Tuesday, July 19, 2011

Tamat sudah kisah Daim

Assalamualaikum ~

Akhirnya selesai juga drama feveret ramai Juvana. Drama yang pada mulanya dianggap tidak sesuai ditonton kerana memaparkan adegan ganas, buli dan gangster yang ditakuti dapat memberi impak buruk kepada kanak-kanak atau remaja yang menonton. Apa-apa pun panduan dan bimbingan ibu bapa penting. Lagi-lagi bila ada remaja yang suka dengan ke'brutal'an dan 'cool' nya watak botak. Tidak mustahil boleh terpengaruh. 

Ending yang boleh di katakan 'surprise' bila Cikgu Azmee bertukar watak. Yang penting aku suka bila last-last Cikgu Arifin yang baik. heheh.. Happy ending.. Walaupun nampak klise tapi memang hampir semua penonton setia Juvana inginkan drama tersebut berakhir dengan yang jahat mendapat pembalasan yang setimpal dan sebaliknya.

Walaupun tiada unsur-unsur percintaan yang diselitkan, tapi Juvana berjaya juga memikat hati penonton. Yelah, kadang-kadang bosan juga jika sering ditadah dengan kisah cinta je kan. Sesekali kisah-kisah kehidupan macam ni, boleh juga kita buka mata. 

p/s: 10 tahun kemudian botak jadi ape..? peninju..? seswai sangat la tu.. 

No comments: