutup, biarkan je berlambak2 emel notification dari Facebook or blog macam tu je. Tapi kalau datang rajin, semua aku delete. hahah..


Masa tengah nak delete-delete notification dan emel yang dirasa tidak perlu tu, aku ada terperasan satu emel ni, From MICROSOFT AND YAHOO E-MAIL SELECT AWARD. dan subjek dia CONGRATULATION YOU HAVE WON GBP£1,000,000.00.  Giler kau 1 juta pound sterling kot. Dengan tak semena2 jutawan aku. 




Fill Out This Form if you are silly


Tapi seryesly walaupun aku tak berapa nak bijak. tapi takda la bodoh tahap loser. So far aku tau bezakan yang mana betul dan yang mana salah. Yang mana benar, dan yang mana tipu. cewah ! Tengok je subjek emel tu "CONGRATULATION YOU HAVE WON GBP£1,000,000.00." , aku tau dah benda ni SCAM. Ya ampun ! Tak kan la aku boleh menang duit tu macam tu je. Tomok pun bersusah payah dan bertungkus lumus untuk dapat RM 1 juta kat rancangn One in a Million. Aku duduk rumah je pon. Gila bertuah.


So aku try la google kot-kot dah ada orang yang mention pasal ni ke kan. Memang dah ada pun. Benda ni dah lama dah rupanya. Aku je yang baru dapat. Tarikh emel 4 July 2011. 


So beware la kalau ada dapat emel-emel macam ni. Jangan mudah sangat percaya. Takdanya diorang nak bagi kau duit macam tu punya senang. BEWARE PEOPLE !!


Bye !!   

Friday, July 1, 2011

Siapakah calon Imam Muda terbaik..?

Assalamualaikum ~

Selama beberapa minggu diberi tugasan yang memang menguji keimanan dan ketahan fizikal dan mental. Malam ni la penentuan, siapakah Imam Muda pilihan..?

Mungkinkah Imam Muda Nazrul atau pun Imam Muda Hassan..?


Yang pasti kedua-dua Imam Muda ini terbaik. Bukan senang nak menjadi calon Imam Muda ni. First time tengok rancangan Imam Muda ni, aku memang dah target Imam Muda Nazrul dan Imam Muda Hassan yang akan ke final. Dan akhirnya.. Dah terserlah la 'kemasisan' (bak kata jep sepah) mulut ku. heheh..


NAMA: MOHD HASSAN ADLI BIN YAHAYA @ YAHUZA
UMUR: 26 TAHUN
TARIKH LAHIR: 17 FEBRUARI 1985
ASAL: PERAK
PENDIDIKAN: IJAZAH SARJANA MUDA ILMU WAHYU (AL-QURAN & HADITH), UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
PEKERJAAN: PENSYARAH (SEPENUH MASA)
STATUS: BUJANG
Di waktu lapang Hassan suka keluar bercuti dan melancong menikmati keindahan alam.
Hassan seorang yang pemalu tetapi selepas mengenalinya ternyata Hssan seorang yang peramah dan suka berkongsi ilmu.

NAMA: NAZRUL IZWAN BIN ZOLKIFLEE
UMUR: 26 TAHUN
TARIKH LAHIR: 20 JUN 1985
ASAL: JOHOR
PENDIDIKAN: DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DARI KOLEJ PENGAJIAN ISLAM & DAKWAH
PEKERJAAN: GURU BESAR
 
STATUS: BERKAHWIN
Selain gemar berkebun, Nazrul berbakat menyanyi. 
Irama Nasyid menjadi pilihan. 
Mempunyai personaliti bersahaja, menjadikan Nazrul mudah bergaul dengan golongan remaja. 
Baru mendapat cahaya mata kedua bulan lalu.



 Siaran langsung 
Jumaat,1 Julai 2011
 Jam 9.00 malam 
di Astro Oasis 106 @ HD channel 188



p/s: Assalamualaikum Imam Muda Hassan... Nama saya Nabila.. heeee ~

Friday, June 10, 2011

perghh !! pedih mata ikan..

Assalamualaikum ~

Ada ke yang tak tau apa tu mata ikan..? hahah.. Maybe korang pernah dengar 'ulser mulut' kan. Haaa.. ulser mulut tu mata ikan la, mata ikan tu ulser mulut.. hehe. Aku senang panggil mata ikan je. Ok ! jangan tanya aku apsal aku panggil mata ikan. Tu pun aku ikut orang. orang panggil mata ikan, aku pun panggil la mata ikan. hahah.. Sampai sekarang pun aku still confius apsal orang panggil mata ikan. Maybe sebab benda tu macam mata ikan ke kan.. ntahhh.. -..-"

ini ulser a.k.a mata ikan

Ni entah yang ke berapa kali ntah aku kena mata ikan ni. Dalam masa cuti sem (1 bulan ++) ni aku rasa adalah 4-5 kali kena. Sengsara woo gua cakap lu kalau kena mata ikan ni. Pedih tak hengat. Sekaligus boleh menyebabkan ketidak seleraan makan yang amat. Nafsu ada, makan takleh, cam noo...?

Selain dari tak boleh nak makan, nak bercakap pun jadi takda mood, nak berus gigi pun susah gak. Bayangkan, tengah-tengah gosok gigi tu, sekali korang tergosok mata ikan tu sekali. Pergggghhh !!

Tula la.. mak dah pesan.. minum air banyak-banyak. tapi engkau degil... kan dah.. rasekan.. Tu la jawapan standard mak ayah aku bagi kalau aku ngadu kat diorang pasal mata ikan ni. Memang kurang minum air adalah salah satu punca dan sebab terjadinya bende alah yang menyiksakan ni. Lagi satu aku pernah dengar faktor cuaca pun antara punya yang popular gak.

Tapi yang pasti aku akan terkena mata ikan ni bila

----> berus gigi secara rakus dan menyebabkan ter'eksiden' pada rongga mulut lain.
---->habit mengunyah kiub ais, punya la excited kunyah ais tanpa sedar tergigit mulut.
---->tengah syok2 ngumpat2, tetiba tergigit mulut sendiri   <---- balasan
---->tergigit mulut time tidur  <---- haaa.. ni xleh blahh.. ngigau agaknya..

Kalau dah terkena sebab-sebab di atas ni, memang kompem tak lama lepas tu mata ikan la.. Cara yang paling mujarab aku akan buat bagi mengelakkan mata ikan ni membesar dan memberi kesakitan yang tiada tolok bandingan ialah dengan meng'colek' kan garam kat tempat kejadian. Masa dia belum nak jadi, ok lagi la kalau nak letak garam tu. Tapi kalau dah besar,, mau berair mata woo.. Pedih glesss.. Tapi memang elok la kalau dier ada ura-ura nak jadi ulser tu kau terus tenyehkan garam.. alaaa... pedih-pedih manja, apa de hal.. konpem cepat sembuh, dia terus terencat, tak jadi membesar. So takda la sakit sangat.

Tapi aku nasihatkan elakkan la dari letak garam time mata ikan tu dah besar. Korang konpem melenting punya nanti. sangat-sangat pedih. Lain la kalau korang memang jenis hati kering tahan sakit ke kan.. tu no hal la... Kalau mata ikan tu dah membesar, aku prefer letak ubat gigi. Pedih juga, at least takda la macam garam kan.. Tak pun korang beli je ubat-ubat ulser kat farmasi tu.. senang..

So memberss, elakkan diri anda dari terkena ulser mulut a.k.a mata ikan ni yee.. Mencegah lebih baik dari mengubati. heeeee ~ :)

Saturday, May 21, 2011

Seniwati mahyon Ismail Meninggal Dunia.. Al-Fatihah

Assalamualaikum ~



Innalillah..Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Hari ini sekali lagi kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang lagi seniwati veteren tanah air iaitu Mahyon Ismail, 69 tahun. Allahyarham meninggal dunia tengah hari tadi setelah mengalami sesak nafas.

Allahyarham yang juga ibu kepada pelakon terkenal Faizal Hussein, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi jam 11 malam tadi.

Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis.

"Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999.

"Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian sehinggakan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi.

"Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.


Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.

Malah Allahyarham yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.


Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di sebelah kubur suaminya Allahyarham Hussein Abu Hassan, di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak, selepas solat Asar tadi.


Takziah untuk keluarga Allahyarham Mahyon Ismail, Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah..

Review: Nur Kasih The Movie Indah Khabar Dari Rupa..?

Assalamualaikum ~

Nur Kasih satu drama yang pernah menjadi fenomena pada kita dulu. Satu drama yang katanya berjaya mengangkat kembali martabat drama melayu. Drama yang menjadi ikutan berbagai peringkat umur, jantina, bangsa dan agama. Drama yang lari terus dari tipikal drama melayu yang selalu menampilkan golongan-golongan korporat semata. Drama yang membuatkan semua penonton perempuan berangan inginkan sosok lelaki seperti Adam ataupun Aidil. Para lelaki pula berkata, "untungnya kalau mendapat perempuan baik seperti Nur Amina".

Setahun berlalu, fenomena Nur Kasih khabarnya ingin melanda semula. Filem Nur Kasih The Movie yang di tunggu-tunggu sekarang berada di pawagam berdekatan. Tapi mampukah Nur Kasih The Movie kembali menjadi fenomena seperti mana dramanya dulu..?


Semalam 20/5/2011, Aku dengan kawan pergilah menonton filem ni. Dah lama sangat tunggu kan. Excited sangat nak menonton filem ni. Proses membeli tiket takda la susah sangat pun, maksudnya takda la aku kena beratur panjang ataupun berebut-rebut nak beli tiket. Sampai je kat kaunter, terus sebut Nur Kasih The Movie. Aku pilih waktu tayangan pukul 5.15petang. Paling mengejutkan aku, aku orang pertama yang beli tiket movie tu. Panggung lenggang. Tapi waktu aku beli tiket tu dah pukul 4.30 petang dah pun. Means ada lagi 45 minit sahaja lagi tayangan filem dia kan. Ok! Aku cakap dengan kawan aku ni " Waaa.. ari ni kita berdua je dalam panggung, giler VVIP". 




Aku takda la fikir filem ni tak laku ke hape ke kan. The main reason tak ramai orang ialah sebab aku tengok movie ni kat KSL City dimana tak ramai pun manusia yang lepak kat sini. Shopping Mall yang still baru. Datang je ke KSL City ni, kau boleh kira berapa orang manusia kat situ. So, takda orang dalam panggung Nur Kasih The Movie tu bukan sebab filem tu tak laku yee.. Berlambak kot pawagam kat JB ni. Pilih je mana kau nak pergi.

Masuk je panggung No 2 tu, aku memang boleh kira manusia yang tengok filem Nur Kasih The Movie ni. Around 10 - 15 people. Alaaaa.. baru nak buat panggung tu macam rumah sendiri. hakhakhak.

Honestly Nur Kasih The Movie ni agak mengecewakan aku. Filemnya tak sehebat dramanya. Plot yang meleweh-leweh membosankan. Sering terpancul dari mulut ni.. " hak alahhh... tak habis-habis la ko ni adamm.."Ada juga adegan yang dirasakan tidak perlu kot. Feel sedih ada, tapi takda la sampai nak keluarkan air mata. Macam baru je nak rasa feel tu tapi dah di potong dengan adegan lain. So feel tu macam tak sampai la. Dan lagu-lagu dari filem ni macam tak berapa nak masuk la dengan adegan-adegannya. Filem ni terus lari dari target yang aku dah sasarkan. Seriously aku mengharapkan lebih dari filem ni.

Tapi ia masih lagi sebuah filem yang baik untuk di tonton. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari filem ni. Cinematography pun masih baik dan harus di puji. Lakonan para pelakon juga masih mantap. Filem ni kira macam sambungan dari drama Nur Kasih la. Korang boleh tengok macam mana pengakhiran cinta Adam dan Nur. Keseluruhannya ok sahaja. So pada sesiapa yang belum tengok dan nak tengok, digalakkan pergi la tengok, tapi jangan pergi dengan harapan yang terlalu tinggi. :)

* Hanya pandangan dan pendapat peribadi.. peaceyaww.. :)

Jozan Terbaik. Sepah The Best

Assalamualaikum ~

Persembahan Jozan dalam Maharaja Lawak bagi minggu ke-8 semalam adalah persembahan terbaik diorang selama episod Maharaja Lawak ni. Before ni, persembahan diorang boleh di katakan suam-suam kuku je. Bukan nak cakap persembahan diorang before ni tak best. Tapi aku expect more dari Jozan ni. Yelah... diorang dah popular kot. So walaupun diorang buat lawak yang ala kadar je, orang akan still ketawa, macam aku. Padahal aku rasa persembahan Sepah, Jambu dengan Nabil jauh lebih baik kot. heheh.

Tapi semalam seryes, aku tengok persembahan Jozan sampai terguling-guling ketawa, terbahak-bahak gelak, sampai terkeluar air mata ni kaw aku cakap. Memang kelakar habis. Before ni ketawa-ketawa sopan jerkkk.. ekeke. Lawak pesakit nak mintak bius dari doktor memang genius. haha.

Lawak Sepah pulak macam biasa, memang Sepah sentiasa bagi aku lawak yang buat aku ketawa tak ingat dunia. Sepah The Best. Lawak makcik-makcik tengah rewang memang sempoi habis. Lawak Sepah memang konsisten. Diorang sentiasa berusaha buat yang terbaik. Dan aku sebagai penyokong tegar diorang memang nampak usaha tu. Setiap minggu memang lawak giler kot.

Jambu.. Not bad la pada aku. Kelakar juga. Tapi aku takda la ketawa macam kat persembahan Sepah dan Jozan. Tapi bapak aku ketawa tak ingat bila tengok persembahan Jambu ni. Kadang-kadang aku rasa aku ketawa sebab tengok bapak aku ketawa. heee. Tapi aku enjoy juga la dengan persembahan Jambu untuk minggu ke-8 ni.

Nabil ok.. Susah kot nak buat lawak sorang-sorang je kan. Tapi Nabil boleh buat dan memang buat orang ketawa. Kira terbaek la tu kan. Lawak pasal penggunaan facebokk dan twitter @ penggunaan ayat di facebook dan twitter memang bagi orang ramai bukak minda sikit. Memang betul apa yang Nabil cuba sampaikan dalam lawak dia tu. OMG !!! hakhakhak.

Balas punya persembahan aku tengok gitu-gitu je.. hehe.. Bila top 4 Maharaja Lawak pada aku iaitu, Sepah, Jozan, Jambu dan Nabil dah buat persembahan, kira dah habis la Maharaja Lawak pada aku.. haha. *kejam kot statement*

Kemasukkan kembali R2 memang aku dah duga. Siapa lagi yang layak kalau bukan R2 ye dok. Lawak R2 semalam kira best la. Kelakar juga. Better dari Man dan Balas. Dan seperti di jangka, Man yang tersingkir..

Ok done.

p/s: Ini hanya pandangan peribadi aku. Korang mesti ada jugak persembahan feveret korang sendiri kan. heheh.. byee !


Jom layan yang best !!

Jozan




 Sepah




Jambu




Nabil



Wednesday, May 11, 2011

10 Sifat@Ciri Lelaki Idaman

Assalamualaikum ~

Sejak dah jadi bibik tak bertauliah ni, kerjanya memang mengadap laptop je la. Haha. Kerja-kerja kat rumah ni takda la banyak sangat pun. Tu yang bosan yang amat ni.hehe. "Elehh.. Kalau kerja banyak pun bukan ko nak buat." tiba-tiba suara hati menyampuk. "Ahhhh.. sadap u !!" Balas suara hati yang lain.hahah..

Kalau kita bercakap pasal lelaki idaman, memang tak habis la nak berdebat kan. Macam-macam ciri nanti keluar. Tapi seryes, kebanyakan ciri yang diberi sama je sebenarnya. Semua nak yang baik-baik belaka. Ehh babe, mesti lah nak yang baik kan. Ada ke wanita yang bercita-cita nak lelaki yang tak senohoh?? Huisshhhh !

Lagi satu, ada sesetengah orang yang set mind dier gini. "Alaa.. kau kapel ngan dia dulu, kalau tak suka nanti kau blah la..kita kapel dengan dia, tak semestinya kita kahwin dengan dia." haaaa.. Ni yang awok tak bape gemor nih. Kalau aku la kan, bila dah kapel mengkapel nih, kita kena berfikiran jauh sikit. set the future. Bukan just nak cuba try test je.

Ok ! la. Ni 10 senarai lelaki idaman. Actually more to suami idaman. erkk.. sama je kan.. hahhaa.

1. Beriman
Mesti kebanyakan orang akan cakap benda ni 'klise'. Kan kan kan. Tapi yang sebenar-benarnya memang benda ni la yang tersangat penting yang perlu ada pada seseorang lelaki. Iman yang mencorak keperibadian  manusia untuk menjadi seorang yang baik. Cuba korang bayangkan, tengah korang berdating kan, pastu si pakwe ni mintak izin nak pergi solat. suka tak.? Korang akan senyum dan cakap " jom la.." heee... Kalau lelaki itu menjaga imannya, nescaya dia juga akan menjaga kelakuannya.

2. Bekerjaya
Kalau lelaki tu bekerjaya, tentu la berduit. Kalau dia berduit, mesti dia seorang yang berdikari. Memang betul Money Can't Buy Everything. Tapi perlu diingat, hidup berlandaskan cinta semata memang tak kemana. Takkan nak mengharapkan duit belas ihsan kedua orang tua je. Malu kotttt..

3. Berpendidikan
Perempuan suka melihat pada lelaki yang berpendidikan tinggi, Ada degree, master, phd and so on. Lagi-lagi zaman sekarang ni, muda-muda dah ada phd. Kat hospital tu haa.. muda lagi dah jadi doktor. So situasi ni tak pelik.

4. Bertanggungjawab
Lelaki yang bertanggungjawab, adalah lelaki yang cerdik, tabah, punya pendirian, berjiwa teguh, amanah dan berwawasan

5. Pelindung
Wanita mana yang tidak suka di lindungi, Selamat rasanya jika berada dengan lelaki yang menjaga dan melindungi kita dari segala hal.

6. Menghormati
Wanita bukan hanya mahu lelaki menghormati diri wanita itu sahaja, tetapi orang disekeliling termasuk diri lelaki itu sendiri.

7. Bersederhana
Lelaki tidak perlulah nak meninggi diri, dan jangan pula terlalu merendah diri. Annoying kot hidup dengan lelaki yang selalu tunjuk bagus dan asyik nak menceritakan kehebatan diri sendiri. Please la.. Lebih kronik bila yeyeje dia  menceritakan kehebatan diri kat parents makwe sendiri. Silap-silap hari bulan kena kutuk balik. haha.

8. Family man
Lelaki yang sentiasa ada masa bersama keluarga. Beriadah bersama keluarga. Ia sekaligus melambangkan lelaki tersebut adalah seorang yang penyayang   :)

9. Berpewatakan ceria
Lelaki yang mempunyai cara untuk membuatkan seseorang wanita ketawa, dan gembira. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita lebih baik dari lelaki yang selalu sugul dan terlalu serius.

10. Sedap mata memandang
Penting woo.. Takda la nak ensem macam Johnny Depp ke Arjun Rampal ke ataupun Won Bin ke kan. Yang penting sedap mata memandang la. Yelaa.. nak tengok hari-harikan. Kata nak jadi sumber inspirasi dan semangat.. haha.. * beautiful is subjective


Ok done !
Ciri@sifat lelaki idaman kat atas ni sebenarnya ciri@sifat yang aku idamkan sebenarnya. Tapi seryes sama punya dengan ciri lelaki idaman perempuan/wanita lain. Tapi maybe ada lagi la penambahan ciri-ciri lelaki idaman ikut keperluan dan impian masing-masing. :)

Thursday, May 5, 2011

Hostel USM terbaek

Assalamualaikum ~

Before cuti sem haritu, aku sempat snap gambar keadaan/suasana bilik aku kat Desasiswa Bakti Permai USM untuk kenang-kenangan. Lepas ni kemungkinan aku akan bertukar bilik. Mungkinlah. Atau mungkin di tempatkan di bilik yang sama juga. Yang pasti, cadar akan bertukar dan yang paling pasti aku masih akan tinggal di Desasiswa Bakti Permai untuk sidang hadapan. So takda la pening kepala nak memikior tempat tinggal untuk sidang seterusnya.

Macam before ni, aku study kat Politeknik Johor Bahru, hanya sem 1 je yang ditawarkan hostel, sem seterusnya pandai-pandailah kome nak hidup. Di USM ni, insyallah mudah untuk dapat penginapan dari first sampailah final year. So takda la pening memikir nak menyewa segala. Mahal kot rumah sewa kat Penang ni. Lagi satu, nak ulang-alik dari rumah sewa ke kelas, perrghh.. macam leceh la untuk aku yang hanya mengharapkan kenderaan awam je.

Seryes gua cakap lu, USM antara universiti yang menawarkan penginapan yang paling sangat paling paling sangat selesa untuk semua studentnya. Kau cakap je Desasiswa mana, Cahaya Gemilang..? Fajar Harapan..? Indah Kembara..? Aman Damai..? Tekun..? Restu..? Saujana..? Bakti Permai toksah cakap la, memang best.. heeee..

Dari segi safety plak, hostel kat sini memang bukan jenis yang pagar dalam pagar.*erkk.faham..?* so macam bebas la. Orang boleh keluar masuk sesuka hati. Tu yang agak meragukan aku masa mula-mula sampai sini. Tapi alhamdulillah, so far safety terjamin lagi, even open macam tu je. Yang si student plak, pandai-pandailah jaga etika, jangan ambil kesempatan plak dengan kebebasan ni. Kalau kena tangkap, alamatnya memang ko tak grad la kan.

Standard tempat lama, ada je cerita-cerita pasal benda tahyul, kufarat, hantu segala ni. Memang macam-macam version aku dengar. Macam biasalah cerita dari mulut ke mulut. Ada jugak dari tuan badan sendiri. Seram gak oii. Tapi alhamdulillah aku takda pengalaman-pengalaman ternampak ke terganggu ke. Dan aku tak mau ter-ter tu. Macam member lain cakap, kalau niat kita betul, insyallah takda la. Yang penting jangan fikir bukan-bukan.


my bed, simple tapi selesa

my desk *nak amik gambarkan, kenalah kemas sikt, kalau tak memang ko tak nampak meja =..=*

kat seat tu memang kena letak bantal, kalau tak memang cramp la.. haha.

kat bahagian atas kiri tu, aku buat tempat letak stok-stok makanan a.k.a cikedis

 seryes kat desk aku banyak kot kalendar. Ntah apsal.

boleh tahan luas. memang selesa la nak solat ke menyarap kat lantai ke kan.

 niq bed. yang kaler oren tu MR POPO, scandal niq


orang lain ada bende alah nih. aku pun nak jugak. MR FROGGIE & MS KUMA.
last-last terlantar je tepi katil tu. 

View dari tingkap bilik aku. pokok tu aku panggil pokok sakura.
ok ! cantik ke scary.?? haha

ok! tu pendapat peribadi aku je heh. Dah hostel kat USM je yang aku pernah jengok, so kompem la aku cakap tempat tu best. heheh. Siapa nak puji tempat tuntut ilmu kalau bukan studentnya sendirikan.

psstt: aku baru diberitahu yang aku check out bilik tanpa menutup lampu bilik. mengong  !!

Lagi Shopping Mall baru kat JB

Assalamualaikum ~

Hari ni dengan rasminya dah 3 hari aku terbongkang kat rumah. Sumpah bosan oii. Macam ni ke rasanya jadi suri rumah sepenuh tangga..?? uisshh. Nasib baik aku tak pernah menanamkan azam nak jadi suri rumah nih. Kalau tak memang makan diri la.

Tu pun nasib baik semalam my bestie AZRA off, so rongeng2 la sekejap. Teman di shopping ofcos. Aku yang pokai lagi kering ni, cuci mata je. Macam biasa, bila tengah kesengkekan ni macam-macam benda berkenan nak beli. Tapi bila time duit mencurah2, semua tak berkenan pulak. pelik !!. Tahan je nafsu semalam. huhuhu.

Baru tinggalkan 3 bulan, Johor Bahru ni dah macam berubah sikit. Macam lama sangat la pulak kan aku tinggalkan. Padahal 3 bulan je pun. Kalau 3 tahun memang lagi banyak kot perubahan.

Semalam Azra ada bawak aku ke satu shopping mall baru kat JB. KSL City Mall. Baru tak baru sangat la. hee.. Aku je ketinggalan sikit. Dekat je dengan Holiday Plaza. Huuu ~ makin bertambah shopping mall. Tempatnya ok la. Lebih kurang macam City Square JB. Macam biasa, warga Cina lebih ramai lepak kat situ. Aku pun tak habis round satu shopping mall tu. Bukan sebab shopping mall tu besar sangat ke apa, tapi kemalasan dan kepenatan. heeee ~


movie center. blom try lagi tengok movie kat sini. lain kali insyallah

dekat kot dengan Holiday Plaza



Kredit to MR GOOGLE.. Gambar-gambar kat atas ni bukan aku yang shot pun. hehehe. Kalau korang orang JB, try la usha tempat ni. not bad la.Tapi jangan nak expect more dia shopping mall ala-ala Pavilion KL ke Berjaya Times Square ke Gurney Plaza Penang ke kan. Tapi seryes ok. :)

Thursday, April 14, 2011

myMetro : apa kaitan nyamuk dalam berita tu..?

Assalammualaikum ~

Korang dah baca surat kabo hari ni..? Hari ni aku macam malas la pulak nak beli surat kabo (macam selalu beli je kan). Aku ni bukan selalu pun baca surat kaba ni. Kalau kat rumah tu selalu la. Sebab ayah akan sentiasa beli Metro. Kadang-kadang tu aku baca surat kaba tu lepas 2-3 hari.. heheh..  Korang kalau beli surat kaba, mesti ada page yang korang mesti baca dulu kan. Aku pun gitu gak. Korang mesti ingat aku baca bab artis2 dulu kan.. tak la ! aku baca page global dulu. Pastu kalau kat metro tu kan page Ekstra tu pun aku suka.

So, aku kalau rajin sikit, aku baca je berita online. Macam hari ni, tengah rajin la ni, tu yang terbaca berita online ni. Macam selalu, aku memang pilih myMetro je. Sebelum baca, tengok tengok dulu tajuk-tajuk yang best kan. aku bukan baca semua pun. Ada la satu tajuk ni, memang macam excited la nak tau berita penuh. Tajuknya :


"Kereta terbalik angkara nyamuk"


Excited tak..? memang nak tau sangat la apa yang nyamuk ni dah buat sampai kereta ni terbalik.. (=..=)" . Bila baca je berita penuh, aik..? mana nyamuk..? takda pun pasal nyamuk. haisshh..

Berita penuh di click


Aku rasa, orang yang buat title ni mamai kot. hahaha.. So lepas ni myMetro kena la tengok tengok dulu tajuk dengan isi kandungan cerita before publish. Nanti malu sendiri. Metro kottt..

Ada yang baca surat khabar Metro..? Ada ke kesilapan sama macam myMetro.? Ada tak pasal nyamuk.?

p/s: aku memang tengah marah ngan nyamuk sebab sejak semenjak ni aku jadi kerakusan dia.. nyamuk !! i hate u !!

Wednesday, March 30, 2011

Maharaja Lawak Bakal Buat Anda Putus Urat Kentut.?

Assalamualaikum ~

Yeahh ! 2 hari je lagi Maharaja Lawak akan bersiaran. Peserta-peserta yang terlibat memang dah terbukti power bab-bab lawak ni.. Memang kompem mantop lagi meletops punyerrr.. heeee ~ 

Senarai peserta

Alex pemenang tempat ke-3 RL4

Amir pemenang tempat ke -3 RL3

Balas pemenang tempat ke-3 RL5

Jambu gabungan 2 pelawak iaitu Yus (Juara RL1) & Tauke (Finalis RL1)

Jihan pemenang ke-3 RL3

Jozan gandingan mantap Johan & Zizan

Man juara RL5

Nabil juara RL musim ke -2

R2 pemenang tempat ke-2 RL5

Sepah juara RL3

Wai gabungan nama dari kumpulan Kechik (Juara RL4) dan Idlan (tempat ke-2 RL4)
Wan + Achoe +Idlan = WAI

XN3 finalis RL3

Jumaat ni, pukul 10 malam di Astro Warna & Astro Prima.
Hanya 2 episod pertama sahaja akan ditayangkan di Astro Prima yang selebihnya Astro Warna akan jadi penyiar tetap. Saje la tu nak bagi hint sikit. So sape2 yang tak ada Astro Warna tu, sila-sila la langgan yer.. Bagus punya strategy promotion Astro nih..


Bestkan semua peserta.. yang jadi pilihan aku confirm la JOZAN.
Korang..?

Friday, March 25, 2011

Kau sendiri pilih, Syurga ke Neraka

Waaa.. dah macam trend kan sekarang, asal ada problem je bunuh diri, asal ada bunuh diri je ada problem. Hishh.. Pelik aku dengan manusia yang ada otak, tapi tak pandai nak guna. Sia-sia je Tuhan bagi otak. Kang kalau Tuhan tukar otak orang yang tak pandai guna otak ni dengan otak lembu kang, baru harok.

Apa yang ada pada fikiran manusia-manusia yang memilih jalan singkat ni sebenarnya ek..? Kau pikir bila dah bunuh diri, kau akan relax je ke hape..? Kau ingat hidup kau akan tenang dari semua masalah..? Ke kau ingat masalah kau akan selesai gitu je..? Kalau jawapan kau "YA" memang sah kau la orang yang paling bodoh dan bangang dalam dunia..

Ce try kau pikir panjang sikit. Kemana kita lepas mati ke..? Macam mana perasaan mak ayah ke..? Kalau bunuh diri ni nanti jadi hantu ke.? Ini tak.. ikut kata syaitan je.. Last-last bila kau dah mati, syaitan buat parti besar-besaran, celebrate kau punya kematian. SUKA ?!.

Kau ingat boyprend/girlprend kau akan rasa menyesal ke tinggal kan kau..? ntah-ntah lagi dia pikir
"nasib baik gua mintak clash dulu, tak nak gua kapel dengan orang bangang." 

Kau ingat bila kau dah bunuh diri, orang sekeliling akan cakap
"bagus budak ni.. sanggup korbankan diri" 
                                ke
"kesiannya dia.. Ya Allah, ampunkan dosanya"


Takde maknenya.. Kemungkinan yang orang sekeliling cakap bila kau dah bunuh diri,
"adoyai.. sengal melantun-lantun budak nih"
                             tak pun
"neraka..neraka..neraka.."
                             tak pun
"bodohnya dia !!"

Kalau syaitan plak, ofcos la
"WELCOME TO NERAKA BEBEH !"


So fikir-fikirkan la. Dugaan dan seksaan kat dunia ni tak sehebat di akhirat kelak. Membunuh diri adalah haram dan berdosa besar. Kita kat dunia sementara, kat akhirat la selama-lamanya. Aku tak dapat bayangkanlah kehidupan manusia-manusia yang membunuh diri di akhirat nanti.

Ketika allah cinta pada seseorang maka Ia akan mengujinya.

Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya 

Thursday, March 24, 2011

Elizabeth Taylor passed away..

Buka je yahoo tadi, terus je terpampang berita pasal Elizabeth Taylor ni meninggal dalam usia 79 tahun. Tak la terkejut pun. Before ni pun aku pernah dengar beliau ni dah sakit-sakit. Yang ironisnya, masa aku cuti Chinese New Year hari tu, aku ada tengok biografi beliau kat E Channel, dalam rancangan True Hollywood Story. Masa tu aku ingat beliau dah meninggal dah. Yang buat aku rasa macam dahsyat, beliau pernah berkahwin sebanyak 8 kali tau.. huuuu ~

1) "Nicky" Conrad Hilton Jr, Hotelier
(m. 6th May 1950 divorced 1st February 1951)


2) Michael Wilding, Actor
(m. 21st February 1952 divorced 30th January 1957)


3) Mike Todd, Producer
(m. 2nd February 1957 (died) 22nd March 1958)


4) Eddie Fisher, Singer
(m. 12th May 1959 divorced 6th March 1964)


5) Richard Burton, Actor
(m. 15th March 1964 divorced 26th June 1974)


6) Richard Burton, Actor
(m. 10th October 1975 divorced 1st August 1976)


7) John Warner, Senator
(m. 4th December 1976 divorced 7th November 1982)


8) Larry Fortensky, Construction worker
(m. 6th October 1991 divorced 31st October 1996)


Korang tak kenal siapa Elizabeth Taylor ?

Aku pun tak kenal mana pun.. Beliau ni zaman kegemilangan sekitar tahun 40an - 70an.. No wonder la kita tak kenal mana pun. Lain la kalau kita membesar pada zaman tu. Mana ada  tv  sekarang ada buat flashback tayangan filem2 beliau lagi.. Kalau kat US ke aku tak tau la.. And beliau pernah rapat dengan Micheal Jackson dulu..


Tu jela yang aku tau kot. Aku pun bukan kenal sangat siapa itu Elizabeth Taylor ni. Tapi cun beb dia masa zaman2 kegemilangan dia dulu..








***********


Elizabeth Taylor
February 27, 1932 – March 23, 2011