Monday, October 26, 2020

Pengalaman buat Root Canal Treatment (RCT) part 1

Hari tu aku selsema. Biasalah lahir dengan hidung sensitif ni, takda ribut takda punca tiba-tiba nak bersin-bersin dan mengeluarkan cairan seakan air jernih yang mengalir tanpa henti. "Aaachummm.. Sttroottt.." aku bersin perlahan dan sopan memandangkan aku berada di pejabat sambil menyedut cairan hidung yang dirasakan hampir mengalir keluar. "Aaaaaa..." keluhku perlahan.

Biasa bila aku selsema, aku akan mudah lapar. Lapar macam kau dah dua hari tak makan. So, mula la aku terbayang-bayang makanan mudah, sedap dan mengenyangkan. Dan aku pilih Mcdonalds. Kenapa McDonalds? ofcourse la sebab mudah, sedap dan mengenyangkan. hahaha. 

Sedang aku menikmati ayam goreng McD, tiba-tiba gigi geraham bawah belah kanan aku sakit. Berdenyut perlahan sikit-sikit dan sampailah tahap aku tak boleh kunyah dah kat gigi situ. Sekali tergigit kat area tu dia punya sakit macam nak mengamuk terus. "Aaaahh sudahhh.." Keluh hatiku sambil merenung ayam goreng McD yang masih berbaki. Sejak dari tengahari tu membawa ke petang dan sampai ke malam, gigi tu sakit berdenyut-denyut tanpa henti. Sakit dan mood aku totally lost for the rest of the day.

Esok paginya bangun dan sakit masih sama. Dan aku mula demam. Terus MC dan plan ke klinik gigi hari itu juga. Di klinik gigi doktor tanya bila start sakit? Sakit yang macam mana? Ada makan makanan keras ke? Aku pun cerita la kat doktor tu sama macam yang aku cerita kat korang tadi. Doktor pun menggangguk faham dan tekan gigi yang sakit tu. Berkerut dahi aku menahan sakit. Doktor juga tekan gigi-gigi berdekatan lain untuk kepastian. Kemudian dia minta aku untuk buat PA X-ray untuk bahagian tersebut. Sejurus melihat X-ray, dengan muka confident doktor pasti apa masalah aku.

Ok sedikit sejarah pasal gigi yang sakit ni. Aku actually baru 3 minggu ganti tampalan kat gigi tu. 3 minggu lepas aku buat scalling and polishing sekali dengan repair tampalan lama kat gigi tu. Masa tu doktor ada bagitau tampalan kat gigi tu agak besar dan dalam. Disebabkan aku takda sakit kat gigi tu sebelum ni, so doktor rasa takda apa-apa masalah dan terus repair tampalan besar lama tu. Tapi rupanya kuman yang selama ni bermaharajalela dan bergerak bebas kat gigi tu (sebab gigi tu actually ada bahagian yang berlubang yang aku tak nampak) dan tiba-tiba kuman terkurung sebab tampalan baru, maka kuman tersebut mula memberontak inginkan kebebasan. Itu la punca sakit gigi tu. Dan nak jadikan cerita ni lebih dramatik, disebabkan gigi tu lama dah di biarkan berlubang maka infection dah sampai ke akar pun. Sadis! Silap aku sebab tak buat pemeriksaan gigi berkala 6 bulan sekali tu. Tipikal me, gigi tak sakit maka takda kesedaran nak jumpa doktor gigi.

 Bila dah jadi macam ni, nak menyesal pun tak guna dah. Doktor bagi 2 options 

google


1) Root Canal Treatment (RCT)
2) Cabut gigi

Kalau diikutkan hati yang kental ni. aku pilih untuk cabut saja gigi tu. Tapi gigi yang hilang haruslah di ganti. Disebabkan aku dalam fasa ber 'braces', gigi yang di cabut wajib diganti. Nak ganti gigi ni pun kos bukan sikit-sikit. Options untuk ganti gigi pula ada 3.

google

1) Implan Gigi - Most recommended procedure tapi macam ngeri dan mahal namatey (RM5.5K dan keatas)

google


2) Jejambat Gigi (bridge) - Doktor tak rekemen sangat sebab nanti kena kikis gigi bersebelahan yang nak diganti tu. Dan susah nak jaga kebersihan menyeluruh kat bahagian tu. 



google


3) Gigi Palsu - Ermmmmm..

So apa je pilihan yang aku ada? Untuk mengelak dari perlu mengeluarkan kos yang lebih dan risiko lain, aku memilih untuk membuat RCT. Menurut doktor ni, klinik beliau hanya buat RCT untuk gigi depan sahaja, tidak gigi geraham (molar). So beliau refer aku ke Endodontics Specialist. Sambil-sambil tu aku tanya juga berapa kos untuk RCT ni? Jawapan beliau depends, biasa harga tengok pada bahagian gigi (molar/pre-molar/canine/lateral incisor/ central insicor), lagi belakang gigi lagi mahal dan tahap kerumitan gigi/akar memainkan peranan penting dalam sebut harga tu. Untuk kes aku, gigi geraham depan ( first molar) Anggaran dalam RM1200 - RM1500. Aku diam menarik nafas perlahan dan mengangguk faham sambil menahan sakit gigi yang tiba-tiba extreme.

sambung...

No comments: