Wednesday, March 30, 2011

contest kM: Header Simple Tp Menarik!

Jom join contest..
Ok ! ni latest contest yang aku mau join.
sesape yang rasa nak join same, sila-silalah click contest banner bawah ni.


lepas tu letak header sendiri.
Header tu tak kesah tema apa-apa pun, yang penting simple & menarik

*
*
*


Ni header aku, simple iye, menarik tak tau la..
Owner contest judge sendiri la.
heeee ~

BLOGGER2 yang di tag :



DONE !

Maharaja Lawak Bakal Buat Anda Putus Urat Kentut.?

Assalamualaikum ~

Yeahh ! 2 hari je lagi Maharaja Lawak akan bersiaran. Peserta-peserta yang terlibat memang dah terbukti power bab-bab lawak ni.. Memang kompem mantop lagi meletops punyerrr.. heeee ~ 

Senarai peserta

Alex pemenang tempat ke-3 RL4

Amir pemenang tempat ke -3 RL3

Balas pemenang tempat ke-3 RL5

Jambu gabungan 2 pelawak iaitu Yus (Juara RL1) & Tauke (Finalis RL1)

Jihan pemenang ke-3 RL3

Jozan gandingan mantap Johan & Zizan

Man juara RL5

Nabil juara RL musim ke -2

R2 pemenang tempat ke-2 RL5

Sepah juara RL3

Wai gabungan nama dari kumpulan Kechik (Juara RL4) dan Idlan (tempat ke-2 RL4)
Wan + Achoe +Idlan = WAI

XN3 finalis RL3

Jumaat ni, pukul 10 malam di Astro Warna & Astro Prima.
Hanya 2 episod pertama sahaja akan ditayangkan di Astro Prima yang selebihnya Astro Warna akan jadi penyiar tetap. Saje la tu nak bagi hint sikit. So sape2 yang tak ada Astro Warna tu, sila-sila la langgan yer.. Bagus punya strategy promotion Astro nih..


Bestkan semua peserta.. yang jadi pilihan aku confirm la JOZAN.
Korang..?

Monday, March 28, 2011

Tengok Betul-Betul

Assalamualaikum ~

Malam itu, kami mengambil keputusan untuk makan malam di tempat biasa. Sebelum itu, Ija ada memberitahu bahawa dia ingin singgah di TESCO berdekatan kerana ingin membayar tuntutan bil telefonnya.

"uolls.. singgah TESCO jap heh.. Nak bayo bil jap.."
"ok..i pon ada nak beli barang sikit ni.." balas aku tanda setuju..

Apabila telah mendapat persetujuan aku dan Nik, kami pun singgah la ke TESCO.. Seperti biasa juga, kami mencari parking yang berdekatan dengan pintu masuk TESCO berkenaan.

Selesai parking, kami yang juga mengejar masa, berlalu cepat meninggalkan kereta dan masuk kedalam TESCO. Niat dihati ingin membeli apa yang patut sahaja, tetapi niat kami terpesong oleh kerana hasutan syaitan nirojimm.. Habis duit aku !!

Selepas segalanya selesai, kami yang juga memang kelaparan bergegas ke kereta. Dikepala masing-masing sudah memikirkan menu yang ingin di makan pada malam itu.

Sesampai sahaja dikereta, kami terkejut kerana kereta kami yang sebenarnya kereta pinjam, remuk seperti di langgar.

" Eh ni kesan kena langgar semalam ke..?" tanyaku meminta kepastian.
" Eh.. tak la.. semalam tak sampai macam ni pun.." balas Ija cuak. (yelaa.. kereta pinjam kott)
" Perghh.. mati la.." kataku sambil membelek2 kereta tersebut.. teruk wooo ~
" Kenapa kita sejak2 ni macam suey je.. semalam pun kena langgar jugak.." kata Ija mengingatkan kejadian accident pada hari sebelumnya.
" Tadi ok je.. ni baru kena langgar tadi ni.. Masa kita kat dalam.." Sampuk Nik.
" Pergghhhhhh!!! siot betul la sapa yang langgar ni.. Kuang Hajarr !!" marah Ija bercampur cuak.
" Kereta sebelah ni kot Ja yang langgar.." Nik cuba membuat andaian..
" Ce tengok belakang kete tu.. kemek tak..? " sampuk ku bersungguh-sungguh.

Belum sempat Nik berlari anak melihat belakang kereta tersebut, Ija bersuara..

" Bukan babe..kereta yang langgar kaler len.. " sambil menunjukkan kesan warna merah di kereta berbanding warna kereta yang dituduh iaitu silver.

Suasana hening seketika.. Masing-masing memikirkan bagaimana mahu menyetelkan problem berkenaan. Segala jenis perasaan berkecamuk. Kami buntu. Bagaimanalah ayat yang sesuai untuk kami sampaikan kepada tuan punya kereta nanti.. matii !!!

Tu satu hal.. Belum lagi kerugian yang bakal di tong-tong oleh kami bertiga nanti.. Tengok dari kesan perlanggaran tersebut, kerugian boleh dianggarkan beratus-beribu..UWAAAA ! mana aku ada duit...!!

Apabila sudah hampir 10 minit kami bertiga sugul.. tiba-tiba aku ingin bersuara

"Copp.. ni kereta kita keeee..??"
Ija dengan pantas bergerak seperti mecari sesuatu. " bukanlahhhhh !!!" balasnya sambil terus berlari kearah kereta yang sebenar.. ( selang 1 kereta dari kereta yang remuk tuu)

Dari kejadian tu sampai ke kedai makan sampai ke bilik.. kami ketawa je mengingatkan kesengalan kami bertiga. Kami bertiga kot.. Kenapa sorang pun tak terfikir nak tengok nombor plat ke, keadaan dalam kereta ke kan.. ahhaha.. Kalau sesorang tu, boleh accept lagi la.. Lagi satu, ktorang stay blur ada la dalam 15 minit.. lama giler.. Dalam masa tu, sorang pun takda yang dapat cam itu bukan kereta kami sebenarnya.. Tapi seyes.. kereta sejibik sama.. cara parking pun sama !! SURATAN @ KEBETULAN.. ??..

p/s: Lain kali tengok betul-betul.. takmo serkap jarang je.. nanti malu sendiri.. kuikuikui

Sunday, March 27, 2011

Buka Mata, Buka Hati Wahai Manusia Jahil

Assalamualaikum ~

Ok ! tadi aku accident. Alhamdulillah, aku dengan member-member yang lain selamat. Nasib baik Ija selaku driver ktorang boleh kawal kereta dengan baik. Kalau tak memang aku tak tulis entry ni sekarang. Satu benda je terlintas kat kepala aku lepas kejadian. Allah semacam ingin memberi peluang kepada aku untuk memperbaiki dan memperbetulkan diri yang jahil ni. 

Ya.. bukan sekali, tapi banyak kali terjadi perkara yang membuka mata. Tapi manusia yang jahil ni hanya tercelik sebentar sahaja. Semakin masa berlalu, semakin melupakannya. 

YA ALLAH..
aku memohon kepada-Mu, rahmat dari sisi-Mu. Dengan rahmat-Mu Engkau menerangi hatiku. Dengan rahmat-Mu Engkau mengumpulkan dan memudahkan urusanku. Dengan rahmat-Mu Engkau balikkan sesuatu yang tiada dariku. Dengan rahmat-Mu Engkau Angkat kesaksianku. Dengan rahmat-Mu Engkau sucikan amalku. Dengan rahmat-Mu Engkau ilhamkan kedewasaanku. Dengan rahmat-Mu Engkau kembalikan sesuatu yang hilang dariku. Dengan rahmat-Mu Engkau jaga aku dari segala keburukan.

YA ALLAH..
kurniakan kepadaku keimanan dan keyakinan yang tidak ada kekufuran lagi setelahnya. Ya Allah kurniakan kepadaku rahmat, yang dengannya aku memperoleh kemuliaan-Mu, di dunia dan di akhirat. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu keberhasilan dan keberuntungan dalam takdir. Dan pertolongan dalam menghadapi musuh.


p/s: thank you kat member-member yang sudi tolong. Sangat-sangat appreciate ape yang korang buat. friends for ever. Sayang uollss..

Saturday, March 26, 2011

Bangun Tengahari

Assalamualaikum ~

Selamat pagi semua.. ehh.. err.. selamat tengah hari semuaaaa..
Hari ni cuaca memang nak buat aku tido sampai petang. Gelap je. Dari subuh hujan, sampai sekarang (12.30pm). Sejak dua menjak ni Penang dah macam Cameron Highland dah sejuk dia. Hehehe. Tipu je, tapi seyes sejuk. Tak macam selalu panas yang amatkan. Tapi ok la, tido dah boleh pakai selimut balik. hahha..

Hari ni buat kali yang keberapa ntah aku bangun tengah hari. Gila betol. Kalau mak ayah aku tau ni memang kena flying kick ni. Secara umumnya la akan, kat sini takdanya orang yang akan kejutkan pagi-pagi kecuali kalau ada member yang sama kelas pagi tu. Tu pun ketuk pintu dan tanya

"uols pergi kelas tak" tanya dengan muka mamai seribu
"dah pukul berapa ek?" tanya aku mamai juga sambil melirik mata kat roommate yang masih dibuai mimpi
"kul 8 dah" balas beliau (tapi kelas pukul 8 padahal)
"owh.. malas la" balas aku confident
"ok" 
"babe, sain kan attendant akuuu.."
"orite"
aku tutup pintu dan tarik selimut balik.

haaaa ~ nampak tak kat situ. takda unsur paksaan langsung. Ce try kat umah. Mak gegar pintu bilik tau. Selagi kita tak bangun, selagi tu dia membebel. Ayat yang memang aku kenal "anak dara tidur sampai tengahari, nak jadi ape ntah" padahal baru subuh kot.

Istilah breakfast kat sini memang jarang2 digunakan. Kalau bangun pagi pun, tak sempat punya nak breakfast2 ni. Terus pergi kelas. Tu pun sebab memang dah lambatkan. Seingat akula kan, pernah jugak breakfast dulu kat sini, tu pun masa mula-mula sem 1 dulu la.. Sekarang.. HARAMMM ~

Faktor-faktor yang menyebabkan bangun tengah hari ialah tidur subuh sebab settlekan assignment. Mana pernah aku tidur pukul 12am kebawah. Selalu memang pukul 3am la yang paling awal. Tak pun 4am ke 5am ke kan. Yang paling tragis tak tidur langsung, terus pergi kelas and esok nya topup tidur la konon. tu yang tidur tak hengat lepas tu. Korang-korang yang student macam aku mesti pernah rasa benda-benda gini. Ke aku je gini.? hahahah..

Friday, March 25, 2011

Kau sendiri pilih, Syurga ke Neraka

Waaa.. dah macam trend kan sekarang, asal ada problem je bunuh diri, asal ada bunuh diri je ada problem. Hishh.. Pelik aku dengan manusia yang ada otak, tapi tak pandai nak guna. Sia-sia je Tuhan bagi otak. Kang kalau Tuhan tukar otak orang yang tak pandai guna otak ni dengan otak lembu kang, baru harok.

Apa yang ada pada fikiran manusia-manusia yang memilih jalan singkat ni sebenarnya ek..? Kau pikir bila dah bunuh diri, kau akan relax je ke hape..? Kau ingat hidup kau akan tenang dari semua masalah..? Ke kau ingat masalah kau akan selesai gitu je..? Kalau jawapan kau "YA" memang sah kau la orang yang paling bodoh dan bangang dalam dunia..

Ce try kau pikir panjang sikit. Kemana kita lepas mati ke..? Macam mana perasaan mak ayah ke..? Kalau bunuh diri ni nanti jadi hantu ke.? Ini tak.. ikut kata syaitan je.. Last-last bila kau dah mati, syaitan buat parti besar-besaran, celebrate kau punya kematian. SUKA ?!.

Kau ingat boyprend/girlprend kau akan rasa menyesal ke tinggal kan kau..? ntah-ntah lagi dia pikir
"nasib baik gua mintak clash dulu, tak nak gua kapel dengan orang bangang." 

Kau ingat bila kau dah bunuh diri, orang sekeliling akan cakap
"bagus budak ni.. sanggup korbankan diri" 
                                ke
"kesiannya dia.. Ya Allah, ampunkan dosanya"


Takde maknenya.. Kemungkinan yang orang sekeliling cakap bila kau dah bunuh diri,
"adoyai.. sengal melantun-lantun budak nih"
                             tak pun
"neraka..neraka..neraka.."
                             tak pun
"bodohnya dia !!"

Kalau syaitan plak, ofcos la
"WELCOME TO NERAKA BEBEH !"


So fikir-fikirkan la. Dugaan dan seksaan kat dunia ni tak sehebat di akhirat kelak. Membunuh diri adalah haram dan berdosa besar. Kita kat dunia sementara, kat akhirat la selama-lamanya. Aku tak dapat bayangkanlah kehidupan manusia-manusia yang membunuh diri di akhirat nanti.

Ketika allah cinta pada seseorang maka Ia akan mengujinya.

Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya 

Tak Suka !

Esok presentation English..
uwarrghhh seyes tak suka!
Alasan tak suka..?

1st sebab English aku still di takuk lama
2nd apa-apa yang berkaitan performance, presentation ni memang aku tak suka
3rd tak suka, tak suka, tak suka..

Hope semua berjalan lancar
Perasaan sekarang ni ialah
tak sabar tunggu hari esok sebab nak settlekan semuanya
tapi dalam masa yang sama tak nak lalui presentation esok
errr.. korang paham..?


~ ITULAH PENTINGNYE ENGLISH EDUCATIONNNN ~