Showing posts with label students life. Show all posts
Showing posts with label students life. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Rintis Dimension USM

Minggu lepas (26-28 mac 2011), School Of Art, USM mengadakan satu event yang memang setiap tahun ada, iaitu RINTIS DIMENSION. Rintis Dimension ialah event yang mempamerkan hasil kerja pelajar pelajar final year dari Pusat Pengajian Seni USM. Tak semua student art USM terpilih untuk ke Rintis Dimension ni. Pameran ni hanya untuk best artwork je. So memang best la kalau terpilihkan. Event ni dah la diadakan di Times Square Penang. So, benefit la pada student final year yang terpilih tu. Selain boleh show artwork sendiri pada orang ramai, kemungkinan juga boleh menarik minat company-company yang base on art ke kan. Senang la dapat kerja nanti.

Artwork yang dipamerkan memang power la. Sebab tu la terpilihkan. Pointer diorang pun confirm best nanti. Huuu ~ Aku dipaham kan, mereka2 yang berjaya tempatkan diri ke Rintis ni, kira final project ni  'A' dalam tangan la kan.. best ! Final project ni 8 kredit hour tau. Kalau final project ni dapat 'B' or 'C' kemungkinan besar ia dapat destroy kita punya pointer keseluruhan (CGPA).

Ok ! pameran yang diadakan terbahagi kepada 4 bahagian. Ikut major la kan..

  • Graphic Communication
  • Product Design
  • New Media & Technology Design
  • Fine Art
Pameran yang dibuat pada tahun ni, keseluruhannya di Times Square Penang. Tahun sebelumnya tak tau plak buat kat mane. Tapi tiap tahun, lokasi event akan berubah la. Tahun aku kat mana la agaknya nanti.

Saturday, March 26, 2011

Bangun Tengahari

Assalamualaikum ~

Selamat pagi semua.. ehh.. err.. selamat tengah hari semuaaaa..
Hari ni cuaca memang nak buat aku tido sampai petang. Gelap je. Dari subuh hujan, sampai sekarang (12.30pm). Sejak dua menjak ni Penang dah macam Cameron Highland dah sejuk dia. Hehehe. Tipu je, tapi seyes sejuk. Tak macam selalu panas yang amatkan. Tapi ok la, tido dah boleh pakai selimut balik. hahha..

Hari ni buat kali yang keberapa ntah aku bangun tengah hari. Gila betol. Kalau mak ayah aku tau ni memang kena flying kick ni. Secara umumnya la akan, kat sini takdanya orang yang akan kejutkan pagi-pagi kecuali kalau ada member yang sama kelas pagi tu. Tu pun ketuk pintu dan tanya

"uols pergi kelas tak" tanya dengan muka mamai seribu
"dah pukul berapa ek?" tanya aku mamai juga sambil melirik mata kat roommate yang masih dibuai mimpi
"kul 8 dah" balas beliau (tapi kelas pukul 8 padahal)
"owh.. malas la" balas aku confident
"ok" 
"babe, sain kan attendant akuuu.."
"orite"
aku tutup pintu dan tarik selimut balik.

haaaa ~ nampak tak kat situ. takda unsur paksaan langsung. Ce try kat umah. Mak gegar pintu bilik tau. Selagi kita tak bangun, selagi tu dia membebel. Ayat yang memang aku kenal "anak dara tidur sampai tengahari, nak jadi ape ntah" padahal baru subuh kot.

Istilah breakfast kat sini memang jarang2 digunakan. Kalau bangun pagi pun, tak sempat punya nak breakfast2 ni. Terus pergi kelas. Tu pun sebab memang dah lambatkan. Seingat akula kan, pernah jugak breakfast dulu kat sini, tu pun masa mula-mula sem 1 dulu la.. Sekarang.. HARAMMM ~

Faktor-faktor yang menyebabkan bangun tengah hari ialah tidur subuh sebab settlekan assignment. Mana pernah aku tidur pukul 12am kebawah. Selalu memang pukul 3am la yang paling awal. Tak pun 4am ke 5am ke kan. Yang paling tragis tak tidur langsung, terus pergi kelas and esok nya topup tidur la konon. tu yang tidur tak hengat lepas tu. Korang-korang yang student macam aku mesti pernah rasa benda-benda gini. Ke aku je gini.? hahahah..

Tuesday, March 22, 2011

Masih Ada Yang Sayang...

Masih Ada Yang Sayang @ MAYS ialah satu program anjuran Desasiswa Bakti Permai USM. MAYS bertujuan untuk mendekatkan semua pelajar USM dengan masyarakat kampung disamping memberi sedikit bantuan kepada orang kampung yang memerlukan. Hari Jumaat lepas (18/3/2011), ktorang bertolak dari USM dalam kol 5 ptg, dan sampai Kg Sungai Limau Dalam, Kedah pd pukul 7.00 malam.

First time rasanya aku join program2 yang melibatkan orang kampung ni..
Pengalaman yang memang tak dapat lupa lah..

Pengalaman duduk bersama keluarga angkat
Pengalaman membersihkan dan mengecat rumah orang kampung yang terpilih
Pengalaman first time naik lori.. (jakun)
Pengalaman tengok sawah padi betul terbentang depan mata (jakun jugak)
Pengalaman main sukaneka dengan penduduk kampung dalam keadaan hujan lebat.

Permandangan kampung ni toksah cakap la.. Memang cantik giler.  kira macam kampung idaman la.. Kalau aku ada kampung macam ni, mau tiap hari aku nak balik kampung.. punyalah best, depan bendang sawah padi, belakang laut.. perghhh ! And lagi satu, aku suka betul berborak2 dengan orang yang ada loghat2 negeri   ni. Syok tengok diorang bercakap. Sebenarnya aku pun ramai member2 yang asal dari negeri2 yang berloghat ni, tapi loghat diorang dah tak 'pure' dah.. huhuhu..

Kes loghat 1

"eh.. mane adik kakak.. tadi ada kat sini.." aku bertanya kat kakak sulung keluarga angkat

"entahhh... tadi ada dok maennn sini.." balas si kakak sambil mencari kelibat adiknya. Dan serta merta adik dia muncul sambil bergaya dengan aksesori melampau (budak2 kan)

"tuuu diaaaaa... dia dah mai dahhhhh..." balas si kakak lagi

Kes loghat 2

"adik nak mee banyak ke sikit..?" tanya aku pada adik angkat yang kecik

"sikit jaaaa" jawabnya sambil menunjukkan isyarat tangan tanda sedikit

"ok.. nah.." kataku sambil menghulur pinggan kearah beliau

beliau sambut sambil berkata " mana CAMCA"

"????"
*********************


Berfikir la aku sejenak pasal CAMCA tu.. hahha.. mesti korang pikir

 -hek elehhhhh dia ni kannn

Tapi seriusly aku blur time tu.. mana pernah derrr aku guna perkataan camca dalam kehidupan seharian. Tetiba ada orang cakap. Budak kecik pulak tu... dah la tonasi tak berapa nak clear.. ehheheh..

On the spot aku pikir apa itu camca.. dan tetiba teringat rancangan masak2 kat tv..

"masukkan 2 camca gula kedalam periuk"..

CAMCA = SUDU la wehhh ..
(halamakkk.. slow r lu bell)




Jom layan gambar


on the way ke Kg Sungai Limau Dalam, Kedah

Sampai je dengar taklimat dulu


belakang tu Gunung Jerai

Cantik kan..

memang syok angin kat sini

bot nelayan..

anak-anak dari family angkat

family angkat

aku & ila (ktorang berdua dapat family angkat sama..


naik lori ke rumah gotong-royong

posing dulu..

muka excited dapat naik lori

best giler.. round2 nek lori.. weee ~

jalan kampung.. pegang kuat2 beb.. kalau tak memang tercampak..

yeahh ! orang yang paling rajin time tu..

kunjungan ke rumah2 penduduk kampung

selepas selesai membersihkan rumah..

YB belanja kami ais kepal a.k.a ABC

sabar menunggu ais kepal.. ahah..

yeahh ! nikmatnya !

adik angkat yang kuat melaram. nama mira, ktorang panggil princess..

jom jejalan..

tips..

sesi bergambar akhir bersama keluarga angkat.. time ni dh nak balik dah..


p/s: memang seronok..lupa kejap assignment semua..

Tuesday, March 8, 2011

students life (kawan)

macam orang ramai cakap " kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar di cari". pepatah tu memang 100% aku setuju.. dalam dunia ni mana ada orang yang nak duduk sesorang tanpa kawan2.. perghh.. boring tu kalau kawan pun takda kan.. selain family, kawan2 juga adalah anugerah terindah yang kita mesti ada untuk teruskan hidup.. eceeehhhh.. ye dak ?

lagi2 la pada mereka2 yang study or kerja jauh2 dari family. memang kawan diperlukan. cuba bayangkan jika hidup anda tanpa kawan... makan sorang2, pergi kelas sorang2, shopping sorang, cakap sorang2.. urmmmm ~ kronik tu. tapi ada juga segelintir manusia yang cakap " hek elehh.. aku takda kawan pun boleh hidup la".. korang pernah dengar tak gitu..? agak2 sampai mana dia boleh hidup sorang2..? kalau gitu hidup macam tunggul je la.. takda life.. lepas kelas duduk je dalam bilik.. tak keluar2 dah..pastu keluar la kejap pergi mandi kan.. pstu duduk lagi bilik buat assignment sorang2.. and tidur.. esoknya buat benda yang sama gak.. sangat boring !

teka, yang mana satu aku punya..

bila hidup di uni/kolej manapun, berkawan ialah benda yang sangat penting. first time korang jejak kaki kat uni/kolej masa hari pendaftaran, confirm korang akan cari kawan dulu..kalau tak pun, korang akan start berkawan dengan roommate korang dulu kan.. mostly best friend bagi student2 ni ialah roommate diorang sendiri. so sangat penting keserasian antara roommate.. macam aku sendiri, best friend aku roommate aku sendiri, tu antaranya la.. kat uni ni memang dia la orang yang paling aku perlukan.. tapi ada lagi beberapa orang.. (aku sayang semua)


tapi yang specialnya roommate aku yang sorang ni, ktorang dah berkawan sejak aku amik diploma lagi. masa diploma dulu ktorang housemate, sekarang roommate.. dekat 5 tahun jugak la ktorang berkawan. and yang ironis nya, masa pendaftaran kat usm ni dulu, secara kebetulan ktorang bleh dapat 1 bilik..takda plan2.. punyalah excited time tu.. memang tak sangka.

aku & nik, my roommate a.k.a my bff

so far ktorang memang tak pernah gaduh or masam muka.. maybe sebab ktorang memang give&take antara satu sama lain. seboleh-bolehnya aku akan menjaga hati nya. dan aku rasa dia pun begitu..

selain dari nik, aku pun ada bestfriend yang lain.. ( punyalah ramai ..) so far kat uni ni aku rapat dengan ija, yuni, tips & jaja.. memang rapat betol.. tak tipu punya.. so ada gelaran yang diberikan untuk ktorang.. "gugurls".. bunyi macam gedik kan.. aku pun geli gak mula2.. hahahhaha..

yeahhh.. kami gugurls.. (sila muntah =..=)

seyes aku cakap, memang susah nak cari kawan2 yang betol2 baik.. alhamdulillah la sebab aku dapat kawan2 yang baik dan tidak mendorong aku kearah yang tak senonoh.. kadang2 bila berkawan, kita kena amalkan cakap orang tua ni " buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali"
manusia di ciptakan tak sama, masing2 memang ada perangai yang memang kita tak dapat lari la.. even aku sendiri ada kelemahan aku.. tu yang aku nampak.. orang lain nampak aku tak tahu la.. ntah2 banyak giler dok.. haaaa ~ terima kelemahan tu.. ( aaa.. dah mcm topik cinta dah..) cuma elakkan dari 

  • menyampaikan berita yang tak betul a.k.a fitnah-memfitnah ni antara kawan2.. 
  • kadang2 bila kita berkawan ramai2 ni kan.. kalau ada masalah, mesti si A ni ada la mengadu dengan si B ni kan.. so si B ni jangan la nak memanas-manaskan keadaan plak.. so pandai2 la..
  • jangan suka serkap jarang.. CSI dulu...
  • kalau si C gaduh ngan si D, yang lain try jangan masuk campur.. settle sendiri mey.. 
  • takmo boikot2
  • jangan gunakan kelemahan & kelebihan yang kawan2 lain kita ada.. cth: kau nak berkawan dengan dia sebab dia banyak duit je kan.. ce try dia pokai.. ko pun hilang...

orang kata jangan memilih kawan, tapi pada aku kita perlu memilih..bukan memilih benda.. tapi pilih la kawan yang boleh buat kita berjaya dunia & akhirat.. jangan pilih kawan yang boleh buat kita terjerumus kearah yang  tak baik.. pergaulan antara faktor penting untuk mencorak seseorang..tersalah langkah buruk padahnya.. heeee ~ PEACE~

SAYA DAN KAWAN2 SAYA

bff from USM sorang lagi missing in action

bff from poly

bff from school

Wednesday, February 23, 2011

students life (makan)

mostly student memang selalu tidur lambat. paling awal pun pukul 1pagi kot.. aku pun gitu gak.. lagi2 student art yang memang suka buat assignment last minit ni kan.. selalu jugak la tak tidur malam.. leka buat kerja, tengok2 dah subuh.. selalu tengah2 buat kerja tu, doa2 jugak dalam hati *jangan la siang..jangan la siang* bukan apa, sebab kerja tak siap lagi and kalau sempat dapat la tidur2 ayam kejap.. 1 - 2 jam pun jadi... tu la yang peratus ponteng kelas tinggi.. terlajak tidur la, kepala sakit tak boleh bangun la, tak pun memang plan tak nak pergi kelas.. heee ~ (sebab last tu memang selalu digunakan.. ish..ish..sila jangan tiru)


so bila dah berjaga tengah2 malam buta tu, confirm lapar punya.. kitorang (aku & member2) memang jenis manusia yang tak makan on time.. means orang lain breakfast pukul 7-9 pagi, kitorang breakfast pukul 12-1ptg.. orang lain lunch pukul 12-2ptg, kitorang pukul 4-6ptg.. orang lain dinner pukul 8-9mlm, kitorang dinner  pukul 12.00tgh mlm dan keatas.. hahahha.. sangat teruk !! benda ni selalu terjadi time kitorang free, maksudnya time takda kelas..tapi bila ada kelas makan ikot time jugak la.. yela... kadang2 balik kelas pukul 1, kitorang terus pergi makan, malas nak keluar2 lagi kan.. tapi time makan malam tu memang time selalu macam tu la..kecuali antara kitorang memang dah kebulur tahap tak bleh kawal punya...

makanan2 yang selalu kitorang makan pulak kebanyakkanya makanan yang sama jer.. balik2 nasi kandar kat Subaidah tu, tak pun makan je kat cafe bakti permai ni haaa...kalau rajin sikit,kitorang pergi makan kat luar USM, macam kat Tesco sungai dua tu ke.. makan kat warung makcik pecel ke.. makan kat Nazri yang dekat ivory plaza tu ke kan... kalau nak jauh lagi, kitorang pergi makan Gurney Road, tak pun makan kat padang kota ke, kat restoran yang sebelah bukit jambul tu pun ktorang rajin gak singgah... pusing2 tu je la.. menu pun sama je semua.. aku tengok la kan, kat penang ni susah sikit la nak cari makanan masakan melayu ni.. nasi kandar banyak la.. tapi tak tau la kan.. maybe aku belum habis explore penang ni lagi kot..

kalau agak2 malas nak keluar bilik plak, ktorang just layan maggi/roti2/biskut2 jer.. hehehhe.. stok makanan2 tu memang sentiasa kena ada la.. tak pun ktorang delivery mcD ke.. biasa delivery malam... tapi delivery ni macam mahal sikit.. so sekali-sekala bolehla..kitorang pun nak jimat jugak.. lagipun muak kot kalau nak makan mcD tu tiap hari.. so far kat sini, belum pernah lagi aku kebuluran atau kata sopannya 'ikat perut' sebab tak makan... alhamdulillah la.. tapi ada jugak yang taknak makan sebab nak diet, tak pun berjimat..

Gitu la life student tiap hari.. nak masak pun dapur takda..duduk hostelkan..tapi ada jugak hostel2 yang ada dapur ni.. bestnyer.. buley main masak2.. ngeee~ tapi tak sure USM Kampus Induk ni ada ke tak dapur.. sebab kat sini 1 bilik 2 orang.. tapi microwave ada.. so ktorang memang kena sentiasa membeli jer... kena pandai2 la belanja makan.. yelaa.. duit PTPT-pu yang kita dapat bukan untuk belanja makan jer.. banyak lagi benda lain.. buat assignment lagi, tu semua duit tu..

makanan di tengah malam


~ kitorang ~