Tuesday, October 27, 2020

Pengalaman buat Root Canal Treatment (RCT) part 2

Apa itu Root Canal Treatment (RCT)? Korang boleh baca SINI

Pengalaman buat Root Canal Treatment (RCT) part 1

Esoknya tanpa berlengah aku terus call Endodontics Specialist yang doktor aku referred tu. Set appointment hari Ahad pagi. Sementara menunggu Ahad, aku google info pasal klinik tu. tengok review sebab nak nampak clear view pasal harga RCT kat situ, tahap professionalism dan keberkesanan treatment oleh doktor kat situ. Tak banyak sebenarnya info pasal klinik tu kat google. Review sangat tidak membantu. Cuma klinik ada website dan ada bagi anggaran harga kat situ. Untuk RCT paling mahal RM800. "Ok bagus.. berpatutan" Bisik hatiku

Hari yang ditunggu telah tiba. Appointment pukul 10.30 pagi. Fuhhh susah betul cari parking kat area klinik tu. Setelah berpusing-pusing dengan penuh sabar, akhirnya ada juga parking. Ni kalau ada yang cuba-cuba curi parking serius boleh buat gaduh. Oh by the way, gigi aku dah tak sakit dah sebab haritu doktor ada bagi antibiotik dan painkiller. 2 hari juga baru sakit tu surut. Tapi still sakit sikit nak mengunyah kat gigi tu.

Jujurnya, klinik tu tak macam yang aku expect. Sebab kan klinik “Specialist”, expectation aku dia macam wow, gah dan nampak profesional, tapi tidak, sangkaan aku meleset belaka. Klinik nampak biasa. Malahan lebih biasa dari klinik yang biasa-biasa. Haha. Rasa macam klinik lama yang memang tak update deco dari 90's dah. Atau mungkin aku boleh cakap deco 'asal ada'? Senyap-senyap aku agak meragui tahap professionalism doktor disitu tapi aku cuba untuk berfikiran positif and not judge the book by its cover. 

"Mungkin sebab tu harga kat sini murah?"
"Doktor veteren kot. So kalau veteren maknanya doktor tu banyak experience buat RCT. So baguslah!"
"Selalu kalau klinik lama macam ni doktor mesti pakar"

Macam-macam kata semangat aku cuba bisikkan kat hati. Mungkin aku overthinking sebab cuak atau maybe klinik tu should do something la bagi nampak pro sikit. First impression tu penting juga. Barulah patients rasa welcoming dan confident dengan klinik tu. Tak gitu?

Tak sampai setengah jam tunggu nama aku dipanggil. Ok start nervous walau appointment tu actually hanya consultation biasa sahaja. Masuk bilik tengok doktor. Fuhh..gaya doktor macam Albert Einstein tapi versi tak tua sangat .. Ala macam gaya orang terlebih belajar tu. hahaha. Cara beliau diagnose dan explain nampak professional dan promising. Doktor baca surat refer dari klinik gigi aku sebelum ni. tanpa banyak tanya beliau periksa dan tekan-tekan kat area gigi yang sakit tu. "Kalau sakit bagitau ya" Pesan beliau. Kemudian beliau cucuhkan something seakan ais kat gusi area gigi sakit tu. Pergghh.. rasa macam kena kejutan elektrik sekejap sakit dia. Aku actually ada terbaca cara diagnose macam ni untuk RCT. So aku dapat agak doktor buat apa. Kemudian beliau ambil PA X-Ray kat bahagian yang sakit. 

Maka bermulalah penerangan panjang lebar dari beliau. Paling aku ingat mukadimah beliau "lupakan apa yang doktor awak cakap sebelum ni ya. Sebab apa yang saya nak cakap mungkin berbeza" Tapi aku rasa main pointnya sama je. 'Root Canal Treatment'. Beliau siap lukis struktur gigi tu kat white board nak bagi aku faham punya pasal. Bagus.. Tapi.. Ok ada tapi. Doktor macam kurang senang kalau ditanya soalan. Biasalah sebagai seorang yang 'paranoid' and fikir jauh kedepan, aku suka nak tanya kebarangkalian terjadi pada gigi tu di kemudian hari selepas mendapat rawatan. Sebab semua ni melibatkan ongkos yang bukan sedikit. Aku bukan orang kaya meh. 
google


Contoh soalan

"Macam mana kalau treatment ni fail?" - Sebab doktor ada bagi tau kemungkinan procedure berjaya ialah 90% dan gagal 10%. Kemungkinan juga aku tergolong dalam 10% tu. Dan lagi semasa prosedure tu dijalankan kemungkinan endodontic file tu terpatah di dalam. Tapi peratusan berlaku tu kurang. So aku tanyalah "Kalau patah macam mana?" Tapi doktor jawab "Dont worry, benda tak jadi lagi jangan fikir-fikir. buang masa fikir". Aku terkedu. Tak salah kalau beliau jawap je soalan aku tu. Aku bukan tanya suka-suka. Semua ni mungkin melibatkan pengeluaran kos yang lebih nanti. Sekurang-kurangnya boleh la bersiap siaga ke kan. So aku kecewa dengan jawapan acuh tak acuh beliau. 

Part yang di tunggu telah tiba, harga. Dengan gaya cikgu matematik, doktor tulis kos yang perlu aku bayar untuk rawatan ni di white board.

RCT = RM1200
Tampal = RM300
Ubat = RM200
-------------------------
Total = RM1700

Aku terkedu lagi. What?! Aku senyap sekejap. terkebil-kebil mata memandang white board tu. Aku tanya doktor untuk kepastian memang ini ke harganya? Dengan muka yakin dan tersenyum (oh aku tak suka senyuman beliau itu ye)  "Ya" Jawap doktor itu. Aku mengangguk acah faham. "Ok doktor saya fikir-fikirkan sekejap" Balasku sambil meminta diri keluar dari bilik tersebut.

Keluar sahaja dari bilik itu, kepala aku ligat berfikir. on ke tak on, on ke tak on. "Cik Nabila.." Nama aku dipanggil. Dengan pantas aku ke kaunter "RM90 ye. PA X-Ray dengan consultation" Tanpa banyak tanya aku keluarkan dompet dan membayar harga tersebut. 

"So macam mana cik, nak set appointment untuk RCT? " Tanya Pembantu klinik tersebut. 
"Bila date appointment yang available?" Tanyaku
"Hari Rabu ni ada kosong. Booking appointment RM250"
"Ohh.. So bayaran macam mana nanti ek?" 
"Appointment RCT ada 2 kali. Booking RM250, first appointment RM1200 and balance bayar second appointment nanti." Jelasnya
Sementara tu aku ada bertanya dengan pembantu klinik tu serba sedikit pasal klinik, doktor, review RCT patients so far macam mana? Harga memang macam ni ke? kat website lain.
"Takpa cik saya fikir dulu macam mana. Nanti anything saya call la." kataku apabila pembantu klinik tu habis bercerita.
"Kalau untuk booking appointment cik memang kena datang klinik ye sebab ada bayaran RM250" Gadis itu mengingatkan aku
"Ok" Balasku ringkas. 
"Terima kasih"

Lama aku duduk dalam kereta berfikir. Google mana-mana klinik lain buat RCT dengan harapan dapat harga yang lebih baik. Terjumpa la satu klinik ni. Ramai yang bagi review baik. Actually klinik ni banyak branch tapi aku pilih untuk call 2 branch berbeza. 1 branch dekat dengan rumah, 1 branch lagi dekat dengan tempat kerja. Call 2 branch ni dan tanya mengenai RCT di gigi geraham dan mereka actually bagi harga yang berbeza. Beza RM100-200 macam tu la. Macam biasa klinik akan suruh patient datang untuk consult dulu tengok permasalahannya. So aku decided nak pergi klinik yang dekat dengan tempat kerja. Tapi bukan hari itu juga. Aku plan nak pergi esoknya. 


Sambung..

Monday, October 26, 2020

Pengalaman buat Root Canal Treatment (RCT) part 1

Hari tu aku selsema. Biasalah lahir dengan hidung sensitif ni, takda ribut takda punca tiba-tiba nak bersin-bersin dan mengeluarkan cairan seakan air jernih yang mengalir tanpa henti. "Aaachummm.. Sttroottt.." aku bersin perlahan dan sopan memandangkan aku berada di pejabat sambil menyedut cairan hidung yang dirasakan hampir mengalir keluar. "Aaaaaa..." keluhku perlahan.

Biasa bila aku selsema, aku akan mudah lapar. Lapar macam kau dah dua hari tak makan. So, mula la aku terbayang-bayang makanan mudah, sedap dan mengenyangkan. Dan aku pilih Mcdonalds. Kenapa McDonalds? ofcourse la sebab mudah, sedap dan mengenyangkan. hahaha. 

Sedang aku menikmati ayam goreng McD, tiba-tiba gigi geraham bawah belah kanan aku sakit. Berdenyut perlahan sikit-sikit dan sampailah tahap aku tak boleh kunyah dah kat gigi situ. Sekali tergigit kat area tu dia punya sakit macam nak mengamuk terus. "Aaaahh sudahhh.." Keluh hatiku sambil merenung ayam goreng McD yang masih berbaki. Sejak dari tengahari tu membawa ke petang dan sampai ke malam, gigi tu sakit berdenyut-denyut tanpa henti. Sakit dan mood aku totally lost for the rest of the day.

Esok paginya bangun dan sakit masih sama. Dan aku mula demam. Terus MC dan plan ke klinik gigi hari itu juga. Di klinik gigi doktor tanya bila start sakit? Sakit yang macam mana? Ada makan makanan keras ke? Aku pun cerita la kat doktor tu sama macam yang aku cerita kat korang tadi. Doktor pun menggangguk faham dan tekan gigi yang sakit tu. Berkerut dahi aku menahan sakit. Doktor juga tekan gigi-gigi berdekatan lain untuk kepastian. Kemudian dia minta aku untuk buat PA X-ray untuk bahagian tersebut. Sejurus melihat X-ray, dengan muka confident doktor pasti apa masalah aku.

Ok sedikit sejarah pasal gigi yang sakit ni. Aku actually baru 3 minggu ganti tampalan kat gigi tu. 3 minggu lepas aku buat scalling and polishing sekali dengan repair tampalan lama kat gigi tu. Masa tu doktor ada bagitau tampalan kat gigi tu agak besar dan dalam. Disebabkan aku takda sakit kat gigi tu sebelum ni, so doktor rasa takda apa-apa masalah dan terus repair tampalan besar lama tu. Tapi rupanya kuman yang selama ni bermaharajalela dan bergerak bebas kat gigi tu (sebab gigi tu actually ada bahagian yang berlubang yang aku tak nampak) dan tiba-tiba kuman terkurung sebab tampalan baru, maka kuman tersebut mula memberontak inginkan kebebasan. Itu la punca sakit gigi tu. Dan nak jadikan cerita ni lebih dramatik, disebabkan gigi tu lama dah di biarkan berlubang maka infection dah sampai ke akar pun. Sadis! Silap aku sebab tak buat pemeriksaan gigi berkala 6 bulan sekali tu. Tipikal me, gigi tak sakit maka takda kesedaran nak jumpa doktor gigi.

 Bila dah jadi macam ni, nak menyesal pun tak guna dah. Doktor bagi 2 options 

google


1) Root Canal Treatment (RCT)
2) Cabut gigi

Kalau diikutkan hati yang kental ni. aku pilih untuk cabut saja gigi tu. Tapi gigi yang hilang haruslah di ganti. Disebabkan aku dalam fasa ber 'braces', gigi yang di cabut wajib diganti. Nak ganti gigi ni pun kos bukan sikit-sikit. Options untuk ganti gigi pula ada 3.

google

1) Implan Gigi - Most recommended procedure tapi macam ngeri dan mahal namatey (RM5.5K dan keatas)

google


2) Jejambat Gigi (bridge) - Doktor tak rekemen sangat sebab nanti kena kikis gigi bersebelahan yang nak diganti tu. Dan susah nak jaga kebersihan menyeluruh kat bahagian tu. 



google


3) Gigi Palsu - Ermmmmm..

So apa je pilihan yang aku ada? Untuk mengelak dari perlu mengeluarkan kos yang lebih dan risiko lain, aku memilih untuk membuat RCT. Menurut doktor ni, klinik beliau hanya buat RCT untuk gigi depan sahaja, tidak gigi geraham (molar). So beliau refer aku ke Endodontics Specialist. Sambil-sambil tu aku tanya juga berapa kos untuk RCT ni? Jawapan beliau depends, biasa harga tengok pada bahagian gigi (molar/pre-molar/canine/lateral incisor/ central insicor), lagi belakang gigi lagi mahal dan tahap kerumitan gigi/akar memainkan peranan penting dalam sebut harga tu. Untuk kes aku, gigi geraham depan ( first molar) Anggaran dalam RM1200 - RM1500. Aku diam menarik nafas perlahan dan mengangguk faham sambil menahan sakit gigi yang tiba-tiba extreme.

sambung...

Friday, October 23, 2020

Kenapa tulis blog ?

Sedang aku berjalan di 'google' mencari bahan bacaan menarik, terbuka satu blog seorang blogger yang sebenarnya dari zaman study lagi memang antara blog yang aku baca. Sekitar tahun 2010-2013 macam tu. lebih 5 tahun lepas! Dan buat lagi aku wow bila beliau masih lagi menulis sampai sekarang. WOOWOW! 

To be honest, aku salute dengan blogger yang masih aktif dan masih menulis sampai sekarang. Bukan senang ye setiap masa nak memikir idea penulisan tu. Ada yang dah jadikan penulisan blog ni sebagai kerjaya tetap pun. Dapat payment dengan buat something yang kita suka iaitu menulis! Bestkan?! Menyesal pula malas update blog dulu. <----Tiber

Walaupun sekarang ada penulis dan pembaca blog dulu-dulu yang sudah beralih kepada platform lain macam Facebook, Instagram mahupun Youtube. "Buat apa nak karang pastu baca tulisan panjang-panjang haa, better tengok je haa video.." Kata Limah sambil menonton video youtube Vivy Yusof sambil menguyah cengkodok.

Tapi perlu diingat masih ada lagi yang suka membaca karangan / penulisan sampai sekarang. Ada kan? Sure la ada.. Ada ke? Contoh aku la. kalau perlu panduan or ada curiosity, sure akan google dan google akan membawa aku menjelajah ke beberapa website dan blog. Bila satu blog ni macam tertarik menarik, aku akan usha post-post lain dan datang lagi bila ada update menarik lain. So jangan risau kalau kau rasa takda orang baca blog kau. Cehh.. cakap pada diri sendiri lettew.. 

Bila tengok orang rajin update blog aku pun terdetik nak rajin update blog macam dulu juga. Last aku post 2013 kau. haha. Punya la berzaman dah tinggalkan. Blog yang dalam 'reading list' aku selalu baca dulu pun ada ramai juga yang dah lama tak berupdate. Yela zaman pun dah berubah. Dulu student, sekarang bekerja. Komitment, masa pun dah lain. Mungkin itu faktor kenapa ramai yang tinggalkan blog. Dan macam aku cakap tadi mungkin juga beralih pada platform yang lain. 

Aku tak pandai pun menulis, Penceritaan aku tak menarik mana pun. Dari dulu pun macam tu. Tapi minat bercerita dalam penulisan tu ada. Sebab itu aku start blogging dulu. okok. Dengan ini aku berazam seperti azam tahun-tahun sebelumnya haha aku nak start balik menulis blog. Harapnya kali ni betul-betul laa. Minat menulis tu memang lama ada tapi malas tu mengatasi segalanya. 

So pada sesiapa yang terbaca update aku ni. kalau ada la. tinggalkan lah link blog korang kat komen. Free nanti aku baca la. Mana la tau dengan tidak semena-mena content penulisan korang memang favourite dan kena dengan topik bacaan aku dan haruslah aku akan terus jadi follower blog korang. Tak kenal maka tak cinta kan..


*Google