Friday, September 16, 2011

Bermulanya kelas | Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum ~

hye korang ! Seperti yang korang sedia maklum, aku dah pun memula sem baru. Dah seminggu dah pun. Sekejap sangat masa berlalu. And FYI aku masih lagi tinggal di hostel dan bilik yang sama dan roommate pun still sama iaitu tak lain tak bukan my dear bff NIQ NUR. yes ! yes !..

me and Niq Nur

Aku sampai Penang lebih kurang pukul 7 pagi Ahad. Seperti yang di'plan', Niq Nur dan aku akan bertolak sama-sama dari terminal bas Sungai Nibong ke USM. Dan Niq Nur terawal sampai Penang so dia dah terconggok kat bus stand tu dari pukul 4 pagi kaw.. gila lama dia tunggu aku, kesian dia. Sampai je hostel kami kena lepak kat cafe dulu sementara menunggu ofis hostel buka untuk mendapatkan kunci bilik. Then dalam pukul 8.30 pagi ofis baru buka. Masuk je bilik, kitorang terus ambil peluang nak tidur dulu. Penat sangat kot. Lagipun stor penyimpanan barang tak buka lagi. 


Petang tu kitorang (Aku, Niq Nur, Yuni dan Eja) singgah Tesco mahu makan sambil mencari sikit barang-barang keperluan. Tapi kami tukar fikiran last minit kerana Yuni mati-mati mahu beli laptop baru hari tu juga, so kami ke Bukit Jambul. Proses men'survey' laptop mau makan masa 2 jam jugak. Biasa la kan, banyak benda kena di pastikan betul-betul, bukan main beli je. Selesai je proses beli laptop Yuni ni, kitorang pun teruslah mencari barang-barang keperluan lain. Alang-alang kat Bukit Jambul tu ada Mydin, so kitorang beli-beli barang kat situ je. 


Balik je hostel, stor penyimpanan barang dah buka. So malam tu juga kitorang punggah barang-barang. Penat tak payah cakap la. Time tu la juga aku ni pening kepala + batuk-batuk kronik. Esoknya bangun, surprise !! aku tak da suara dah... -..-"


1st day - Isnin, aku masih tak attend kelas sebab masih sibuk mendaftarkan subjek. Nasib baik aku dah daftar subjek-subjek teras dan universiti online je, so takda la serabut sangat, just fikirkan untuk subjek minor je. 


2nd day - Selasa, aku dah mula masuk kelas. Kelas start pukul 8 pagi pula tu. Perghhh ! Memikirkan kelas pertama untuk sem ni, aku gagah kan juga untuk attend kelas.. hehe. mase kan datang nanti idak tau la attend ke idak aku kelas tu.. ekekke. =..="

Kitorang duduk depan sekali kot. ekeke..


Gambar di ambil ketika lecture sedang memberi taklimat.. 

2nd day kelas, kitorang dah mula dapat assignment dah. aloooo.... -..-" Tak tahu kenapa, aku masih lagi dalam mood beraya.  otak masih lagi dalam keadaan berehat.. 


3rd day - Rabu, tak tau kenapa, kelas pada hari rabu ni setiap kelas ada sesi perkenalkan diri. Aku ada masalah sikit dalam proses tu sebabnya aku takda suara. So hari rabu ni kira macam hari orang 'gelakkan' aku la. Siot korang.. -..-"


Hari Khamis kira macam holiday day untuk aku, sebabnya memang takda kelas hari Khamis. Dan hari ni Jumaat cuti..


SELAMAT HARI MALAYSIA !!

proud to be Malaysian
peace yaww ! :)



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

2 comments:

AyiLarimA said...

Selamat berkelas dan selamat hari Malaysia. hihihi..
cepat masa berlalu, tiba2 nnti dah entry pasal kahwin.. haha..
apa2 pun, success in your life ya
:)

Nabila Wahab said...

@ AyiLarimA : hahah.. mmg cpt mse berlalu.. itu la.. hehe.. btw tq so much..:)