Thursday, July 28, 2011

Singa pura-pura

Assalamualaikum ~

Tamat sudah perlawanan Malaysia vs Singapura. Walaupun Malaysia tewas kepada singapura, tetapi Malaysia sudah bermain sehabis mungkin. Tahniah kepada keeper Khairul Fahmi Che Mat dan Safee Sali. Korang memang yang terbaik antara yang terbaik. Adat permainan ada menang ada kalah. Mungkin ini bukan rezeki kita

Agak bengang dengan corak permainan Singapura yang sangat suka berpura-pura di padang. Melengah-lengahkan masa betul. Sangat annoying oke. Huh !



p/s: Yang pasti harimau Malaya tetap dihati.




thank you sudi baca..:)

Apa sudah jadi jejariruncing vs Khairul Fahmi?

Assalamualaikum ~

Aku rasa semua orang dah tau kot pasal hal Jejariruncing vs Khairul Fahmi. Haiyoo.. Apa dah jadi..? Khairul Fahmi memang dah lupa daratan ke..? hahah.. macam klakar pula bila orang cakap Khairul Fahmi dah lupa daratan, bila masa pulak dia duduk dalam air nyeew (ok ! lawak bodoh)

Adat bertunang, memang banyak dugaan. Aku belum bertunang la, tapi ramai orang cakap macam tu. Cuma cara kita menyelesaikan masalah dan dugaan menjadi penentu samada hubungan akan terus kekal atau sebaliknya. So cara terbaik ialah komunikasi semasa sendiri. Dan cara yang amat salah ialah mengexpose masalah dalaman kepada umum.

Aku tak sokong siapa-siapa pun. Aku tak kenal pun jejariruncing ke, Khairul Fahmi ke (selain dari tiang penjaga gol). Dan yang pasti diorang lagi la langsung tak kenal aku. Tapi kalau hanya melihat gambar Khairul Fahmi dengan perempuan lain, tak semestinya dia berscandal. Aku tengok gambar tu biasa je. Khairul Fahmi takdalah lebih-lebih dengan perempuan tu. Maybe perempuan tu peminat dia dan berborak pasal bola je. Mana tau kan..


Dan cara Jejariruncing melepaskan kemarahan pada umum aku rasa amat salah. Kalau orang lain kurang hajar dengan MAK AKU, ofcos aku pun hangin. Siapa tak hangin kan.. Then memang tersembul punya ayat "KAU INGAT KAU SIAPA NAK KURANG AJAR DENGAN MAK AKU" dari mulut. Lagi la bila yang kurang hajar tu tunang/pakwe/makwe, mau tak sentap. So sedikit sebanyak aku paham jugak la perasaan jejariruncing time tu. Tapi tak perlulah di uar-uarkan kepada umum. Lagi-lagi la dia bertunangkan orang popular. Memang semua orang akan tau. Malu kot nanti Khairul Fahmi.


Apa nanti orang kata, time manis bercinta punya puji melambung-lambung, canang kisah cinta bagai tapi bila ada problem di canang pula perkara buruk dan mengaibkan. Sangat tak best. Memalukan diri sendiri kot aku rasa. Agak-agak nanti kalau dah berbaik semula, tak kemalu dengan diri sendiri nanti. Ayat tak bleh blah "ingat sikit dari mana kau datang". Sangat sinis dan makan dalam. Perlu ke cakap macam tu pada kekasih atau tunang sendiri..?

Itu sekadar pandangan dan pendapat aku je. Takda niat mau kondem sesiapa. Aku doakan hubungan jejariruncing dan Khairul Fahmi akan sentiasa baik dan sampai ke jinjang pelamin. Aminnn..

Bye !

p/s: Khairul Fahmi jangan nak buat hal jadi tiang gol je malam ni oke !




thank you sudi baca..:)

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

Assalamualaikum ~


Macam biasa, aku tak akan jadi org yang first untuk join segmen Bro Ben.
Apsal yang lain pantas sangat ek..?
kepelikan aku.. =--="

Yang lambat jugak tu nak join klik banner atau SINI
heeeee ~


thank you sudi baca..:)

Wordless Wednesday | Good Luck Harimau Malaya

Assalamualaikum ~






thank you sudi baca..:)

Wednesday, July 27, 2011

Fakta menarik disebalik kematian Amy Winehouse

Assalamualaikum ~


Dulu aku pernah tengok satu dokumentari kat Channel E!. Aku lupa tajuk dokumentari tu, tapi lebih kurang macam " Most Shocking Hollywood Curses" la. Memang banyak senarai-senarai "kononnya" ia adalah sumpahan yang berlaku di Hollywood. Then ada la satu sumpahan ni, ia mengenai artis-artis Hollywood yang mati pada usia 27 tahun. Siap ada list tau, kira ramai la jugak. 


Ramai artis hollywood yang mati pada usia 27 tahun. Dan kebanyakkanya disebabkan oleh dadah dan arak. Adakah perkara ini ialah satu kebetulan atau memang sumpahan..? Antara artis Hollywood yang mati pada usia 27 tahun: 


1. Brian Jones (28 February 1942 – 3 July 1969)
    Sebab Kematian : Lemas dalam kolam renang.


2. Jimi Hendrix (November 27, 1942 – September 18, 1970)
    Sebab Kematian : Keracunan apabila mengabungkan pil dengan arak (wine)


3. Janis Joplin (January 19, 1943 – October 4, 1970)
    Sebab Kematian : Overdose herion


4. Jim Morrison (December 8, 1943 – July 3, 1971)
     Sebab Kematian : Kegagalan jantung


5. Kurt Cobain (February 20, 1967 – c. April 5, 1994) 
    Sebab Kematian : Bunuh diri


Actually ramai lagi artis Hollywood yang mati pada usia 27 tahun . Try check 27 Club. Dan masa tengok dokumentari tu, mereka ada senaraikan artis-artis Hollywood yang mengamalkan cara hidup tidak sihat dan hampir berumur 27 tahun. Dan antara artis yang tersenarai ialah Amy Winehouse. Dan terbukti masin mulut mereka kerana Amy Winehouse memang betul-betul mati pada usia 27 tahun. Huuu ~

Memang trill kan "sumpahan" ni. Berkemungkinan nanti akan ada amaran yang menyuruh artis-artis Hollywood perlu berjaga-jaga apabila usia hampir menjangkau 27 tahun. Mungkin la. Lambakan artis-artis Hollywood yang mengamal amalan hidup tidak sihat macam dadah dan arak memang tak terhitung. Kebanyakkannya itu la menyebab kematian mereka. Apa-apa pun kalau dah sampai ajal, mati juga. 

Bye !




thank you sudi baca..:)

Tuesday, July 26, 2011

Monday, July 25, 2011

Tamat sudah Harry Potter

Assalamualaikum ~

Sebagai peminat tegar dan pengikut setia Harry Potter series, minggu lepas aku dan family pergi la menonton filem Harry Potter terakhir Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2. Macam biasa tengok kat City Square JB. Tu pun lambat seminggu kitorang pergi tengok. Punyalah aku penasaran nak tau ending (walaupun dah tau). Paling di tunggu-tunggu scene Harry Potter tahu perkara sebenar tentang Professor Snape dan scene epilog. 





masuk hall 15 minit awal.. so kita bergambar..

Sangat sedih oke scene memory Professor Snape tu. Sebelum tengok filem tu, aku dah warning pada diri sendiri yang aku akan touching time scene tu. Then memang aku touching habis masa menonton. Meleleh kau air mata aku. Nasib baik gelap, so orang lain tak nampak aku emo. haha..

Ayat terakhir Professor Snape pada Harry Potter "look at me... you have your mother eyes" sebab perkara terakhir yang ingin dia lihat sebelum mati ialah mata Lily Potter (mak Harry). Cinta Snape pada Lily Potter sampai akhir hayatnya. Then scene memory Snape memberitahu Harry yang selama ni dialah orang yang cuba menyelamatkan Harry Potter dari Voldermort. Nampak je snape tu dari awal filem macam takda perasaan kan.


Lepas ni takda dah tertunggu-tunggu filem Harry Potter terbaru. Boleh dikatakan membesar dengan series Harry Potter ni. So sangat susah nak say good bye.. hehe..Oh btw, aku still tengok movie ni dari Harry Potter and the Philosopher's Stone sampailah Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 1 dari DVD.. Tengok banyak kali pun tak boring meh.. 




Bye !


p/s: Kita admire kat Rupert Grint a.k.a Ronald Weasley.. ngeee ~ *..*




thank you sudi baca..:)

Saturday, July 23, 2011

Masalah di kenal pasti

Assalamualaikum ~

Macam mana tadi tengok perlawanan bola sepak Malaysia vs Singapura..? Suka tak suka..? Puas tak puas..? Panas tak panas..? Pergghhh !! Sentap hati mak nak.. Punya la ku tatang bagai minyak yang penuh, Ku puji- puji ketangkasan dan kehenseman pemain kita. Punyalah lekat poster Harimau Malaya kat bilik (tipu). Tapi ku kiciwa juga. uwaaaa !

Tapi nak buat macam manakan. Takpa, harap Harimau Malaya buat sehabis baik masa kat Bukit Jalil nanti. Aku geram la jugak kat defend and keeper Harimau Malaya. Lagi-lagi keeper la Sharbinee Allawee. Tapi last-last kesian plak kat dia. Ramai sangat dok mengutuk, maki hamun segala. Aku yakin dia dah buat yang terbaik sebenarnya, cuma nasib je yang tak menyebelahi dia. Takkan la dia nak kalahkan pasukan sendiri pulak kan. Confirm-confirm dia kena hentam habis nanti. Aku rasa dia pun tau akibatnya. Lagi tak best bila orang ramai start comparing dia dengan Khairul Fahmi. Lagi la dia makan dalam nanti. Lagipun aku rasa Khairul Fahmi pun dah tak se'power' mana kot. Bukti masa lawan Liverpool haritu. Dan Sharbinee Allawee tak la teruk pun.. Engkau hengat senang nak jadi keeper bola sepak Malaysia. ? Dia terpilih means dialah antara keeper terbaik.. (eh macam emo pulak aku) 


 Sharbinee Allawee * picture from google


Kalau korang perasan la kan, tengok bola ni kadang-kadang boleh mengundang sikap negatif juga. Antara yang paling ketara, maki memaki dan kutuk mengutuk. Kan..kan.. kan ..? Kalau tengok Fadhli Shas tak dapat tangkap bola korang cakap b*****g, kalau Safee Sali terlepas gol korang jerit s**t, Kalau pihak lawan dapat gol korang cakap b**o*.. Dan masing- masing complain macam dia lagi terer. contohnya : 

  1. "hek eleh kau ni, apsal b*****g sangat..baik duduk rumah je la.. aku pun boleh main kalau gitu.."
  2. "Adoi ! bola macam tu pun tak leh tangkap, bak sini jersi kau, bior aku main.."
  3. "Kau ni penjaga gol ke tiang gol kentang ??!!" 
  4. "Perghh !! apsal defend slow !! tak nampak bola ke hape..?!!"

Mostly memang akan macam tu, lagi-lagi kalau melibatkan team favorite mereka. Aku pun kadang-kadang terlepas cakap jugak gitu. haha. Hati tengah panas beb apa pun tak boleh. haha. So diharap lepas ni takmau la meletakkan harapan yang terlampau tinggi pada team favorite. Nanti asal tengok bola tambah dosa. sangat-sangat tak best macam tu. Set your mind.. be calm.. fuuuhhh ~

Bye !

p/s: Harimau Malaya tetap di hati.. :)





thank you sudi baca..:)

Friday, July 22, 2011

Round The 'Blog' World

Assalamualaikum ~

Hari ni mood rasa macam nak blogwalking je.. Jalan-jalan cari blog yang best kebaboomm ! Tengok-tengok tips, jenguk-jenguk tutorial, info-info terkini.. terlama pun takpa janji best dan buat aku berfikir dan terfikir. Actually aku pun suka baca life story orang.. haha.. Dah nama pun kepoh kan. Semua benda rasa nak tau. ekeke..

Jalan-jalan dan terus jalan sambil menyinggah. Lari sekejap dari blog yang memang aku dah selalu jenguk. Sesekali tukar angin ok jugak. Kita try jenguk blog yang kita jarang or tak pernah singgah. Join contest ke GA ke.. Tak rugi apa pun. Untung lagi ada. Kalau menang la.. heheh..Kalau selalu jalan-jalan macam ni, manalah tau ada blog yang aku tersangkut, then tiap hari aku jenguk. lagi-lagilah sekarang ni mengadap laptop je 24/7.

Bila dah banyak sangat free time ni tetiba rasa macam teringin buat assignment (kerja sekolah).. errkkk...? -..-"..  Hek eleh kau ni.. time ada assignment ko tolak tepi. Buat last minit.. haha.. biasa la tu, adat manusia, benda yang tiada dicari. benda yang ada depan mata tak nampak. huhu..

Okes la peeps.. nak round the blog world lagi ni. hahahha.. jom ramai-ramai blogwalking... yyeeehhhaaaaaa !




Bye !




thank you sudi baca..:)

Thursday, July 21, 2011

Perghh.. pucat aku ! Apsal Car Park KBTC macam nih !

Assalamualaikum ~

Baru-baru ni aku ada pergi Kelantan. Jalan-jalan sambil pergi jemputan kahwin abang kepada best friend. Aku rasa ni la first time aku ke Kelantan. Memang ramai betol orang kat Kelantan time tu, maybe tengah school holiday kot, So ramai yang bercuti ke Kelantan.

Macam kat tempat-tempat lain jugak, kalau pergi Kelantan ofcos la ada tempat-tempat wajib singgah. Pasar Siti Kadhijah, Rantau Panjang, Pengkalan Kubur, KB Mall (searching port bunuh diri lompat bangunan tu.. hahah..) Menurut kawan aku ni KB Mall takda la tinggi sangat pun nak terjun-terjun. Dia kata bangunan wisma (agaknyala) lagi tinggi.. hahah.. so searching plak bangunan wisma. Bukan apa just nak make sure je apa yang kawan aku cakap tu. Takdanya aku nak buat kerja bodoh terjun-terjun bangunan. Aku gayat wooo..

Nak dijadikan cerita, semua tempat kat Kelantan tu aku nak round. So tersinggah la satu shopping Mall kat KB ni. Bukan KB Mall tapi Kota Bharu Trade Center (KBTC) sebelah Pasar Siti Kadijah kalau aku tak silap. Kau tau apa yang buat aku spoil mood nak round satu shopping mall tu..? Sebab car park dia yang macam haram dan buat aku menggigil lutut time turun kereta. Gila menjunam jalan nak ke car park !! Ok btw aku di beritahu KBTC ada dua port car park, satu atas dan satu bawah. Tapi aku tak pernah pulak diberitahu tentang car park bahagian atas tu terlalu menjunam macam tu. Mana lah aku tau car park bahagian atas tu macam tu. First time kot singgah. Masa masuk ambil tiket parking tu dah start ber istifar dah bila tengok tinggi gila nak kena naik. Fuhh.. tegang urat leher aku !

Kota Bharu Trade Center

Disebabkan tengah panik, hahah.. aku tak sempat nak tangkap gambar or video tentang menjunamnya jalan tu. Maybe sesiapa yang pernah naik tau la. haha. Tapi tak tau la kalau orang kelantan dah biasa dengan jalan-jalan yang menjunam macam tu. Tapi seryesly aku cakap, tak ramai yang parking area atas dan yang parking kat car park bahagian atas tu kebanyakkannya orang luar dari kelantan, terbukti dengan no plat kereta yang parking di car park atas tu. haha.. maybe orang kelantan atau orang yang dah tau tentang tu dah tak nak dah parking atas.

Eh tapi aku ada jumpa video ni kat youtube.

Kota Bahru Trade Center Car Park

Maybe nampak biasa, tapi cuba try test.. hahah. Sangat sesuai untuk mereka-mereka yang sukakan cabaran, risiko dan kepucatan =..="... Tobat aku nak parking kat situ lagi.

Bye !

p/s: Sampai hati u niknurakmal dok ngoyak kat den pasal car park tu.. uwaaaa !-..-






thank you sudi baca..:)

Wednesday, July 20, 2011

Cinta vs Benci

Assalamualaikum ~


Suka tak semestinya CINTA
Tidak Suka tak semestinya BENCI



thank you sudi baca..:)

Kebetulan atau dirancang..?

Assalamualaikum ~

Maybe isu ni dah lama, tapi aku baru je tau (biasalah slow). Tadi bukak Facebook, then ada seorang kawan ni menyuruh kawan-kawan yang lain mencuba sesuatu yang pada aku quite interesting la. Arahan nya seperti ini..


So aku dengan pantas dan penuh terujanya cubalah buat apa yang disuruh. Just nak tau la apa yang orang lain nampak.

Then, resultnya adalah seperti berikut :

Huhuhu.. Aku agak terkejut jugak dengan resultnya. Kemungkinan hanya kebetulan. Tapi tak tau la kan. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya.

p/s: Seram juge bila melihat benda-benda macam ni.. huhu

thank you sudi baca..:)

Wordless Wednesday | Aaauummmmm !

Assalamualaikum ~


Siapa macho..? Harimau ke Singa.. heheh.. AAUUMMMMMM !




thank you sudi baca..:)

Wordless Wednesday | Panas perut ku

Assamualaikum ~









thank you sudi baca..:)

Aku Blogger Negeri Johor Darul Takzim

Assalamualaikum ~


Kali ni jom kita join pulak segmen dari Tuan Pilot ni. Nak join jugak klik banner atau SINI

Nama daerah anda.
Johor Bahru

Tempat yang menarik di tempat anda.
Stulang Laut @ Danga Bay


Makanan yang menarik di tempat anda.
Nasi Ambang @ mee rebus @ steamboat

Tempat anda belajar
Universiti Sains Malaysia



thank you sudi baca..:)

Tuesday, July 19, 2011

Suratan Yang Menyakitkan

Assalamualaikum ~

Korang layan tak drama Slot Lagenda tv3 Sijundai..? Drama yang mengisahkan tentang cinta yang berlandaskan ilmu hitam @ sihir. Huhu.. Boleh tahan jugak la drama tu. Apa yang buat aku melekat tengok drama tu sebab banyak sangat persoalan. Banyak sangat teka-teki, siapa Edy sebenarnya, kenapa Edy boleh gagap, kenapa Sarah kalau dengar Edy tiup suling jadi macam kena sampuk, Apa sejarah silam Seri dan Edy. Banyak lagi la. Semua tu memang jadi persoalan. Tu yang macam tertunggu-tunggu drama tu tiap minggu. hehe.

Dan maybe jugak hero dier ensem. (ecehh!) hahah.. Aku tak kenal pun siapa hero dier tu, pelakon baru. Azam Pitt. Ok tengok betul-betul.. Azam Pitt ye, bukan Brad Pitt.. hahah.

Azam Pitt.. *cair..*

Kalau ada yang try google sinopsis drama ni, korang perasan tak yang ada watak dah bertukar nama. Macam Seri, dalam sinopsis kata Desi dan Edy pula Gema. Maybe nama tu bertukar sebab nak mengikut kesesuaian kot. Karang nanti ada pulak yang kata drama ni macam Sinetron Indonesia pulak.

And soundtrack drama Sijundai ni pun best jugak tau. Lagu Suratan Yang Menyakitkan nyanyian Sharifah Zarina


Lirik Lagu Suratan Yang Menyakitkan by Sharifah Zarina

Berulang kali aku menyatakan hasratku
Tapi tak pernah kau ruang masa untuk diriku
Namun ku sedar kasih dimana ku berdiri
Dibalik cinta yang gelap aku terus sendiri

Sungguh aku menyesali kasih
Bercinta denganmu sayang
Sungguh aku sedar betapa hebatnya cintamu itu
Yang menyakitkan
http://liriklagu.biz
Ku sendiri kasih di lautan cintaku
Beralun ombak melanda namun aku berdiam
Masih aku sayang cuba untuk pertahankan
Suratan yang menyakitkan hati ini kerna ku mencintaimu
Sungguh aku menyesali kasih
Bercinta denganmu sayang
Sungguh aku sedar betapa hebatnya cintamu itu
Yang menyakitkan
Ku sendiri kasih di lautan cintaku
Beralun ombak melanda namun aku berdiam
Masih aku sayang cuba untuk pertahankan
Suratan yang menyakitkan hati ini kerna ku mencintaimu
Masih aku sayang cuba untuk pertahankan
Suratan yang menyakitkan hati ini kerna ku mencintaimu
Bestkan lagu ni. Yang pasal video tu, aku try cari official video klip lagu ni tapi takda. hehe.. Kalau suka korang download je
Bye !
p/s: Nanti time Karaoke nak try search lagu ni la.. heheh -..-"




thank you sudi baca..:)

SEGMEN : TERLIUQ WAKTU BERBUKA PUASA

Assalamualaikum ~

Terima kasih tuan punya segmen kerana sudi menjemput.. heee..

Jom join reramai.. more info klik banner..

Makanan-makanan yang buat saya terliuq meleleh time buka puasa

  • Cendol Pulut <----- paling kronik -..-
  • ABC Rock
  • Ayam Golek.
  • McD
  • Ice cream@yogurt@sekutunya
  • Donat Big Apple@Jco
  • Dadih
  • Ais ketul <----paling tak leh blah.

Tula antara senarainya. Tapi kalau diikutkan nafsu, tengok makanan ape pon memang dah terliuq sebenarnya.. heheh.. Bukan setakat tengok, just bau je dah boleh terliuq.. macam bau nescafe ke kan.. hehe. 

p/s: nasib baik awak tak buat segmen ni time bulan puasa.. heheh..

Tamat sudah kisah Daim

Assalamualaikum ~

Akhirnya selesai juga drama feveret ramai Juvana. Drama yang pada mulanya dianggap tidak sesuai ditonton kerana memaparkan adegan ganas, buli dan gangster yang ditakuti dapat memberi impak buruk kepada kanak-kanak atau remaja yang menonton. Apa-apa pun panduan dan bimbingan ibu bapa penting. Lagi-lagi bila ada remaja yang suka dengan ke'brutal'an dan 'cool' nya watak botak. Tidak mustahil boleh terpengaruh. 

Ending yang boleh di katakan 'surprise' bila Cikgu Azmee bertukar watak. Yang penting aku suka bila last-last Cikgu Arifin yang baik. heheh.. Happy ending.. Walaupun nampak klise tapi memang hampir semua penonton setia Juvana inginkan drama tersebut berakhir dengan yang jahat mendapat pembalasan yang setimpal dan sebaliknya.

Walaupun tiada unsur-unsur percintaan yang diselitkan, tapi Juvana berjaya juga memikat hati penonton. Yelah, kadang-kadang bosan juga jika sering ditadah dengan kisah cinta je kan. Sesekali kisah-kisah kehidupan macam ni, boleh juga kita buka mata. 

p/s: 10 tahun kemudian botak jadi ape..? peninju..? seswai sangat la tu.. 

Monday, July 18, 2011

Nak hadiah dari SyahRidzeah

Assalamualaikum ~


Aku telah di tag oleh Cikmisi untuk join GA ni. Thanks cikmisi.. :)
So kalau korang-korang nak join jugak, no hal babe..
Boleh klik banner kat atas.
Tarikh tutup 31 Julai 2011

Saya nak tag :
phon thip
azra azis

Saturday, July 16, 2011

Confused

Assalamualaikum ~


“Sometimes I'm confused by what I think is really obvious. But what I think is really obvious obviously isn't obvious...”



BEN ASHAARI : RAYA

Assalamualaikum ~


 Nak join klik SINI

Tuesday, July 12, 2011

Yeay yeay ! facebook tak leh bukak !!!

Assalamualaikum ~


Hahaha.. aku suke gilerr.. !! (mata keatas tangan kedada)

Video pergaduhan artis paling WT**

Assalamualaikum ~

Aku ada terima satu video ni, bila di selidik, benda ni dah agak lama juga la berlaku. Maybe korang-korang ada yang dah pernah tengok and tau pasal ni. Aku pun dah lama tak tengok tv channel Indonesia. So aku memang dah tak tau langsung perkembangan artis kat sana. Kalau dulu (zaman sekolah) memang aku rajin tengok rancangan gosip-gosip Indonesia ni. Lagi best kot dari Melodi. Sebab entertainment kat sana memang suka cerita lebih-lebih kalau kes-kes gini. Diorang memang open la kalau bercakap or bagi pendapat, takda kalis-kalis punya. 

Bila tengok video ni, benda first yang aku terfikir ialah BODOS !!.. Gila la, terdedah sangat kot. Video Julia Perez vs Dewi Persik memang tak bleh blah.. !! Kalah kot video gaduh dalam kolam Rita Rudaini dan Lisdawati. Mereka berdua ialah artis kontroversi Indonesia. Seryesly aku tak kenal pun si Julia Perez ni. Dia ter'femes' kat Malaysia ni pun time dia nak buat kerja bodoh lagi bangang bila nak pakai bra laser untuk menganggu konsentrasi pemain bola sepak Malaysia lawan Indonesia dulu. Yang si Dewi Persik ni pulak aku pernah la tengok dia berlakon dalam filem seram Indonesia. Tapi lebih lucahnya dari seram. Aku pun pelik apsal filem seram /hantu Indonesia mesti ada adegan-adegan yang tak senohoh ek..? 

Layan la video Julia Perez vs Dewi Persik ni. Kalau ternampak apa2 yang menyakitkan mata ignore je la heh.. Pada adik-adik pulak tutup mata tu. hahahha..


p/s : Agak-agak korang sapa salah..? 

Monday, July 11, 2011

Love is

Assalamualaikum ~

“Love is when you shed a tear and still want him, it's when he ignores you and you still love him, it's when he loves another girl but you still smile and say I'm happy for you, when all you really do is cry.”


Sunday, July 10, 2011

Mega Giveaway by Yana & Cik Putih

Assalamualaikum ~



Nak join jugak..? klik banner..

Perghh !! Gempak kot GA ni.. manyak sponsor hadiah babe. Siapa tak join rugi betol ni. Hadiah best-best pulak tu.. Pemilihan akan dibuat menggunakan random.org. So antara nasib tak nasib je la. Mana la tau anda sememangnya di lahirkan bertuah. cehhhh.. So join babe giveway ni. Kat bawah ni antara mereka yang sponsor hadiah GA ni.

senarai sponsor :
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls 
Haaa.. hambik kau.. banyak tak banyak kan sponsor.. ^O^  <-----melopong
Kat bawah ni pulak mereka yang terpaksa dan di paksa join 

  1.  Cik Tips
  2.  Cik Azra
  3.  Cik Syaza


Tarikh tutup 8 Ogos 2011..
Kemon babe.. jom joinnn...


SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

Assalamualaikum ~


Photobucket

Saya nak GA dari Korea dan Bandung.. !!
Siapa tak nak kan..

Antara syarat-syaratnya, kena tag sekurang-kurangnya kat 2 orang rakan blogger
Mereka-mereka yang bertuah di paksa join ialah :


Nak tahu syarat selebihnya dan nak join
boleh klik kat SINI

Tarikh tutup 15 Ogos 2011
sempena dengan birthday saya.. hehe

Singgah blog aku sat , bleh ?

Assalamualaikum ~


Jom lawat melawati (blogwalking) bak kata Bro Ben..
Nak join jugak..? klik sini SINI
Tutup jam 10 malam ni.
Copatt !!

Thursday, July 7, 2011

YA ALLAH.. mana hilangnya hati mereka..?

Assalamualaikum ~

Sekarang ini nyawa manusia seperti barang mainan. 
Sesuka hati boleh dicabut dirosakkan oleh orang yang tidak ber'hati'
Apa mereka ingat mereka tuhan..? 
Sesuka hati mengambil nyawa orang lain..? 
Mana hati manusia mereka..? 
Sudah hilangkah rasa sayang dan kasihan..? 
Tidak terbayang kah mereka jika isteri, anak mereka diperlakukan begitu juga..? 
Tidakkah mereka ingat TUHAN..? 


YA ALLAH...

BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ?

Assalamualaikum ~


Segmen Bro Ben kembali.
Kali ni best woo
Main kritik-kritik..
So peluang nak jadi pengkritik terbentang luas ni.
Nak join klik SINI

 Aku seryes suka orang jujur dan ikhlas.. :)


p/s: Kritik la dengan cara berhemah yee. Tak mo la maki-maki. Tak best macam tu.
Bye !

Dapat hadiah dari Microsoft dan Yahoo Emel

Assalamualaikum ~


Lepas je tengok movie Mr & Mrs Smith kat Astro Citra semalam, aku terus je mengadap internet balik. Nak bukak sekejap je sebab nak check emel kat Yahoo kononnya. Aku jenis manusia yang jarang update emel kat Yahoo. Just baca je mana2 yang penting then tutup, biarkan je berlambak2 emel notification dari Facebook or blog macam tu je. Tapi kalau datang rajin, semua aku delete. hahah..


Masa tengah nak delete-delete notification dan emel yang dirasa tidak perlu tu, aku ada terperasan satu emel ni, From MICROSOFT AND YAHOO E-MAIL SELECT AWARD. dan subjek dia CONGRATULATION YOU HAVE WON GBP£1,000,000.00.  Giler kau 1 juta pound sterling kot. Dengan tak semena2 jutawan aku. 




Fill Out This Form if you are silly


Tapi seryesly walaupun aku tak berapa nak bijak. tapi takda la bodoh tahap loser. So far aku tau bezakan yang mana betul dan yang mana salah. Yang mana benar, dan yang mana tipu. cewah ! Tengok je subjek emel tu "CONGRATULATION YOU HAVE WON GBP£1,000,000.00." , aku tau dah benda ni SCAM. Ya ampun ! Tak kan la aku boleh menang duit tu macam tu je. Tomok pun bersusah payah dan bertungkus lumus untuk dapat RM 1 juta kat rancangn One in a Million. Aku duduk rumah je pon. Gila bertuah.


So aku try la google kot-kot dah ada orang yang mention pasal ni ke kan. Memang dah ada pun. Benda ni dah lama dah rupanya. Aku je yang baru dapat. Tarikh emel 4 July 2011. 


So beware la kalau ada dapat emel-emel macam ni. Jangan mudah sangat percaya. Takdanya diorang nak bagi kau duit macam tu punya senang. BEWARE PEOPLE !!


Bye !!   

Wednesday, July 6, 2011

Saya kanak-kanak naif

Assalamualaikum ~

Bila terbanyak sangat waktu free ni. Aku selalu teringat time kecik-kecik dulu. Dulu masa tadika konon-konon nak jadi gangster. hahah.. konon-konon nak jadi pembuli tegar. Baling pensil kat orang, sembunyikan baju uniform orang time kelas sukan, ejek-ejek orang bagi nangis, sembunyikan bekal makanan.. haha. Tu pun aku berani buat bila ada geng la. hahah.. Takda geng, aku la orang paling sopan sekali. Target mangsa yang memang duduk sorang-sorang yang takda kawan. Tapi kalau bakal mangsa ada geng, tak berani pulak aku nak buli. Tak pasal-pasal nanti aku kang yang kena buli. hahah..

Masuk sekolah rendah memang best. Ramai kawan. Tapi seryesly aku dulu tak berapa pandai sangat nak berkawan. Tak ada pun best friend zaman sekolah rendah. Semua boleh jadi kawan. haha.. Bila kita masuk darjah satu, mesti parents akan stay pada hari first persekolahan, tengok-tengokkan kita sepanjang waktu sekolah kan. Adalah dalam 2-3 hari. Waktu rehat mak ayah dah tunggu kat kantin, makanan dah ada atas meja. So tak tau pun makanan tu kena beli kat kantin tu. Lepas makan mak ayah hantar masuk kelas balik. Waktu balik ayah dah terconggok kat depan pintu pagar. Macam masa tadika, memang aku berhantar dan berjemput oleh ayah. So berlari-lari anak la aku kearah ayah.

Seryesly aku bukan jenis budak-budak yang berdikari dulu. Semua mak ayah buat. Aku ingat lagi, lepas je mak ayah dah tak stay kat sekolah tu, first day aku kena belajar hidup sendiri kat sekolah, waktu rehat aku ilang arah. Waktu rehat tercari-cari mak ayah, padahal mak ayah dah pesan kot diorang dah tak boleh datang sekolah lagi. Aku tengok orang lain semua dah ada kawan-kawan. Aku takda pun. Duduk je kat kantin tu tengok orang lain makan. Tak tau pun makanan boleh di beli kat kantin tu. hahah.. Yela.. dah terbiasa makanan tersedia atas meja. Last-last ada sorang makcik ni belikan aku makanan. haha.. Kesian agaknya dia tengok aku. Suka betul time dapat makan. Ntah aku cakap terima kasih ke tak ntah kat makcik tu. hahha.. Aku pun makan la sorang-sorang. Takda kawan pun. Tak ambil hirau pun keadaan sekeliling. Lepas habis makan aku pelik kenapa kantin dah takda orang. mana pergi semua orang..

Malas nak fikir, dan tanpa aku tau kat sekolah ada loceng yang berbunyi itu menandakan waktu rehat dah tamat, aku terus jalan balik kelas. Menonong je aku masuk kelas tanpa mengetuk pintu atau beri salam. hahah.. padahal cikgu tengah mengajar. Cikgu tu pun tegur la aku.

" Nabila, masuk kelas kena ketuk pintu dan bagi salam dulu " kata cikgu
" ???? " aku senyap dan blur
" Ok, murid-murid, siapa boleh tunjuk kat Nabila cara masuk kelas? " Tanya cikgu
" saya.!!.saya..!! saya.!!." hampir semualah budak kelas tu tawar diri untuk buat demo kat aku.

Last-last dia pilih la sorang budak kelas ni, budak ni pun keluar then ketuk pintu dan bagi salam, macam yang cikgu suruh.

" haaa.. macam tu la Nabila.. nak masuk kelas kena buat macam tu.. Ok sekarang Nabila buat pulak.." kata cikgu.
" ??????? " aku senyap dan still blur lagi.. hahahha..

Waktu balik sekolah pulak kena naik van. Memang ayah dah tunjukkan aku pun van yang aku kena naik. Tapi disebabkan aku ada kawan time tu, aku naik bas yang kawan aku naik. hahah..Nak balik dengan kawan la konon.. Tapi, nasib baik drebar bus tu alert dengan budak-budak ni. So dia tahu la aku bukan penumpangnya. So dia hantar aku ke van yang sepatutnya. haha.. Kalau dia tak alert, ntah kemana agaknya aku. hahah..

Wordless Wednesday l Tiada yang mustahil

Assalamualaikum ~