Tuesday, June 21, 2011

Aku nak macam dia..

Pemberitahuan: Entry Berangan
-----------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum ~

Sejak-sejak jadi penganggur terhormat dan sejak-sejak terpengaruhnya dengan watak Seth Tan yang romatik dan caring habis dalam drama Nora Elena, aku sekarang dah ada keinginan dan kegiatan baru. haha.. Yang bawa watak Seth Tan kan abang macho Aaron Aziz. So secara rasminya aku minat giler dengan Aaron Aziz. Bukan just minat-minat sebab mukamya yang hensem ya amat tu, Tapi minat dengan overall tentang dia. Cara dia, dress up dia, family dia, anak-anak dia, even wife dia sekali. <--- ayat macam orang psyco pun ada nih..


Bukan apa, just happy dan suka tengok kemesraan dan kegembiraan yang terpancar dekat seluruh family dia. <--- ayat kemain..Suka tengok wife dia yang cantik bergaya dan pandai mengurus family. Suka tengok anak-anak dia yang cute-cute habis. Suka tengok Aaron Aziz yang macam bapa penyayang habis dengan anak-anak. So aku pun apalagi, berangan la nak family macam ni. hahah.

Cantik kan wife dia. 

So kegiatan baru aku ialah melihat kegiatan mereka sekeluarga. <--- ok! ayat psyco lagi.. hahah. Taklah ! just suka tengok update picture dan status Aaron Aziz. Suka gila kalau dia ada mention pasal wife dia or pasal anak-anak dia kat status dia. Tu dah menunjukkan dia seorang yang familyman dan ofcos suami dan bapa yang penyayang. Buat apa-apa pun still ingat kat family dan tak segan silu nak show kat masyarakat yang dia sudah pun berkahwin dan ada anak 3. waahh gitu..


Bila tengok je picture family Aaron, mesti kata bestnya kalau nanti ada family macam ni. heee~. Selalu pergi vacation dan meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga, wife pandai jaga diri dan menguruskan rumah tangga. Husband yang penyayang dan romantik. Uwaaa... Perfect Family. 


Aku pun nak family macam tu.. boleh ke..? Latest news, dengar cerita bulan 7 ni dey olls nak pergi buat umrah. Nampak tak disitu, Walaupun kejar dunia, akhirat mereka tak lupa. Bestkan macam tu.

Okes la, tu je tahap ke'berangan'an aku. Kang kalau aku terus continue ada jugak karang sesapa yang muntah hijau kat sini nanti. hakhakhak..

Ni nak tunjuk gambar yang boleh buat korang cair habis

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Aaron Aziz with anak bongsunya.. Dahlia Arissa

Cair tak..? tak..? apsal aku cair..? hahah..
Bye !

Berangan Itu Perlu

p/s: Semua picture di seludup dari FB Aaron

Monday, June 20, 2011

Kebetulan Yang Pelik

Assalamulaikum ~

Hari tu, aku ada dapat satu mesej dari someone yang aku tak kenal. Before dia mesej tu, dia call dulu. Suara memang suara lelaki. Tapi tak tau la kan kalau perempuan bersuara lelaki ke kan. Dia call then nak bercakap dengan 'Bella'. So aku Bella, lepas tu aku tanya la kan siapa dia. Dia tak cakap pun siapa dia, tapi dia boleh pulak asyik nak make sure lagi betul ke aku Bella. Tergagap-gagap dan asyik nak kepastian betul ke aku ni Bella, membuatkan aku malas nak layan. Then aku terus cakap 'wrong number ni' dan putuskan talian.

Tak lama lepas tu, dia mesej pulak. Tanya lagi


Memang kebanyakkan kenalan panggil aku bella, bell, billa, beela, bieyla..sofar biola je belum pernah dengar lagi.. -..-


Orang Johor.. mesti kne ada 'ek' kat belakang ayat.. Aku pun tak tau kenapa.


Dari segi ejaan ayat2, aku dapat tafsirkan pengirim ni budak-budak lagi. Maybe baru habis sekolah ke.. Agaknya la. -..-" Seryes aku tak pernah dengar nama Aznier Taro <--- glemer la nama dia..


Terus terang je la kan.. Dah memang aku tak kenal


okey seryes salah orang. Saya bukan bieyla mohd.. Saya bieyla wahab.. heheh..
Hope Aznier tu takda apa2 dan sihat sekarang.. Aminnn...

Pelik tak kebetulan ni. Pengirim salah nombor dengan orang yang nama 'bieyla' jugak. Nasib baik nama 'Aznier Taro' tu aku tak pernah dengar. Kalau nama tu pun kebetulan sama, tak tau la nk cakap ape. Maybe tu bukan kebetulan dah, memang aku la bieyla tu. Tapi nasib baik salah orang. Tak sanggup aku nak dapat berita kemalangan orang-orang yang aku kenal. Nauzubillah.. minta-minta di jauhkan.

Pelik tak..?? keee takkk...? hahah..
Bye !

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Ayah ~

Assalamualaikum ~

Ayah, abah, bapa, baba, walid, papa, daddy, Apa pun gelaran panggilan yang korang panggil, dia adalah orang yang sangat istimewa di hati korangkan. Sama juga macam saya... Saya sayang ayah saya sangat-sangat. Ayah lah orang yang sangat sangat istimewa di hati.

Thank you for everything ayah. Terima kasih kerana banyak bersabar dengan anakmu yang keras kepala ni. mulut celupar ni. ASB <----- panggilan ayah untuk aku.. maksudnya 'ANGIN SATU BADAN'. hahah.. I have no idea mana ayah dapat tahu gelaran tu. nyampah tawu... heheh..

Birthday saya yang pertama. 

Sebagai anak sulung. Aku memang rapat dengan ayah. Rapat sangat-sangat sampai bergaduh-gaduh. Sebabnya ayah memang suka buat aku marah. Lepas tu ayah ejek aku ASB. Tapi seryesly aku sangat sayang dan hormat ayah. Walaupun kadang-kadang aku ni macam melampau. Tapi ayah still chill. Dia tahu anak dia baik dan sayang kat dia.. 


Ayah memang jarang marah, tapi kuat membebel. hahah.. Sifat tu yang turun kat aku. haha. Tapi aku selalu marah-marah. hahah. perangai tu tak tau menurun dari mana. Ayah pun selalu cakap 

'ikut sapa la akak ni selalu marah-marah' heheh.. 


Dua insan paling istimewa di hati saya.



Happy Father's Day Ayah.
Terima kasih untuk segala pengorbanan ayah.
Semoga Ayah sentiasa dilindungi Allah swt
Sentiasa diberi kesihatan yang baik.
Dan akak sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah dunia akhirat.

~AKAK SAYANG AYAH~

Friday, June 17, 2011

Beza Antara Drama Nora Elena & Novel Kasih Yang Suci

Assalamualaikum ~

Habis sudah drama kegilaan iaitu Nora Elena. Rasa macam sekejap sangat la pulak drama tu habis, maybe tayangan 4 kali semiggu kot. Tak macam drama-drama lain yang seminggu sekali kan. Pepehal pun ending drama Nora Elena ni agak memuaskan, means happy ending la. Kalau tak mau meroyan semua peminat. Tapi pada aku drama ni macam terlalu rushing nak di habiskan. Macam feel tu tak berapa nak sampai la. huhuh..

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Drama Nora Elena ni diadaptasi longgar dari novel Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha. Kalau dah ada 'adaptasi longgar' so memang kita tak boleh nak expect drama ni memang bulat-bulat macam dalam novel.

So kat sini aku nak senaraikan beberapa perbezaan yang terdapat diantara drama Nora Elena dan Novel Kasih Yang Suci.


heheh.. tu la antara perbezaan yang nampak ketara pada mata aku. Banyak lagi sebenarnya. Tapi nak selidik satu-satu nanti korang kata aku terlampau gigih plak kang.. hehhe.. Tapi pepehal pun berbezaan ni tak menganggu penonton yang sudah membaca novel Kasih Yang Suci pun. At least ada juga perasaan ingin tahu dan penasaran penonton kan, walaupun sudah membaca novel tu. Kalau sama 100% tak trill plak nanti. So perbezaan tu sedikit sebanyak menarik penonton melekat depan tv setiap kali drama ni keudara.

Syabas kat semua pelakon yang berjaya membawa watak dengan baik especially ofcos Aaron Aziz. Sejak tengok drama ni seryes aku minat giler kot dengan Aaron Aziz nih.. heheh.. Hero pujaan dah bertukar secara rasmi dari Shaherzy Sam ke Aaron Aziz.. hahaha..

bye ! :)

Wednesday, June 15, 2011

Segmen | Tabiat saya yang paling pelik..

Assalamualaikum ~


Jom join segmen lagi.. Kali ni bukan segmen Bro Ben, tapi segmen kakak cantik Sis Lulu. First time ni join segmen Sis Lulu ni. heheh.. Kalau korang nak join sama, sila lah klik banner Sis Lulu kat atas tu yee..

Soalan nya: 
Apakah tabiat korang yang paling pelik, dari kecil sampai terbawa-bawa hingga dewasa.

Banyak sebenarnya yang buang tebiat.. hahha.. Tapi antara yang paling memang jadi tabiat ialah

Kalau duduk mesti kena bersila, walaupun duduk kat atas kerusi. 
Mesti bersila, dalam kelas, dalam bas, dalam bilik mesyuarat, tengok wayang, time makan, dalam kereta pun duduk bersila tau, nasib baik tak duduk bersila atas motor.. haha..

Tidur tanpa bantal kepala tapi mesti ada bantal peluk
Haaaa.. ni pun tabiat. Kalau tidur, tak pa kalau tak da bantal kepala, tapi mesti ada bantal peluk (bantal panjang tu). heheh.. Kalau takda bantal peluk tu, bantal kepala tu pun boleh dijadikan bantal peluk.. Asalkan ada bantal peluk, walaupun tanpa bantal kepala.. hahah.. Alhamdulillah so far takda rasa sakit tengkuk ke hape.. 

Letak minyak kapak kat mata bila sakit kepala.
Hah... pelik tak pelik.. Alang-alang sapu kat kepala, sapu la sekali kat mata kan.. hahah.. Rasa nyaman je.. hahah.. try la.. (akibat tanggung sendiri) heheh..


Tak tau la tu semua memang tabiat ke buang tabiat.. hahah..
pelik ke tak pelik..? 
heheheh
:)


Tuesday, June 14, 2011

BEN ASHAARI : 5 BLOG PILIHAN HATI

Assalamualaikum ~


 Segmen Bro Ben kembali. So apalagi jom join reramai..
Untuk maklumat lanjut & nak join segmen ni, klik banner yee.. :)

Senarai belog yang saya suka

*
*
*

Semua info best-best.. Blog bagi mereka yang serius.. Serius beb !!

Blog sempoi. Entry pasal lelaki perempuan yang boleh buat kita berfikir jauh. 

Suka baca cerita pasal life blogger cantek ni. Life sebagai medic student.. 

Blog dia best, lagi-lagi part menternak lemak. 

Blog ini banyak tips dan cerita best.

Parti tonton Nora Elena..

Assalamualaikum ~

Untuk peminat siri Nora Elena, korang mesti nak tengok kan disebalik pembikinan drama Nora Elena ni. Sekarang, kat tonton.com.my ada Parti tonton Nora Elena. Korang boleh tengok 4 episod terakhir drama ni sekali dengan video bloopers Nora Elena- adegan2 yang dah di cut. Memang kelakar habis. Korang boleh tengok adegan romantik yang tak jadi. Aaron Aziz dan Siti Saleha tersasul-sasul. Aaron buat muka cute. hahaha.. Semua ada..


 kelakar habis time ni.. Aaron tak boleh nak bukak kunci.. haha

 Adegan urut tak jadi

 opsss.. kain terselak.. Siti Saleha pakai seluar pendek rasanya time ni..

 Aaron terlupa nak letak jari dia kat mulut Siti Saleha. Aaron cute time ni..

Muka Aaron tak bleh blah.. Kak Pah lambat masuk.. hahah

Yang takda ID untuk tonton.com.my, don't worry, korang still boleh tonton. Tapi only for 4 episod terakhir Nora Elena. Yang syoknya korang bleh tengok sekali adegan-adegan yang di cut. Memang kompem buat korang rewind and forward nanti. Selain tu korang boleh chat on twitter dengan peminat-peminat yang lain. Syokkan..


Bila dah tengok episod terkini Nora Elena dan video bloopers yang memang sempoi tu, don't forget leave your comment kat ruangan comment.



Okess korang.. tengok kat sini tau Parti tonton Nora Elena . Enjoyysss