Tuesday, October 27, 2020

Pengalaman buat Root Canal Treatment (RCT) part 2

Apa itu Root Canal Treatment (RCT)? Korang boleh baca SINI

Pengalaman buat Root Canal Treatment (RCT) part 1

Esoknya tanpa berlengah aku terus call Endodontics Specialist yang doktor aku referred tu. Set appointment hari Ahad pagi. Sementara menunggu Ahad, aku google info pasal klinik tu. tengok review sebab nak nampak clear view pasal harga RCT kat situ, tahap professionalism dan keberkesanan treatment oleh doktor kat situ. Tak banyak sebenarnya info pasal klinik tu kat google. Review sangat tidak membantu. Cuma klinik ada website dan ada bagi anggaran harga kat situ. Untuk RCT paling mahal RM800. "Ok bagus.. berpatutan" Bisik hatiku

Hari yang ditunggu telah tiba. Appointment pukul 10.30 pagi. Fuhhh susah betul cari parking kat area klinik tu. Setelah berpusing-pusing dengan penuh sabar, akhirnya ada juga parking. Ni kalau ada yang cuba-cuba curi parking serius boleh buat gaduh. Oh by the way, gigi aku dah tak sakit dah sebab haritu doktor ada bagi antibiotik dan painkiller. 2 hari juga baru sakit tu surut. Tapi still sakit sikit nak mengunyah kat gigi tu.

Jujurnya, klinik tu tak macam yang aku expect. Sebab kan klinik “Specialist”, expectation aku dia macam wow, gah dan nampak profesional, tapi tidak, sangkaan aku meleset belaka. Klinik nampak biasa. Malahan lebih biasa dari klinik yang biasa-biasa. Haha. Rasa macam klinik lama yang memang tak update deco dari 90's dah. Atau mungkin aku boleh cakap deco 'asal ada'? Senyap-senyap aku agak meragui tahap professionalism doktor disitu tapi aku cuba untuk berfikiran positif and not judge the book by its cover. 

"Mungkin sebab tu harga kat sini murah?"
"Doktor veteren kot. So kalau veteren maknanya doktor tu banyak experience buat RCT. So baguslah!"
"Selalu kalau klinik lama macam ni doktor mesti pakar"

Macam-macam kata semangat aku cuba bisikkan kat hati. Mungkin aku overthinking sebab cuak atau maybe klinik tu should do something la bagi nampak pro sikit. First impression tu penting juga. Barulah patients rasa welcoming dan confident dengan klinik tu. Tak gitu?

Tak sampai setengah jam tunggu nama aku dipanggil. Ok start nervous walau appointment tu actually hanya consultation biasa sahaja. Masuk bilik tengok doktor. Fuhh..gaya doktor macam Albert Einstein tapi versi tak tua sangat .. Ala macam gaya orang terlebih belajar tu. hahaha. Cara beliau diagnose dan explain nampak professional dan promising. Doktor baca surat refer dari klinik gigi aku sebelum ni. tanpa banyak tanya beliau periksa dan tekan-tekan kat area gigi yang sakit tu. "Kalau sakit bagitau ya" Pesan beliau. Kemudian beliau cucuhkan something seakan ais kat gusi area gigi sakit tu. Pergghh.. rasa macam kena kejutan elektrik sekejap sakit dia. Aku actually ada terbaca cara diagnose macam ni untuk RCT. So aku dapat agak doktor buat apa. Kemudian beliau ambil PA X-Ray kat bahagian yang sakit. 

Maka bermulalah penerangan panjang lebar dari beliau. Paling aku ingat mukadimah beliau "lupakan apa yang doktor awak cakap sebelum ni ya. Sebab apa yang saya nak cakap mungkin berbeza" Tapi aku rasa main pointnya sama je. 'Root Canal Treatment'. Beliau siap lukis struktur gigi tu kat white board nak bagi aku faham punya pasal. Bagus.. Tapi.. Ok ada tapi. Doktor macam kurang senang kalau ditanya soalan. Biasalah sebagai seorang yang 'paranoid' and fikir jauh kedepan, aku suka nak tanya kebarangkalian terjadi pada gigi tu di kemudian hari selepas mendapat rawatan. Sebab semua ni melibatkan ongkos yang bukan sedikit. Aku bukan orang kaya meh. 
google


Contoh soalan

"Macam mana kalau treatment ni fail?" - Sebab doktor ada bagi tau kemungkinan procedure berjaya ialah 90% dan gagal 10%. Kemungkinan juga aku tergolong dalam 10% tu. Dan lagi semasa prosedure tu dijalankan kemungkinan endodontic file tu terpatah di dalam. Tapi peratusan berlaku tu kurang. So aku tanyalah "Kalau patah macam mana?" Tapi doktor jawab "Dont worry, benda tak jadi lagi jangan fikir-fikir. buang masa fikir". Aku terkedu. Tak salah kalau beliau jawap je soalan aku tu. Aku bukan tanya suka-suka. Semua ni mungkin melibatkan pengeluaran kos yang lebih nanti. Sekurang-kurangnya boleh la bersiap siaga ke kan. So aku kecewa dengan jawapan acuh tak acuh beliau. 

Part yang di tunggu telah tiba, harga. Dengan gaya cikgu matematik, doktor tulis kos yang perlu aku bayar untuk rawatan ni di white board.

RCT = RM1200
Tampal = RM300
Ubat = RM200
-------------------------
Total = RM1700

Aku terkedu lagi. What?! Aku senyap sekejap. terkebil-kebil mata memandang white board tu. Aku tanya doktor untuk kepastian memang ini ke harganya? Dengan muka yakin dan tersenyum (oh aku tak suka senyuman beliau itu ye)  "Ya" Jawap doktor itu. Aku mengangguk acah faham. "Ok doktor saya fikir-fikirkan sekejap" Balasku sambil meminta diri keluar dari bilik tersebut.

Keluar sahaja dari bilik itu, kepala aku ligat berfikir. on ke tak on, on ke tak on. "Cik Nabila.." Nama aku dipanggil. Dengan pantas aku ke kaunter "RM90 ye. PA X-Ray dengan consultation" Tanpa banyak tanya aku keluarkan dompet dan membayar harga tersebut. 

"So macam mana cik, nak set appointment untuk RCT? " Tanya Pembantu klinik tersebut. 
"Bila date appointment yang available?" Tanyaku
"Hari Rabu ni ada kosong. Booking appointment RM250"
"Ohh.. So bayaran macam mana nanti ek?" 
"Appointment RCT ada 2 kali. Booking RM250, first appointment RM1200 and balance bayar second appointment nanti." Jelasnya
Sementara tu aku ada bertanya dengan pembantu klinik tu serba sedikit pasal klinik, doktor, review RCT patients so far macam mana? Harga memang macam ni ke? kat website lain.
"Takpa cik saya fikir dulu macam mana. Nanti anything saya call la." kataku apabila pembantu klinik tu habis bercerita.
"Kalau untuk booking appointment cik memang kena datang klinik ye sebab ada bayaran RM250" Gadis itu mengingatkan aku
"Ok" Balasku ringkas. 
"Terima kasih"

Lama aku duduk dalam kereta berfikir. Google mana-mana klinik lain buat RCT dengan harapan dapat harga yang lebih baik. Terjumpa la satu klinik ni. Ramai yang bagi review baik. Actually klinik ni banyak branch tapi aku pilih untuk call 2 branch berbeza. 1 branch dekat dengan rumah, 1 branch lagi dekat dengan tempat kerja. Call 2 branch ni dan tanya mengenai RCT di gigi geraham dan mereka actually bagi harga yang berbeza. Beza RM100-200 macam tu la. Macam biasa klinik akan suruh patient datang untuk consult dulu tengok permasalahannya. So aku decided nak pergi klinik yang dekat dengan tempat kerja. Tapi bukan hari itu juga. Aku plan nak pergi esoknya. 


Sambung..

Monday, October 26, 2020

Pengalaman buat Root Canal Treatment (RCT) part 1

Hari tu aku selsema. Biasalah lahir dengan hidung sensitif ni, takda ribut takda punca tiba-tiba nak bersin-bersin dan mengeluarkan cairan seakan air jernih yang mengalir tanpa henti. "Aaachummm.. Sttroottt.." aku bersin perlahan dan sopan memandangkan aku berada di pejabat sambil menyedut cairan hidung yang dirasakan hampir mengalir keluar. "Aaaaaa..." keluhku perlahan.

Biasa bila aku selsema, aku akan mudah lapar. Lapar macam kau dah dua hari tak makan. So, mula la aku terbayang-bayang makanan mudah, sedap dan mengenyangkan. Dan aku pilih Mcdonalds. Kenapa McDonalds? ofcourse la sebab mudah, sedap dan mengenyangkan. hahaha. 

Sedang aku menikmati ayam goreng McD, tiba-tiba gigi geraham bawah belah kanan aku sakit. Berdenyut perlahan sikit-sikit dan sampailah tahap aku tak boleh kunyah dah kat gigi situ. Sekali tergigit kat area tu dia punya sakit macam nak mengamuk terus. "Aaaahh sudahhh.." Keluh hatiku sambil merenung ayam goreng McD yang masih berbaki. Sejak dari tengahari tu membawa ke petang dan sampai ke malam, gigi tu sakit berdenyut-denyut tanpa henti. Sakit dan mood aku totally lost for the rest of the day.

Esok paginya bangun dan sakit masih sama. Dan aku mula demam. Terus MC dan plan ke klinik gigi hari itu juga. Di klinik gigi doktor tanya bila start sakit? Sakit yang macam mana? Ada makan makanan keras ke? Aku pun cerita la kat doktor tu sama macam yang aku cerita kat korang tadi. Doktor pun menggangguk faham dan tekan gigi yang sakit tu. Berkerut dahi aku menahan sakit. Doktor juga tekan gigi-gigi berdekatan lain untuk kepastian. Kemudian dia minta aku untuk buat PA X-ray untuk bahagian tersebut. Sejurus melihat X-ray, dengan muka confident doktor pasti apa masalah aku.

Ok sedikit sejarah pasal gigi yang sakit ni. Aku actually baru 3 minggu ganti tampalan kat gigi tu. 3 minggu lepas aku buat scalling and polishing sekali dengan repair tampalan lama kat gigi tu. Masa tu doktor ada bagitau tampalan kat gigi tu agak besar dan dalam. Disebabkan aku takda sakit kat gigi tu sebelum ni, so doktor rasa takda apa-apa masalah dan terus repair tampalan besar lama tu. Tapi rupanya kuman yang selama ni bermaharajalela dan bergerak bebas kat gigi tu (sebab gigi tu actually ada bahagian yang berlubang yang aku tak nampak) dan tiba-tiba kuman terkurung sebab tampalan baru, maka kuman tersebut mula memberontak inginkan kebebasan. Itu la punca sakit gigi tu. Dan nak jadikan cerita ni lebih dramatik, disebabkan gigi tu lama dah di biarkan berlubang maka infection dah sampai ke akar pun. Sadis! Silap aku sebab tak buat pemeriksaan gigi berkala 6 bulan sekali tu. Tipikal me, gigi tak sakit maka takda kesedaran nak jumpa doktor gigi.

 Bila dah jadi macam ni, nak menyesal pun tak guna dah. Doktor bagi 2 options 

google


1) Root Canal Treatment (RCT)
2) Cabut gigi

Kalau diikutkan hati yang kental ni. aku pilih untuk cabut saja gigi tu. Tapi gigi yang hilang haruslah di ganti. Disebabkan aku dalam fasa ber 'braces', gigi yang di cabut wajib diganti. Nak ganti gigi ni pun kos bukan sikit-sikit. Options untuk ganti gigi pula ada 3.

google

1) Implan Gigi - Most recommended procedure tapi macam ngeri dan mahal namatey (RM5.5K dan keatas)

google


2) Jejambat Gigi (bridge) - Doktor tak rekemen sangat sebab nanti kena kikis gigi bersebelahan yang nak diganti tu. Dan susah nak jaga kebersihan menyeluruh kat bahagian tu. 



google


3) Gigi Palsu - Ermmmmm..

So apa je pilihan yang aku ada? Untuk mengelak dari perlu mengeluarkan kos yang lebih dan risiko lain, aku memilih untuk membuat RCT. Menurut doktor ni, klinik beliau hanya buat RCT untuk gigi depan sahaja, tidak gigi geraham (molar). So beliau refer aku ke Endodontics Specialist. Sambil-sambil tu aku tanya juga berapa kos untuk RCT ni? Jawapan beliau depends, biasa harga tengok pada bahagian gigi (molar/pre-molar/canine/lateral incisor/ central insicor), lagi belakang gigi lagi mahal dan tahap kerumitan gigi/akar memainkan peranan penting dalam sebut harga tu. Untuk kes aku, gigi geraham depan ( first molar) Anggaran dalam RM1200 - RM1500. Aku diam menarik nafas perlahan dan mengangguk faham sambil menahan sakit gigi yang tiba-tiba extreme.

sambung...

Friday, October 23, 2020

Kenapa tulis blog ?

Sedang aku berjalan di 'google' mencari bahan bacaan menarik, terbuka satu blog seorang blogger yang sebenarnya dari zaman study lagi memang antara blog yang aku baca. Sekitar tahun 2010-2013 macam tu. lebih 5 tahun lepas! Dan buat lagi aku wow bila beliau masih lagi menulis sampai sekarang. WOOWOW! 

To be honest, aku salute dengan blogger yang masih aktif dan masih menulis sampai sekarang. Bukan senang ye setiap masa nak memikir idea penulisan tu. Ada yang dah jadikan penulisan blog ni sebagai kerjaya tetap pun. Dapat payment dengan buat something yang kita suka iaitu menulis! Bestkan?! Menyesal pula malas update blog dulu. <----Tiber

Walaupun sekarang ada penulis dan pembaca blog dulu-dulu yang sudah beralih kepada platform lain macam Facebook, Instagram mahupun Youtube. "Buat apa nak karang pastu baca tulisan panjang-panjang haa, better tengok je haa video.." Kata Limah sambil menonton video youtube Vivy Yusof sambil menguyah cengkodok.

Tapi perlu diingat masih ada lagi yang suka membaca karangan / penulisan sampai sekarang. Ada kan? Sure la ada.. Ada ke? Contoh aku la. kalau perlu panduan or ada curiosity, sure akan google dan google akan membawa aku menjelajah ke beberapa website dan blog. Bila satu blog ni macam tertarik menarik, aku akan usha post-post lain dan datang lagi bila ada update menarik lain. So jangan risau kalau kau rasa takda orang baca blog kau. Cehh.. cakap pada diri sendiri lettew.. 

Bila tengok orang rajin update blog aku pun terdetik nak rajin update blog macam dulu juga. Last aku post 2013 kau. haha. Punya la berzaman dah tinggalkan. Blog yang dalam 'reading list' aku selalu baca dulu pun ada ramai juga yang dah lama tak berupdate. Yela zaman pun dah berubah. Dulu student, sekarang bekerja. Komitment, masa pun dah lain. Mungkin itu faktor kenapa ramai yang tinggalkan blog. Dan macam aku cakap tadi mungkin juga beralih pada platform yang lain. 

Aku tak pandai pun menulis, Penceritaan aku tak menarik mana pun. Dari dulu pun macam tu. Tapi minat bercerita dalam penulisan tu ada. Sebab itu aku start blogging dulu. okok. Dengan ini aku berazam seperti azam tahun-tahun sebelumnya haha aku nak start balik menulis blog. Harapnya kali ni betul-betul laa. Minat menulis tu memang lama ada tapi malas tu mengatasi segalanya. 

So pada sesiapa yang terbaca update aku ni. kalau ada la. tinggalkan lah link blog korang kat komen. Free nanti aku baca la. Mana la tau dengan tidak semena-mena content penulisan korang memang favourite dan kena dengan topik bacaan aku dan haruslah aku akan terus jadi follower blog korang. Tak kenal maka tak cinta kan..


*Google



Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year !!

Assalamualaikum!



Welcome 2013.. please be good to me.. ;')



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Sunday, December 23, 2012

Kopi lawan Coklat

Assalamualaikum~


Most of my friend boleh dikatakan hantu kopi. Everytime kalau lepak mesti order kopi/nescafe or Neslo yang majority tau ada unsur-unsur pahit kopi. Hairan tak terkata bila mereka minum dan cakap "aaahh bestnya" dengan muka penuh nikmat.. Sebab curious nak tau so rasalah sikit apa yang nikmat sangat, and the result is pahit habag hang!.. Pelik dengan deria rasa diorang.. Ke deria rasa aku yang part pahit ni terover power? ok confused..

google

Aku bukan type yang manja-manja pahit sikit takle telan ok, tapi seriously lagi curious dengan mereka yang order

" coffee no sugar pleasee.." 

huhhh? okkkk....

Aku prefer air coklat lagi kot.. Air coklat?? i mean milo, cadbury, cocomalt, vico, etc.. ok, tak urban sangat.. hahaha.. What to do.. deria rasa iolss prefer benda manis-manis je. ngaaa~

But seriously addict kat coffee pun tak elok jugak kan, so kawan-kawan minumla milo, anda akan jadi sihat dan kuat! haha


Bye!

Which one do you prefer, coffee or chocolate?


p/s: lepak mamak order air sirap..hekhekhek ^..^



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Saturday, November 24, 2012

Budi Bahasa Budaya Kita

Assalamualaikum ~


Hye!


Tengok Shout Award..?
Aku tak tengok.. Almaklumla dah start duduk hostel, malas nak berjalan ke bilik tv. Dengar kata ada something yang tak best jadi. Dapat tahu pun dari twitter so memang lambat la tau pasal ni. Aku memang tak tau pasal Shout Award since aku pun tak berapa minat nak tengok rancangan award-award ni.


Pasal boo mengboo or baling-baling benda tu aku rasa tak perlu la kan. Even tak minat sekalipun please behave. Show some respect la kan.. Malaysia terkenal dengan orang yang beradab. siap ada tagline lagi "Budi Bahasa Budaya Kita". So bila dah jadi benda-benda macam ni orang luar akan kata yang kita ni kurang beradab. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. haaa.. kan dah keluar peribahasa. Semua dapat nama.


Cuba perkara ni terjadi pada kita, pada negara kita, aku rasa sure melenting semua. Keluar semua ayat-ayat kemarahan. So uolss rasa orang sana cakap apa-apa tak pasal kejadian tu..? Ada tak berbunyi yang orang Malaysian ni takda respectlah and so on..?


Bahasa melambangkan Bangsa. So please respect others. Takkan mati pun kalau kita hormat kat seseorang itu. Kita pun takdalah perfect sangat sampai nak menyombong bagai kan. Orang akan menilai kita dari pelbagai aspek. Buruk baik kat tangan sendiri. Jika anda tak suka, it's ok.. standard la, citarasa lain-lain..And please tolerant sikit sebab ada orang lain yang suka. Respect others if you want them respect you. Sama-sama enjoy and happy


Bye !






thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Wednesday, November 14, 2012

.....

Assalamualaikum ~



.....


thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Tuesday, November 13, 2012

Manis membunuh

Assalamualaikum ~


Haii..


Perkara yang manis-manis selalunya dikaitkan dengan kebahagiaan. Manisnya hidup, manisnya awak ni, rumah manis rumah..? ekkeke..so manisss.. Tapi ada juga yang tak best di dengar, kencing manis. 


Aku adalah seorang yang sangat addict dengan makanan manis. Nak yang manis je ni. Compared dengan kawan-kawan yang lain, boleh dikata aku ni memang manis pemanis orangnya. Yess, dessert is one of my feveret food ever ! list kan je, kek, coklat, gula-gula, ice cream, cookie, asal manis memang suka la. Then bila hangout or lepak-lepak, member-member ni suka complain pasal kemanisan satu-satu makanan ni, air ni over manis la, kek ni manis sangat la, gula-gula ni manis la..(dah nama pun gula ofcosla manis kan.. apela theyols nih..) tapi bila bagi aku rasa, pada aku orite je manis dia. Mula-mula wonder juga, lidah mereka ni something wrong ke lidah aku yang bermasalah. 


Two of my bestie ni orang Kelantan, before ni aku diberitahu orang Kelantan ni suka makanan manis-manis. Tapikan tak pun. Diorang tak suka manis.. Aku je yang macam kronik terhadap manisan. Even kalau lepas lunch or dinner,aku ni suka nak melantak dessert pulak.. Alaaa.. makanan sejuk-sejuk manis kan best. Tapi Kelantanese ni tak layan pun aku. Nasib baik bestie nogori ni enjoy dessert jugak walaupun tak sekronik aku.. so ada kawan.. ^..^


But lately, aku selalu rasa kebas hujung jari tangan tau. Mula-mula macam buat dang je la kan. Tapi makin berlarutan. Maksudnya tak kebah-kebah, sampai sekarang still kebas. Tapi yang peliknya just hujung jari tangan kiri je. Disebabkan perasaan ingin tahu yang menebal, aku try google. And info yang aku dapat sangat  sentap. Mostly related dengan tanda-tanda DIABETES a.k.a KENCING MANIS.. ottoke.. ??


Memang ada plan nak buat medical checkup, tapi masih tak berkesempatan. Insyallah nanti. Aku dinasihatkan oleh mereka untuk kurangkan pengambilan benda-benda manis dan berkalori. Insyallah akan diusahakan juga. Demi kesihatan kan, mencegah lebih baik dari mengubati. 


Bye !


thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Monday, November 12, 2012

Tercabar ke cemburu?

Assalamualaikum ~


HArlow...

Pernah rasa tercabar?

Aku?

Of course..

Tercabar jela.. tapi tak buat apa-apa pun.. kekeke.. Aku jenis manusia yang jarang ingin mencabar diri sendiri.

Kesian?

Urmmm.. What to dooo ~

Tercabar dengan cemburu? beza ke sama?


Contoh situasi 1

"Bestnya dia.. BF handsome giles kots.. Dah la handsome kaya pulak,  dah la kaya baik pulak.. Apsal 
  aku tak ada BF macam tu. ? Nak juga macam tu.."

- Tercabar ke cemburu?

Contoh situasi 2

" Power betul dia ni main bola... Perghhhh kann.. Hishhhh !"

- Tercabar ke cemburu?


Contoh situasi 3

"Macam mana dia boleh selim melim plak ni.. Diet ke..? Tak boleh jadi nih "

- Tercabar ke cemburu?


Contoh situasi 4

Cikgu : " Ok semua, berikan tepukan gemuruh pada POLAN sebab dah mengharumkan nama      
                sekolah dengan mendapat juara bagi pertandingan tekateki untuk kali yang ke 3" 
Murid : " Dia lagi menang... aku bilanya.. adoiii"

- Tercabar ke cemburu?


Heheheh.. Tercabar more to nak buat better than before.. kan kan kan..
Cemburu pulak.... macam aku la.. hahah
Cakap je, but do nothing to improve it..

Haishhhh..
Sila berubah !


Bye !



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

It's Monday yawwww !

Assalamualaikum ~


Isnin sudah..

Since aku tengah cuti mid sem so setiap hari adalah sama. Tak perlu rushing bangun awal pagi dan bersiap ke kelas.ekekke.. Cuti seminggu je, so gunakan ia dengan sebaik mungkin.. hahha..


But actually i hav a lot assignment to do. Yelah final year katanya. Project sana sini. So struggle sikit. Tapi relax tetap relax.. Currently tengah layan Innocent Guy.. Dan dalam masa yang sama still menunggu next episode for I Miss You/Missing You. Macam best drama tu..


Semalam satu hari penuh dengan aktiviti menghadiri majlis kahwin. kawan, sedara, etc.. kenyang-kenyang.. Congratulation pada semua mempelai.. Semoga berbahagia hingga keakhirnya.. AMINN.. :)


Bye !



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Sunday, November 11, 2012

Review Bigbang Alive Tour Malaysia 2012 ?

Assalamualaikum ~


Hyepp...

Before, aku ada mention pasal konsert BIGBANG ALIVE TOUR MALAYSIA 2012.. Yup 27 Oktober lepas aku telah dengan jayanya attend concert BIGBANG !.. ekekek.. 1st time woah pergi konsert-konsert gini. Keterujaan agak terserlah on that day. Nak cepat je ni, coz kononnya nak port standing paling dekat la dengan stage. Kalau boleh yang betul-betul mengadap face to face dengan member BIGBANG tu.. kononnyaaa...


Aku tak prepare apa-apa pun untuk ke konsert tu. Takda gift pun for BIGBANG member, no panda bear doll for Seungri, doraemon stuff for Daesung or blablabla.. Just prepare for myself je.. Alive tour t-shirt, cap dan yang paling wajib Bigbang official crown light stick..hahah.. Orang kata kalau takda crown light stick tu macam tak best la kan.. (padahal sendiri yang kata)

 Bigbang official crown light stick


Tengok berapa untung YG Ent only for lightstick.. 
merchandise lain tak kira lagi ni.. t-shirt, cap, etc..perghh.. kaya..kaya..

Aku pergi bertiga. Since aku tak berapa familiar dengan Kuala Lumpur, so ikutkan ajela mereka-mereka yang nampaknya sangat pakar dengan area Kuala Lumpur ni. Plan nak pergi dalam pukul 10am-11am.. Yelaaa, weols punya tiket pun free standing.. So perlu la queue.. Lagi -lagi bila dapat berita yang orang lain dah start queue dari semalamnya, Kerisauan dapat port paling belakang berlegar-legar di kepala. Tapi last-last pukul 12++pm juga bertolaknya.


Weols decide naik LRT je.. Bagi mengelakkan susah cari parking kat stadium nanti. So sampai Stadium Merdeka around 1 pm lebih macam tu la.. Sampai je..Ya Allah ramainya manusia. Panas toksah cakap la. Banyak booth jualan. Samsung and Bigbang Official Merchandise booth punyalah crowd.. Queue panjang giler kot ! 


Sesampai je weols terus cari entrance gate untuk CAT 3 dulu. Weols rockpit A, so perkara itu telah membuatkan weols tawaf 1 Stadium Merdeka tu. Seperti yang dijangka, orang ramai dah queue panjang dah. Keserabutan disitu sebab ruang kecil then entrance gate sebelah menyebelah so confius baris yang mana sebenarnya CAT 3 dan baris mana sepatutnya kami queue. Bila tanya orang ni dia cakap dia CAT 2, then tanya sorang ni plak CAT 5. Ok pening..


Keserabutan yang terlampau membuatkan kami blah dari situ untuk cuci-cuci mata. Asalkan dah tau entrance gate kat mana so ok la kot. Niat utama nak cari minuman. Haus tak hengat habak hang.. Jalan punya jalan ternampak satu queue yang bagi free LEDs .. So excited kalau free-free ni. hehe.. Sangat terkilan sebab tak berkesempatan nak singgah booth Bigbang Official Merchandise. Since ada yang mengirim official bigbang t-shirt and so on. Sorry sesangat guyss.. :(..


Dalam pukul 2 lebih weols dah start masuk queue. Berkampung sekejap kat situ, berbekalkan air minuman dan cikedis buat alas perut memandangkan pagi tu just breakfast cengkodok yang member goreng.. ekeke.. Memandangkan weols perlu berdiri lama nanti, so perlulah makan even sikit pun kan. Nak ke toilet dan sebagainya buat time ni, sebab kalau dah masuk stadium nanti jangan ngada-ngada nak terkencing ke hape kan..


Tunggu punya tunggu, redah hujan segala, nasib baik crew bagi raincoat free so takda la basah kuwup segala. Tapi hujan tak lebat pun, renyai-renyai around 4pm - 5pm. And masa queue kat luar tu BIGBANG tengah rehearsal kat dalam stadium. Dengar dari luar je dah bikin crowd excited sorak bagai, belum start konsert lagi ni. weols masuk stadium dalam pukul 6.30 pm


Raincoat free..

Dapat je masuk stadium, weols berkejar-kejaran untuk rebut port standing. What surprised me the most is, weols punya standing area betul - betul dekat dengan stage. Mula-mula ingatkan tersalah masuk area CAT 2 ke kan.. hehe..


Spot the differences 

Before konsert start, crowd disajikan dengan video-video klip dari BIGBANG. And around 7.30pm, hujan la plop.. tak la heavy sangat tapi bukan renyai punya la.. Mood agak down sebab rimas.Then pukul 8pm tepat hujan terus berhenti and BIGBANG start perform.. 


Overall sangat happening, Seungri,TOP and Daesung selalu singgah kat area weols, so sangat boleh nampak mereka dengan jelas. And aku adalah salah seorang dari fan yang berebut untuk dapatkan jaket yang Daesung baling. hahaha.. Daesung betul-betul baling jaket tu kat area aku. Penat nak bergaduh demi satu jaket so aku mengalah. Since ada someone next to me yang kena tolak sampai  terjatuh dan aku pun hampir terjatuh tapi aku rasa macam orang belakang tolong hold aku dari terjatuh. Kalau betul ada thanks a lot kat orang tu. you save me.. heee ~ Keadaan time tu memang huru hara. phewww ~  Seingat aku ada dua tiga  orang fan yang macam tak nak mengalah rebut jaket tu, menangis -nangis ko tawu.. menjerit-jerit "It's mine, it's mine.." katenye.. And yang berusaha berebut tu salah seorangnya ialah lelaki tawu... LELAKI ! Lepas dari nak terjatuh tu aku terus ignore je diorang.. tak tau la siapa yang last dapat jaket tu..


Nak puji Malaysian VIPs (Bigbang fanclub name), i think they have a good manners. Kecuali adegan diatas yang pada aku perkara standard la kan. Siapa tak nak.. heheh. Takda adegan tolak menolak yang serius even Bigbang sendiri takda mention "please do not pushing" macam kat negara lain. Apalagi kasar mengasari. They even help to one another walaupun tak kenal ni. And sangat 1 Malaysia. Let's give a round of applause to MVIPs.. *clapclapclap*


Best experience ever so far, tak terasa penat or nak pitam pun time konsert. But after konsert tuhan je tau penat nya aku.. Nak berjalan keluar stadium pun rasa macam payah giler. Sakit-sakit woo kaki..But yeahhh... heheh.. Konsert hampir 3 jam,tapi rasa sekejap je. Tetiba dah 'encore'. Heee ~


So layankan je la picture BIGBANG yang sempat di snap ni.. heee.. All pictures taken by me.. sorry sebab shaking.. Almaklumlah.. tangan tak brape nak bedung.. erkk..:)



 kuwus !!

 cute seungri


 Daesung tanpa 'wings' nya


 omg TOP look at me.. ekekkek

 Senyuman membunuh daesung.. ekekek




Bye !

thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Thursday, November 8, 2012

Kaki Drama

Assalamualaikum ~


Hi.. Hello...

Kalau dulu masa umur budak-budak, kalau kita gaduh dengan sorang ni, mesti kita suruh geng kita yang lain jangan kawan dengan dia jugak. (biasanya girls la..but not me.. haha)..Lepas tu kesian dia duduk sorang-sorang, makan sorang-sorang,yela sume boikot tak nak kawan dia dek kerana hasutan someone yang lebih kuat pengaruh ni.. But tu semua agenda budak-budak. Dah nama pun budak-budak, kira masih boleh di terima pakai la perangai macam tu.


Tapi kalau yang berperangai macam tu orang tua, itu memang buang tebiat la. Maybe masa dia budak-budak dulu dia takda kuasa nak buat macam tu, tapi dia cuba praktik kan benda-benda ni bila dah usia tua. So memang nampak macam sangat-sangat buang tebiat. Cuba pengaruh orang dengan menokok tambah cerita yang tak betul, memutar belitkan fakta.


Aku tersangat la curious motif orang-orang macam ni. Apa yang ingin diuji atau ditunjukkan. Memang dalam hati tu suka sangat bermusuh?. Kalau sorang diri takpa la, kenapa perlu libatkan orang lain? Kenapa perlu ajak orang lain turut sama bermasam muka?


Kalau ada tersentapkan boleh bincangg.. please don't let anyone think you are sooooo childish. PATHETIC.. dah tua pun.. bukan budak-budak. Kadang-kadang orang sekarang ni tau siapa yang plastik. Tapi still ada lagi yang rabun tak berapa jelas..Then yang kronik buta pun ada. Yelaa.. bila dah di sogok dengan cerita-cerita tak best kan.


If you memang suka berdrama, it's ok.. kita pun memang suka tengok drama free.. Nak tengok ending dia macam mana. Hope happy ending la hendaknya, Just remember what you give you get back.



Take care  :)


thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Friday, September 21, 2012

Yes!! finally!! Bigbang Alive Tour Malaysia !

Assalamualaikum ~


Lama tak update.. Busy sangat katanya (takdanya). Baru habis internship dan sekarang baru mulakan sem baru di tahun akhir. Wah dah jadi akak senior sekarang. Dah boleh jalan dongak...eceh.. takda lah.. Standard final year, orang kata tahun strangle. Tapi aku tak kata apa-apa..haha.. feeling2 study bagai nak rak tu tak datang lagi (tak tau la datang ke taknye).. Hope dipermudahkan segala urusan oleh-Nya


Di post sebelumnya aku pernah cerita yang aku dah terjebak dalam kancah korean pop atau lebih popular dengan nama KPOP.. huahuahua.. ini semua gara-gara anasir-anasir luar yang.. haishh.. payah.. payah nak cakap. neway kitew sukew BIGBANG.. ekkek..




Actually aku layan lagu BIGBANG je pun. Kalau tanya pasal group lain pun aku tak tahu.. heheh.. Nak di jadikan cerita, yeahhh ! aku pergi konsert BIGBANG ! Bigbang Alive Tour Malaysia 2012 ! Keputusan yang diambil last minit dengan pertolongan member belikan tiket tanpa aku bersusah payah queue panjang. Thanks babe ~ Yeah! aku kat Stadium Merdeka 27 Oktober ni. heheh..




Aku just suka-suka je. Takla obses sangat. Just nak merasa feeling live performance aka konsert. Lagi pun alang-alang aku minat BIGBANG so apalagi kan. Sekali seumur hidup. Insyaallah everything will be fine. Nak pergi konsert Maroon 5 mungkin tak, sebab aku tak minat. ngeee ~ kata "VIP" sejati kannnn... ekkeke..

Bye !


p/s: harap-harap nampak la mereka dari dekat, nak tiket cat 1 & cat 2 sold out la pulak..



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Wednesday, July 18, 2012

Nice one !

Assalamualaikum ~




more info : Istqamah




thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Sunday, July 15, 2012

Tak ada manusia yang sempurna

Assalamualaikum~


Tak ada manusia yang sempurna. Kalau pun di lihat sempurna dari luaran, belum tentu mereka sempurna dari   dalam. Walau pun di lihat sempurna pada mata manusia atau orang lain, belum tentu mereka sempurna di mata Allah.


Semakin meningkat usia, semakin aku faham makna sebenar kesempurnaan. Aku tidak sempurna. Tapi aku sentiasa cuba muhasabah diri. Bukan untuk menjadi sempurna, kerana aku tahu aku tak mampu, tapi diharap aku mampu menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya. Dan mengingatkan diri supaya sentiasa mensyukuri nikmat yang ada. Sentiasa berterima kasih dengan pemberian walaupun ia sebesar zarah.


Dulu aku selalu merungut

" kenapa dia macam tu, kenapa aku macam ni "
" kenapa dia lebih, kenapa aku kurang "
" kenapa dia ada, kenapa aku takda "


Walhal ada hikmahnya kenapa dia begitu dan aku begini, bersyukurlah dengan kurang/sedikit dari tiada langsung. kenapa dia ada, kenapa aku takda hikmahnya mungkin Allah mahu aku sentiasa berusaha, berdoa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada selain jauhkan aku dari sifat riak. Dan mereka yang aku fikirkan sempurna itu juga ada kekurangan dan tidak sempurna.



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Thursday, May 17, 2012

Perkara menguji kesabaran apabila penghujung sem

Assalamualaikum ~


Bila dah penghujung sem ni, benda yang paling ditakutkan ialah :


Laptop bermasalah a.k.a motherboard rosak ke,  hard disk rosak ke kan. Time last-last minit pulak engkau (laptop) minta kena servis ke format ke kan. Dengan assignment tengah beratur menunggu giliran deadline.  Dah la kalau motherboard rosak, servis dia makan masa sebulan ++ kot. Time last-last minit macam ni mana ada orang yang bermurah hati nak pinjamkan laptop. Diorang pun sibuk dengan kerja last minit diorang. Memang bolayan la makannye. Sangat mencabar kewarasan.


Assignment tetiba hilang. haaa.. yang ni agak pelik (selalunya masalah hard disk jugak ni). Berlaku bila dah 'due' nak hantar assignment tu. Masa awal-awal buat, tak nak hilang la pulak kan. Lagi paling best bila tak sempat nak backup file assignment tu. Memang engkau akan duduk meratapi nasib malang sambil menyumpah seranah assignment yang hilang tanpa sempat ucap bye-bye. (actually menyumpah diri sendiri sebab kenapa tak buat backup file !!)


Kerja tak sempat nak save tetiba laptop ter'mati' dengan sendiri sebab terlalu 'panas'. Mana taknye kau buka laptop 3 hari berturut-turut non-stop tanpa rehat semata-mata mengejar deadline. Takpun tengah buat kerja tetiba blackout tanpa sempat korang save file assignment. seryes naya..


Jatuh sakit a.k.a demam, selsema, cikenpop, sakit mata tepat-tepat time korang nak final presentation atau assessment. Homangai.. Stresss !! Aku sakit mata kot.. esok final presentation satu dari kos minor aku. Alamak.. time ni la nak sakit mata bagai. Engkau ingat lecturer boleh terima ke engkau buat presentation dengan pakai sunglasses hitam bajet-bajet cool depan diorang. ngaaaa ~

Pusat Sejahtera USM memang tak kedekut ubat. Banyak kot. Makan ke tidak entah ni. 


Tak sempat siap assignment mengikut deadline. Masalah ni sebenarnya boleh di elakkan dengan  rajin-rajinkan diri buat kerja awal-awal kan. tapi peratus mereka yang rajin buat assignment awal memang 10 % jela.. Lagi-lagi aku, memang tak ada la nak buat kerja awal. Kerja last minit memang dah sebati dalam jiwa ni. Bila dah kelam kabut baru nak menyesal sebab tak buat kerja awal-awal. Lepas tu berazam tak mahu lagi buat kerja last minit lagi. Tapi next assignment macam tu jugak. Azam entah kemana.


Banyak lagi sebenarnya, masing-masing pun mesti ada pengalaman sendiri. Ada yang boleh dielak dan ada juga memang dah ditakdirkan begitu (macam sakit). Itu memang tak boleh elak la. Tapi selalunya masalah memang kita yang cari sebenarnya. Ekeke..


Bye !

p/s: menaip sambil mengalir air mata sebab sakit mata. Yang baca entry ni agak-agak boleh berjangkit tak..? heee ~



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

Saturday, April 14, 2012

Jenis Darah Dan personality di Korea

Assalamualaikum ~


Tau kah korang, masyarakat Korea dan Jepun sangat mementingkan jenis darah seseorang bagi menilai keperibadian seseorang itu. Haaaa.. Kalau nak berkawan ke especially untuk menjalinkan hubungan , mereka akan bertanyakan jenis darah berbanding zodiak ke tahun kelahiran ke kan. So jangan pelik lah kalau ada orang Korea atau Jepun yang bertanyakan jenis darah korang.


Untuk masyarakat Malaysia pulak, jenis darah tak penting pun untuk menjalin sesebuah hubungan. Dan jangan terkejut, ada je orang Malaysia yang tak tau jenis darah mereka sendiri. haha.. Dapat tau jenis darah sendiri pun bila mereka menderma darah. Kalau tak, harammmmm.. sampai bila-bila malas nak ambil tau jenis darah sendiri.


Kat bawah ni aku nak sharekan dengan korang makna disebalik darah A, B, AB, O. Tak payah la terlalu ambil pusing sangat pasal jenis darah ni. Just suka-suka je oke. Quite interesting actually..


Darah jenis A - Baik hati, teliti, mementingkan kesempurnaan

Sifat positif : Konservatif, menepati masa, pemalu, diam-diam ubi berisi, penyabar, mementingkan            
                       kesempurnaan, berhati-hati
Sifat negatif : Degil, bersifat keterlaluan, ragu-ragu pada diri sendiri, mudah bosan

Orang jenis darah A boleh diklasifikasikan sebagai seorang yang bertimbang rasa, penyabar, dan mementingkan kesempurnaan dalam segala hal (sangat keterlaluan). Oleh itu mereka kebiasaannya suka merancang sesuatu perkara secara terperinci sebelum membuat keputusan. Mereka sangat degil, dan sangat berhati-hati dalam segala hal. Mereka juga sangat sukar berpuas hati dan serius dalam hidup.

Mereka juga jenis yang malu-malu dan ragu-ragu dalam satu-satu situasi contohnya berada ditempat baru atau suasana baru. Mereka sangat sensitif dan sentimental apabila dikaitkan dengan perasaan. Mereka tak mudah menipu. Mereka juga boleh dikategorikan sebagai seorang yang perahsia dan tidak berapa suka berkongsi/bercerita masalah dan perasaan mereka dengan orang lain. Mereka ingin kelihatan tabah dan kuat walaupun hakikatnya mereka mempunyai sisi lemah didalam. Sering hanyut dalam mimpi sendiri.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Mereka terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Mereka boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah atau kecewa. Memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai dan sensitif kepada pandangan orang lain

Bagaimana mereka bekerja?
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, mampu membezakan antara kerja dan peribadi dan sangat bertanggungjawab. Memilih hobi yang mampu membantu mereka menenangkan perasaan.

Siapa yang berdarah A?

Big bang G Dragon

Lee Hyo Ri

CNBlue Jung Yong Hwa

Girls Generation SeoHyun

Lee Min Ho


Darah jenis B - Menyerlah, Menarik, Berterus terang

Sifat positif : Penyayang terhadap haiwan, kreatif, fleksibel, individualistik, optimistik dan bersemangat serta
                      bersungguh-sungguh
Sifat negatif : Pelupa, tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri

Dirujuk sebagai 'pemburu', Darah jenis B mempunyai sifat yang sangat bebas dan cenderung untuk tidak mengambil berat tentang apa yang orang lain fikir tentang mereka. Walaupun sering digambarkan sebagai lemah, pemalas, dan kurang sabar, mereka juga boleh menjadi sangat bersungguh-sungguh dengan apa yang mereka suka.

Mereka tergolong dalam kalangan orang yang periang, memiliki semangat dan mempunyai aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Pantas membuat keputusan dan boleh menjadi sangat fleksibel serta tidak kisah pada peraturan. Mereka cenderung untuk cemerlang dalam segala hal berbanding dengan pencapaian yang biasa-biasa sahaja. Mereka juga cenderung hidup dalam dunia mereka sendiri dan mengabaikan perkara-perkara lain. Mereka juga sebenarnya tidak berminat untuk mempunyai hubungan peribadi dengan ramai orang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun mereka selalu bergurau tetapi mereka juga boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja?

Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

Tahukah korang
Lelaki berdarah jenis B mempunyai reputasi buruk di Korea. Mereka beranggapan lelaki berdarah B seorang yang tidak boleh dijadikan sebagai suami kerana digambarkan sebagai "player" serta dilihat sebagai seorang yang mementingkan diri, cepat marah (panas baran) dan tidak boleh dipercayai. urmmm.. Walaubagaimanapun, imej nakal mereka mampu mencairkan hati wanita. Reputasi buruk ni hanya untuk lelaki berdarah B sahaja, yang perempuan berdarah B tidak berkongsi reputasi buruk ni. Sebab.? tak dapat dikenal pasti. ngeee ~



Siapa yang berdarah B?


 Big Bang T.O.P

 Hyun Bin (Secret Garden)

 Kim Hyun Joong

 Big Bang Taeyang

Girls Generation Yoona

Darah jenis AB - Berbakat, Tenang, Rasional

Sifat positif : Tenang, terkawal, tegas, pendiam, empati dan rasional
Sifat negatif : Menyendiri, kritikal, ragu-ragu dan tidak bertimbang rasa.

Dirujuk sebagai 'humanis'. Sukar untuk mengkategorikan mereka yang berdarah jenis AB kerana mereka mempunyai kedua-dua ciri darah jenis A dan B didalamnya. Mereka kadang kala pendiam dan pemalu dan kadang kala friendly dan outgoing. Mereka sering dilihat sebagai mempunyai personaliti yang pelbagai kerana mereka sering beralih daripada satu personaliti ke personaliti yang lain. Mereka seolah-olah mempunyai 2 personaliti, satu untuk orang dibahagian "luar" dan satu lagi untuk orang dibahagian "dalam". Apabila mereka sedang berseronok bersama rakan, mereka juga perlu masa bersendirian untuk memikirkan hal diri sendiri. Mereka juga selalu memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam (overthink). 

Dilihat sebagai seorang yang tidak bertimbang rasa kerana terlalu tegas. Mereka yang berdarah jenis AB selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Mereka juga suka menyendiri. Selain itu, mereka sangat bagus menguruskan kewangan. Walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala mereka juga bersikap talam dua muka. Pada masa yang sama, mereka yang  berdarah jenis AB sangat sensitif dan sangat berhati-hati

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja?

Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami tetapi tidak terlalu bertanggungjawab dan tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

Tahukah korang
Masyarakat Korea biasanya mengkategorikan orang yang berdarah jenis AB sama ada seorang yang genius atau seorang yang bodoh



Siapa yang berdarah AB?

 2PM Taecyeon

 FT Island Lee Hong Ki

After School Uee 

Super Junior Kim Hee Chul 

Girls Generation Yuri

Darah jenis O - Sosial, Aktif, Yakin

Sifat positif : Bercita-cita tinggi, bersemangat, teguh dan mempunyai keyakinan diri.
Sifat negatif : Angkuh, tidak sensitif, kejam dan cuai

Dirujuk sebagai 'pahlawan'. Mereka mempunyai personaliti yang menyerlah dan bakat untuk memimpin orang lain. Kesungguhan dan kejujuran adalah antara ciri-ciri terbesar mereka yang berdarah O. Mereka yang berdarah O mudah mendapat kawan walau dimana sahaja mereka pergi dan mempunyai kemahiran sosial yang besar. Walaupun mereka sentiasa tertanya-tanya tentang banyak perkara, mereka juga jenis yang mudah bosan. Orang yang berdarah O mampu menaikkan mood ceria dalam sesebuah kumpulan dan mengambil peranan sebagai seseorang yang mampu mewujudkan keharmonian dikalangan ahli lain. Ini kerana mereka sendiri adalah seorang yang ceria dan riang.

Orang lain mungkin melihat mereka seperti seorang yang tenang dan terkawal, tetapi mereka juga tergolong dalam orang yang cuai. Mereka cenderung memulakan sesuatu perkara, tetapi jarang menghabiskan perkara yang mereka mulakan itu. Mereka juga cenderung menjadi seorang kekasih yang sangat obses dengan cinta. Kelebihan yang harus dipuji ialah mereka tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Positif tentang masa lampau, oleh itu mereka tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Mereka selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus..

Bagaimana mereka bekerja?
Berkeupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin. Mereka yang berdarah O sering mengabaikan perkara terperinci.

Siapa yang berdarah O?

                                                                      Big Bang Daesung 

                                                                    JYJ Micky Yoochun

                                                              Girls Generation Taeyeon

                                                                                Bi Rain

                                                                        SHINee Onew



PASANGAN DAN DARAH

A paling serasi dengan A dan AB

B paling serasi dengan B dan AB

AB paling serasi dengan AB, B, A dan O      <--------- untung laaa... ekeke

O paling serasi dengan O, dan AB




p/s: saya AB.. anda..?



thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)