Saturday, August 13, 2011

Persiapan masih zero

Assalamualaikum~

Sekejap je dah hari ke 13 umat Islam berpuasa. Tak lama lagi dah nak raya. Tapi aku tak prepare apa-apa pun lagi. Baju raya tak beli lagi, kuih raya tak buat lagi, kad raya belum design. Apa-apa pun preparation untuk raya memang zero lagi la. Sekarang ni tengah mencari mood kerajinan untuk membuat semua perkara tersebut.

Dan dah hari ke 13, tapi kaki ku tak jejak lagi bazaar ramadhan. Punya la kesian. Bukan tak pernah buka puasa made in bazaar, pernah je tapi orang lain la yang pergi. Aku? duduk rumah je. Malas oh nak bersiap pergi bazaar. haha. Aku selalu order je. Pakai mulut je, so takda la penat sangat. (sila bagi penampar paling power untuk si pemalas ni)

gambar disonglap dari google

Lagi pun aku tak berapa digalakkan ke bazaar, kerana di kuatiri akan membangkitkan nafsu serakah amalan syaiton nirojim kat bazaar tu nanti. Semua makanan aku nak nanti. Bukan setakat makanan, dikuatiri juga mamat-mamat jambu yang jual air jambu pun aku nak juga. haaa.. baru ko tau kronik tak kronik nafsu serakah aku. -..-" So aku lagi rela mengadap makanan yang sedia ada dirumah sahaja. Makanan terjaga, sikap terpelihara. haha.

Dan time-time macam ni, aku juga sepatutnya dah buat persiapan untuk pulang ke Penang. Seram bulu roma aku bila cakap pasal balik Penang. haha. Cuti 4 bulan sekejap je pun. Tak lama, pejam celik pejam celik dah 4 bulan. Jejak je Penang nanti, takda la istilah bermalasan terus-terusan. Ntah-ntah masuk je kelas pertama, lecture dah prepare assignment.

Ok la korang.. nak siap-siap berbuka puasa kat luar ni.  Orang nak belanjakan. so belasah !!

Bye !

p/s: kena rushing beli tiket balik Penang ni. Kalau habis tiket, jalan kaki la aku nanti. 




thank you sudi baca..:)

4 comments:

Urzain Hussain said...

rajin2 lah uat kuih tuh ..
tolong mama kamo0..^^

Ain Atika Zailani said...

hehe...kalau tiket habis kena lah kayu basikal...seronokny dapat buka puasa kat umah..kite kat kampus lagi..raya baru balik..sobss=(

Nabila Wahab said...

@ urzain hussain : insyallah nanti rajen la tuh.. hahahah

Nabila Wahab said...

@ Ain Atika Zailani: mmg sronok.. dh lme rsenye x puasa kat umah.. :)