Tuesday, September 6, 2011

Persiapan untuk ke sem seterusnya

Assalamualaikum ~

Hai Korang ! Kurang seminggu je lagi aku akan meninggalkan Johor dan bertolak ke Penang. Fuh.. sangat pantas masa berlalu. Haritu terasa lama sangat duduk rumah, tapi bila tinggal tak sampai seminggu ni terasa sekejap sangat la pulak. Masa memang tidak akan meninggu kita walau sesaat. 4 bulan terasa macam 4 minggu je. Kira ok la tu.. dari terasa macam 4 hari.. -..-"


Persiapan untuk bertolak ke Penang aku tak prepare apa-apa pun lagi. Awal lagi kot, just dah beli tiket bas je la. Bab packing-mempacking tu maybe aku buat last minit. Aku kalau tak buat kerja last minit memang bukan aku la jawapnya kan. Barang yang di bawa tak banyak pun, yang penting-penting je. Yang tak penting tu maybe aku boleh beli kat Penang je nanti. Ekceli separuh stuff aku, aku tinggalkan kat stor hostel. So hopefully kerja pemunggahan akan berjalan dengan baik. Harap takda la stuff yang hilang or rosak.


Penempatan aku kat uni nanti tiada masalah. Aku masih lagi tinggal kat hostel yang sama. Bakti Permai Chak aa' Chak aa'.. Cuma bilik je tak tau kat mana. harap bilik yang sama je la. Buat ape la nak susahkan diri nak menukar-nukar bilik kan. Hope pihak pengurusan tak pening-peningkan kepala mereka sekaligus boleh memeningkan kepala aku bab bilik-bilik ni.



Pendaftaran subjek aku dah buat awal-awal lagi masa pembukaan untuk pendaftaran subjek haritu. Just masih kusut untuk minor subjek. Itu akan diuruskan Isnin nanti. Dan juga untuk kokurikulum subjek. Ni aku marah, aku daftar subjek ko-k ni masa hari 1st pembukaan pendaftaran subjek ko-k tau. Tapi still kne reject. Takkan subjek ko-k yang aku pilih  tu dah full pulak masa 1st day daftar tu. urmm.. Benda ni pun aku kena settle kan hari Isnin ni. Aku kena ambil juga subjek ko-k ni. Kalau tidak aku rugi 1 unit nanti. Jadual-jadual kelas pun aku kena semak lagi hari Isnin ni. Takut ada kelas yang clash. Fuhh.. banyak benda kena buat Isnin nanti.


Tu la perkara-perkara yang aku ingat buat masa ni. Semoga dipermudahkan segala urusan. Owh untuk USM, hari ni 6/9/2011 adik-adik junior dah start ber'orentasi'. Bersedialah dibuli selama seminggu. hakhakhak. Aku dah rasa.. sekarang korang pulak rasakan. gaggaga..


Bye !

p/s: Sampai Penang aku terus nak terjah pecel lele lah ! nyum3..



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

2 comments:

A.Khudori Kiswantoh said...

omg..pecel lele????hakhakhak

Nabila Wahab said...

@ A. Khudori K. : owh.. makanan wajib tu kt penang..johor x dpt semantop itu.. hahah :)