Tuesday, August 9, 2011

Ini lagi menarik dari Makcik Hajjah Sitt Al-wuzara

Assalamualaikum ~

Hye korang.. Puasa tak hari ni..? Ada blogwalking hari ni..?  hee.. kebanyakkan blogger update pasal isu makcik sewel a.k.a Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara . So korang pun mesti dah tau kan pasal pembongkaran topeng makcik tu dan tindak balas makcik tu. Salute dengan keberanian gaysec kerana membongkar perkara ni. Buat apa nak takut kalau kita ada dipihak yang benar. Ye dak.?

Apa-apa pun aku tak mau komen lebih pasal isu pembongkaran itu. Actually aku pun tak pernah terjah blog makcik sewel tu. Takut nanti aku bermaki-makian plak kat blog dia. Saje mintak dosa free nanti. Korang pun tak payah la singgah blog makcik tu. Buat dosa je nanti. Apa yang aku rasa ialah makcik tu ada masalah penyakit mental yang kronik. Bercakap merapu dan merepek. Dan dia sangat memerlukan rawatan dengan segera. Kesian kat kau makcik. Muda-muda dah jadi macam ni. Semoga ALLAH SWT memberi hidayah dan kesejahteraan kepada anda.

Ok ! aku dah melalut. Sebenarnya aku nak share ngan korang picture yang sangat-sangat awesome. Yang penting gambar-gambar ni bukan aku yang shoot (kalau aku tak mention ni pun korang memang dah tau kan.haha)

 Arizona Butte

 Baby Silver Leaf Langur

 Endeavour Shuttle Launch

 Fly Geyser, Nevada

 Lake of the Moon, India

 Lionfish

 Macaw

 Mahó Beach, St. Maarten

 Millennium Bridge, London

 Mount Rainier, Washington

 Muslims in Prayer

 National Performing Arts Center, Beijing

 Olympic National Park, Washington

 Palouse, Washington

 Patten Pond, Maine

 Storm Clouds, South Dakota

 Swimming Pool, Afghanistan

Tour de France, Paris

 Cormorant Fisherman, China


 Ganges River

Los Angeles Wildfires

Bye !

p/s: maaf gerangan photographer tidak dapat dikenal pasti.



thank you sudi baca..:)

Monday, August 8, 2011

Please vote for Palestine

Assalamualaikum ~

Hye korang. Adakah korang tau yang sekarang Google sedang mengadakan vote sama ada ingin menamakan Israel atau Palestin dalam peta Google Earth..?


Jom reramai kita undi untuk Palestin !
Cara nak vote sangat mudah. Korang klik Israel vs Palestine, dan pilih bendera palestin dan tekan. Korang boleh undi banyak kali tapi setiap 1 jam sekali. marilah ramai-ramai kita menyokong bumi Palestin.

Bye !

p/s: Israel sekarang mendahului undian. Mohon Share



thank you sudi baca..:)

Friday, August 5, 2011

Benda apa kat langit tu..?

Assalamualaikum ~

Salam Jumaat semua, hari ni aku nak share dengan korang pasal benda yang quite interesting pada aku. Bukan tips-tips ye. Tapi perihal benda pelik. Subuh tadi, macam biasa aku on facebook lepas sahur sementara nak tunggu waktu solat subuh. Then ada seorang kawan post something di facebook


Maybe ada yang dah tau pasal ni. Yang dah tau buat 'dang' je la heh.. Yang tak tau ni, ni la aku nak bagitau. Aku pun baru tau subuh tadi. So dengan penuh keterujaan aku pun try la tengok. Dan resultnya aku terkejut woh.. sama macam pasal entry yang lepas ni

Dan aku nampak benda ni kat langit

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Aku tak tau apa benda tu, aku pun tak la take seryes benda ni, just pelik apa benda tu dan kenapa kat situ. Tapi tak tau la kalau google nak bergurau manja ke kan. Atau maybe benda edited by someone. Lokasi tempat ni kalau tak silap kat Switzerland. Cantik giler kot tempat tu. Kalau korang nak try tengok sendiri benda tu just ikut je arahan member aku tu. Kalau fikir ntah apa2, just ignore kan je benda ni ok.

Bye !

p/s aku sendiri tak tau apa maksud "dang", tapi maksudnya lebih kurang macam "buat-buat tak tahu" la.. hahah.. 


thank you sudi baca..:)

Thursday, August 4, 2011

Golden Churn Creamy Butter tidak halal

Assalamualaikum ~

Apa benda yang boleh dikategorikan wanted@laris masa bulan puasa ni..? Jawapannya ialah mentega. Jualan mentega mungkin melonjak 3-4 kali ganda sebab orang ramai sibuk nak buat kuih raya. hehe.. Teori sendiri je ni. Tapi ada betulnya jugak kan.

Semalam aku ada baca kat surat khabar mengenai satu brand mentega yang tidak halal. Tapi paper tu tak mention pun mentega brand apa. Tadi lepas subuh aku blogwalking, so terjumpa entry pasal mentega haram ni. So secara langsung perasaan ingin tahu mentega yang mana yang tak halal tu terjawap. Terima kasih bebanyak la kat blogger INI. 


Eksklusif: Golden Churn ada DNA babi
Oleh Mohd Roji Kawi
mdroji@bharian.com.my
2011/08/03

JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal 

KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.


Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. 

‘Golden Churn Creamy Butter’

Mentega ni banyak digunakan untuk kek lapis Sarawak. Kesian jugak la dengan pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega ni. Mesti rugi habis. Kesian mereka. Dugaan bulan puasa mungkin.

Bye !

p/s: Minggu lepas parents pergi Sarawak then bawak balik banyak giler kek lapis Sarawak untuk sedara, kawan dan family sendiri. urmmm.. -..-"




thank you sudi baca..:)

Spontaneous Thursday | DOA

Assalamualaikum ~


You know the person of whom you are praying... 

But you never know the person who is praying for you. 




thank you sudi baca..:)

Wednesday, August 3, 2011

Indahnya meminta maaf

Assalamualaikum ~

Kadang-kadang kita terlalu ego untuk mengaku kesalahan sendiri. Ya, adat manusia, kalau dah buat salah, jarang-jarang ingin mengakui kesilapan apalagi meminta maaf. Bila kita tengok permasalahannya, tidak la sebesar mana. Tapi masalah itu boleh merenggangkan hubungan yang sedia baik kepada tak berapa nak baik.  

Jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah bermasam muka ialah meminta maaf. Tapi mahu keluarkan perkataan maaf@sorry sangat susah, walhal hanya 1 perkataan. Macam aku juga. Jarang-jarang sekali aku nak mengaku kesilapan sendiri. Meminta maaf jauh sekali. Aku mengaku aku seorang yang sangat ego dan keras kepala. Tu pun aku sedar bila ramai orang yang cakap macam tu. haha. (korang memang jujur btol -..-)

Tapi lama-kelamaan, kita sendiri akan perasan sesuatu yang pelik jika asyik nak bermasam muka. Perasaan dibenci dan di ignore. Sangat tak best feeling tu. So aku mengambil inisiatif untuk meleburkan ego dan meminta maaf. Yeahhh..!! dan perasaan apabila sudah meminta maaf sangat-sangat best.. macam "free" je rasa.

NABILA IS FREE <-----pakai dailog Dobby HP sambil meniru cara Dobby

walaupun say sorry melalui chat room.. haha.. ok what..

p/s : Lepas ni kalau ada buat salah. terus nak mintak maap la.. Urmm..tp tengok dulu la salah yang macam mane.-..-"




thank you sudi baca..:)

Wordless Wednesday | Ya Ramadhan

Assalamualaikum ~





thank you sudi baca..:)