Saturday, February 5, 2011

contest --> kami pose paling comey ~ ^^

nak kata tak da keja, banyak keja sebenarnya.. assignment tu tengah beratur haaa.. tapi, macam banyak masa je masuk contest2 ni.. hehehe.. alaaa.. lagi pun bukan susah pon...


cute kan contest ni.. heheh.. dah nama pun pose paling cumil kan..
disebabkan aku ngan member2 aku yang len memang suka gila bergambar & pose,
so, apalagi.. menyemakkan la diri kat contest ni..

taraaaaa ..

hikhikhik..
dah..dah..tak payah cakap lebih2.. kami tau kami cumil ..hahahah.. (tetttttt.. o.O" )

kenapa ekau join contest ni..?
 saya join contest ni sebab price dia..perghhh.. best gile.. :)

saya tag:


for more information pasal contest ni
click SINI


Thursday, February 3, 2011

semut BRUTAL ~

before balik cuti Chinese new year hari tu, USM ada buat rehearsal kebakaran kat desa (hostel) aku.. Tapi ktorang tak panik pun. sebab roommate aku dah perasaan ada rehearsal tu kat blok dak laki time dia tengah sidai baju pepagi buta tu. so memang confirm diorang akan buat rehearsal kat blok dak pompuan jugak.. ktorang yang memang kepochi ni pun sampai2 kan lah berita ni kt jiran tetangga.. ekekek.. so standby la ape2 yg patut.. ada gak antara ktorang ni yang malas nak turun.. termasuklah aku.. konon2 nak pura2 tidur je.. tapi bila fire alarm tu berbunyi cancel plak plan, sebab mamat2 bomba ke hape ntah dah terjah bilik memasing.. siap ketuk nak kasi pecah la pintu suruh ktorang turun.. ktorang pun turun la dengan muka ketat.. heheh (eksyen je tu..)

tapi aku bukan nak cerita pasal rehearsal tu, tapi pasal sejenis binatang yang menggangu ktorang satu desa pagi tu..memang jadi topik gak la pepagi buta tu.. masa dengar taklimat tu sorang member aku ni tetiba mengelatat kesakitan.. terus dier tunjuk jari dier kat aku.. aku tengok macam ada something. tapi gelapkan time tu.. suluh dengan lampu hanset pun tak bape nampak.. "maybe penyengat" kata member aku yang sorang lagi ni.. member aku yang kesakitan ni try la buang, tapi benda tu melekat kat jari dia. last2 aku jentik je benda tu.. lepas jentik tu jari member aku ni terus berdarah.. agak risau gak la.. benda ape tu.. takut ada efek apa2 je nanti.. ktorang fikir settle dalam bilik je nanti..

dijadikan cerita, abis je taklimat semua berebut nak balik bilik memasing.. semua dak2 memang kena lalu satu tangga ni la untuk ke blok.. masa tengah ramai terpusu2 kat tangga tu, tetiba keadaan panik sekejap.. mula2 aku ingat ada budak yang pengsan kat tangga tu, tapi rupanya masing2 tengah melarikan diri dari terkena gigit ngan satu binatang ni haaa.. diorang kata semut.. semut apa yang gigit sampai macam tu sekali.. memang blur la aku time tu.. ramai yang kena gigit gak time tu.. menjerit2 diorang.. 

sampai je bilik, member aku yang jari dia sakit tadi bagitau yang dia dah tahu ape yang buat jari dia berdarah. dia kata semut kelingkiak.. hahhh..?? semut kelingkiak?? tak pernah dengar pun... dia tunjuk semut tu.. tapi badan je..kepala dah tak ada.. pastu dia tunjuk plak kaki dia yang berdarah.. kena gigit gak. 

"agak brutal semut ni ye.. aku ingat semut kerengga dah brutal.. rupanya ada spesis semut lain yang lagi brutal.. nasib baik aku tak kena.."

lepas kes tu, macam2 nama la aku dengar tentang semut ni.. kelingkiak la, cengkiak la, cerengkiak la.. kekonfiusan pun timbul.. search google rupanya kongkiak... tapi tak tau la kalau tu pun salah.. so  terbaca la skali pengalaman2 orang yang pernah kena gigit ngan semut kongkiak ni jugak.. memang agak tragis la.. 

picture from google

so, lepas ni beware.. semut bukan sebarang semut.. kalau kena meleleh air mata wooo.. huhuhu.. 

Tuesday, February 1, 2011

visit nenek kat kem PLKN Pagoh Muar

hahahha.. apsal gelak..? takda la.. nenek yang dimaksudkan ialah adik pompuan aku, Nadhirah..

ktorang satu family bertolak pagi.. sejuk gler mandi pagi tu.. yelaa.. umah aku mana ada water heater tu.. ktorang mandi guna air dalam baldi jerkk.. kesejukkan tu disokong plak ngan cuaca yang memang hujan memanjang.. perghh.. nak tak nak kena pergi jugak la.. rindu kan.. actually ktorang pon mau pergi majlis kahwin kat kota tinggi. alang2 sampai kota tinggi nanti, nak cari KFC sekali.. nenek ngidam KFC plak.. ktorang lalu highway.. cepat sikitkan.. lagi pun ayah memang nak lalu highway.. takut kalau lalu dalam nanti banjir katanya.. yelaa.. memandangkan dah berapa hari hujan non stop.. kemungkinan banjir sangat besar ye kat kawasan dalam.. sampai je kat kota tinggi, memang ayah tepat 100%.. air dah naik.. memikir la jugak ktorang macam mana nak pergi majlis kahwin tu.. last2 tak jadi.. so, terus ke destinasi seterusnya iaitu kem nenek kat pagoh.. before tu cari KFC dulu.. jumpa, tapi lupa plak KFC kat mana.. hikhikhikk.. disebabkan kebuluran dan memang waktu lunch time tu.. aku & adik aku, aiman makan KFC tu sikit.. hahahhah.. lapar dowh.. hujan kan ( aku pun tak tau apa kena mengena hujan dengan kelaparan)..

hujan lebat yang amat

KFC untuk nenek

maman boncit asyik ngadap psp dier dari start masuk kereta sampai keluar

Sampai je kem nyer, ktorang tak boleh parking kereta kat dalam.. memang payah la sebab hujan.. jauh kot nak masuk dalam.. habis basah semua mekap i.. hakhakhak.. jumpa nenek macam dalam cite jejak kasih pulak..bajet setahun dah tak jumpa, padahal sebulan jer..sebulan pun lama pe..heheh..sampai kat tempat stratigik, ktorang pun makan bersila kat situ.. makan KFC yang dah duduk dalam kereta sejam yang lalu + air hujan sikit.. hakhakhak.. dekat 2 jam jugak borak2.. masa nak balik tu still hujan lagi.. aku pon tido dalam kereta.. celik je dah sampai rumah.. magik btollll...

nenek dah demok !!

 nenek ngidam KFC

 nenek kata dier belajar buat ni..

 maman always dengan psp dier

 kami adek beradek.. heee ~

sayang dia..

Thursday, January 27, 2011

Senarai tv series omputih yang mesti follow

Siapa yang tak suka tengok tv kan.. Aku ni antara yang termasuk dalam list2 orang yang hantu tv..Tapi bila duduk kt usm ni jarang2 aku tengok tv.. Bukan takda tv.. tp kemalasan mau turun ke bilik tv.. hehehhe.. so duduk bilik je on9.. Tapi kalau kat rumah, memang jadual aku penuh dengan aktiviti menonton tv jer.. lagi2 kalau cuti sem.. hehehe.. bak kata ayah melekat kat depan tv jer..

Kat sini ada la beberapa senarai tv series yang best dan aku follow..


1. SUPERNATURAL

Series ni memang antara series terfeveret la.. Suka tengok gelagat 2 orang beradik ni.. Satu perkataan untuk series ni --> KELAKAR.. heheh.. Kadang2 ada terdetik jugak kat hati series ni mengarut.. mane taknyer, story sangat bercanggah dengan pemikiran dan agama.. memang sesuai sangat series ni hanya untuk tontonan 18 tahun keatas.. takut kalau adik2 yang bawah umur tengok timbul keconfiusan pulak nanti.. Story nya mengenai 2 orang beradik iaitu Dean & Sam Winchester memburu hantu dan syaitan.. Tapi tak seram pun.. hehhehe

2. AMERICA'S NEXT TOP MODEL
Series ni memang aku follow dari dulu.. Dari season 1 sampai la season 15.. Dari pemenang season 1, Adrianne sampailah Ann Ward yang terlajak tinggi tu.. hehehe.. tapi dalam banyak2 pemenang, aku suka Naima & Saleisha.. Aku suka series ni sebab suka tengok gelagat2 peserta.. Macam2 jenis perangai.. omputih ni memang open dari segala hal contohnya kalau nak marah, marah je terus, tak payah nak simpan2 dalam hati.. Pastu suka tengok teknik shooting.. dan final photo....

3. CSI MIAMI


Series ni memang penuh dengan teka-teki kat setiap episod.. Tiap kali tengok mesti kena mengadap dari start cerita, kalau tak memang tak best.. tak paham nanti full cerita.. Suka tengok pakar2 forensik tu kerja.. Macam style je.. heheh.. tapi dah tak boleh nak set jadi cita2 dah.. hahahha.. forensik art pon ok gak kan... Series ni mengisahkan tentang pasukan forensik yang selesaikan masalah jenayah disekitar Miami. Aku ada compare series CSI, ada banyakkan, CSI New York, CSI Las Vegas..tp memang CSI MIAMI ni la yang paling best.

4. KEEPING UP WITH THE KARDASHIANS


Sebelum tengok series ni, aku tak kenal pun siapa tu KARDASHIANS.. heheh.. Tak dinafikan series ni memang penuh ngan sifat kekeluargaan.. standard family omputih.. memanglah tak sama ngan cara family kita yang melayu ni.. Pada aku cara anak2 dalam family ni respect parent @ orang yang lebih tua agak macam tak best.. maybe culture mereka begitu.. Tapi apa2 pun series ni memang sangat2 enjoy untuk di tonton..

5. KIMORA: LIFE IN THE FABE LANE

Impian aku nak jadi macam KIMORA ni sebenarnya.. Siapa tak nak kan.. kaya, bahagia, berpengaruh.. best!!.. series ni memang aku tak pernah lupa.. tengok ulang2 pun takpa.. heheheh.. boleh belajar2 macam ne nak jadi CEO.. wakakka.. ade ke.?


6. FRIENDS

Cerita ni aku tengok dari zaman sekolah lagi.. Tapi Astro selalu buat ulang tayang balik.. Series ni memang sangat best.. Tengok banyak kali pun tak pernah boring. Salute kat semua pelakon yang memang kelakar habis.. Lagi2 watak Ross.. memang kelakar dengan muka sengal dia tuh.. hahah.. Suka sangat2 bila dia jemput pelakon2 fofular untuk watak sampingan.. Cerita ni mengisahkan tentang 6 orang kawan baik yang menjalani kehidupan di bandar NewYork.

7. PROJECT RUNWAY


Series ni best sebab dia pasal fesyen.. walaupun aku ni takda la tau sangat pasal fesyen.. tapi aku suka sebab dia menguji ke'kreatif'an peserta .. macam2 style ada..

8. SMALLVILLE


Superman versi tv series.. Tapi tak pernah pulak nampak hero dia pakai spender kat luar..hehe.. Selalu tengok cerita ni kat tv3.. Sekarang ni dah ada balik dah.. season 10 kalau tak silap la.. Tak sempat nak tengok lagi sebab ada kt USM.. Cerita ni tentang seorang lelaki bernama Clark Kent yang ada super power.. Alaaaa.. lebih kurang movie Superman tu..

9. AMAZING RACE

Dari yang international sampai yang Asia aku tengok.. Selain tengok dia berlumba, boleh tengok negara orang.. Tak dapat pergi melancong oversea, tengok kat tv pon jadilah.. tengok budaya orang.. Kalau tengok yang Asia punya memang sokong malaysia la.. heheh.. teringin masuk game2 macam ni.. Macam best je.. Masa orentasi USM dulu ada jugak buat game2 maca
m ni.. tapi macam jela..hehhehe..


10. SURVIVOR

Series ni lebih kurang Amazing Race jugak la.. Tapi nampak mencabar sebab duduk hutan.. survive nak hidup.. huhuhu.. Kalau aku memang sangat mencabar.. Tapi cara penyingkiran peserta dia best.. Kalau yang lain biasanya penyingkiran dibuat melalui judges atau pun peserta sendiri yang kalah, tapi Survivor penyingkiran dibuat oleh kawan sendiri..Time tu la boleh
tengok siapa yang belot.. hehehhe..

11. THE VAMPIRE DIARIES

Ingat kita je ke ada diari.. Vampire pon ada tau.. ekekek..Cerita ni yang best sebab ada vampire.. ala2 Twilight.. siap ada wolf lagi sekarang tau.. cerita ni ada sikit2 macam Supernatural, mengenai paranormal.. memang best.. Cerita ni tentang cinta tiga segi seorang gadis bernama Elena (manusia) dengan 2 orang beradik vampire yang mana si abang vampire ni jahat.. Tapi aku lebih suka si abang ni..walaupun jahat.. heee~

12. WIPEOUT


Pada mereka yang berhati kering silalah tengok series ni, kompem basah nanti hati tu.. series yang lebih kurang series ISTANA TAKESHI tapi versi omputih..Kalau tengok series ni memang tak sah kalau tak ketawa berdekah-dekah.. memang agak menghilangkan stress.. tak percaya..? try tengok..

13. THE BIGGEST LOSER


Series ni memang sesuai untuk aku yang mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi dan malas bersenam untuk mengamalkan cara hidup yang sihat dan betul (walaupun aku tak pernah ikut pun cara senam dan pola pemakanan dalam series ni sebenarnya). Aku suka tengok peserta yang bersungguh2 bersenam untuk slim dan akhirnya berjaya slim dan sihat seperti yang di impikan. Aku suka time mereka buat compare before and after.. Memang ternganga gak la aku..


14. THE BACHELOR


Ingin mencari pasangan impian..? Try la masuk THE BACHELOR ni.. heheh.. Actually series ni tak berape nak sesuai dengan budaya melayu kita.. Yelaa.. sesuka hati je nak usung2 orang kesana- sini kan.. Tapi quite fun jugak la..bukan fun bab usung2 tu. tp suka tengok perangai dan gelagat mereka2.. kita boleh nampak siapa jujur dan siapa tak.. tapi atas kajian aku..(cehh..) kebanyakan peserta tak lama pun dengan pasangan pilihan tu.. tak caya..? ce'try' google..

15. MASTER CHEF

Antara rancangan masak-memasak yang wajib tonton.. walaupun asalnya mereka2 ni biasa2 je bab masak2 ni.. tapi setiap episod boleh nampak improvement kat setiap peserta... huhuh.. kagum sambil set dalam hati 'diorang boleh, aku pun mesti boleh..' heheh..





* sekadar pandangan dan pendapat peribadi ~ :)

Tuesday, January 25, 2011

1 malaysia.. weeee ~

Lama tak update blog ni..
tetibe je rasa macam nak tulis something..

baru-baru ni aku dan member ada pergi tengok sambutan perayaan Thaipusam..
tengok je hokeh.....

Plan asal kami2 ni nak pergi window2 shopping kt satu pasar terbuka kt Penang ni (yang di uar2 kan agak fofuler la kt Penang ni..) maybe bukan rezeki kami, separuh dari kedainya tutup sebab beri peluang untuk sambutan Thaipusam (agaknyer la) yang di adakan kat kawasan tu.

so.......
memandangkan dah terlanjur kat situ member2 ni ajak la usha perayaan Thaipusam ni..
mula2 memang aku agak teragak2 jugak la nak singgah.. yelaaa..mane pernah tengok perayaan ni dari dekat.. kat tv pernah la.. tapi atas pujukan dan perasaan ingin tahu, aku pergi la jugak.. aku bukan apa.. just ke'ngeri'an je bila tengok orang kena cucuk2 ni... tapi ok jugak kalau singgah sekejap.. dalam hati pun kate boleh jugak nak shoot2 photo.. tapi bila sampai je kat tempat kejadian, tak sanggup plak nak shoot.. hahha.. ngerii wooooo ~
lagi la pulak hati aku ni besor kuman je kan...
last2 member aku yang shoot.. tu pun tak banyak.. kami2 lebih memerhati suasana sekeliling.. melihat adat dan budaya mereka..




picture kami2 perlu ada hokeh.. photographer : ijaceksi


Last2 time nak balik kami2 terpaksa lalui jalan yang jem amat.. hahaha..
rasakan.. padan muka..

padahal sebelum pergi memang dah tahu jalan memang akan jem gila..



^_^

Monday, September 13, 2010

SELAMAT HARI RAYA

selamat hari raya aidilfitri sumeee~~
mohon ampun & maaf jika
TERkasar, TERlawan,TERgaduh, TERkutuk, TERjerit, TERgedik, TERngumpat, TERbohong, TERambil, TERover, TERbuat tak tahu, TERjeling, TERsepak, TERpijak, TERmarah, TERtinggi suara & macam-macam lagi TER la.. heheh.. SALAM AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR & BATIN..^_^"


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

^.^

Friday, August 27, 2010

special people from japan~~ :))

Pada 24 - 26hb aritu, USM telah digemparkan dengan berita jepun telah mendarat di Bakti Permai iaitu salah satu desasiswa (hostel) di USM.. tapi kali ni mereka dah tak bawak senjata dh.. heheh.. diorang datang dengan penuh keramahan & senyuman... Best layan diorang ni.. diorang semua dari Ritsumeikan Asia Pasific University, Japan (APU). Kami warga Bakti Permai mengatur schedule yang paling best untuk diorang.. huhuhu.. Seramai lebih kurang 38 orang student jepun menginap di Bakti Permai. Dan yang paling bestnyer diorang semua duduk kat bilik-bilik student usm ni (kira mcm tumpang bilik la..) Macam bilik aku, mereka menempatkan seorang student jepun ni.. nama dier Nana Otsu.. So selama 2 mlm aku ngan nik kene share katil (sbb Nana tidur kat katil aku).. Nana memang best.. mula2 nampak macam pemalu sangat tapi lelama ok la.. yang penting dier cute & sporting.. :))


nik. nana & me

depan bilik kami~~ :))

saori, saya & nana

thip nyebok..hahahha

yeah kitorang berposing ngan t-shirt pemberian diorang... ekekek

peacee~~


bersama dikoridor

>_<"