Thursday, May 5, 2011

Siapa dia ni ekkk..??..

Assalamualaikum ~

Semakin kita meningkat usia, semakin jauh kita berjalan, semakin juga ramai orang yang kita kenali. Tapi kadangkala korang perasan tak, ada diantara orang yang pernah korang kenal, sedikit demi sedikit korang akan melupakannya bila sudah bersama orang baru.

Kat sini, aku bukan nak bercakap pasal lupa daratan or lupa kawan ke hape. Tapi pernah tak korang dapat mesej @ emel kat FB ke YM ke phone ke yang mesejnya berbunyi macam ni.

"Hi Nabila.. Lame tak jumpa.. Buat ape sekarang..?"


                                      @


" oit.. lain dah ko sekarang.. pe cer beb..?"


                                      @


" Nabila.. long time no see.. rindu beb kat ko.."

Tapi korang sikit pun tak cam siapakah gerangan dia. Kenalkah..? Macam pernah kenal tapi kat mana ek..?

Dan korang akan rasa serba salah.

* takkan aku nak cakap tak kenal plak kan.. kecik hati plak dia nanti. Lagi satu, nanti dia cakap sombong   plak tak ingat member *
* Kalau aku buat2 kenal plak nanti tetiba masuk topik yang aku pun tak ingat macam ne..? *
* Dia ni kawan skola rendah ke menengah ke kawan perumahan ke kawan sekolah agama ke *

Benda2 macam ni selalu terjadi pada kenalan-kenalan la. Alah.. Kalau pergi satu-satu tempat mesti kita ada kenal someone as kenalan sahaja.. just kenal. Macam time sekolah, ramai kot kawan. Tegur menegur. Bila dah besar 10 tahun tak jumpa susah ko nak ingat balik.

Itu la salah satu perkara yang menakutkan aku. Seryes aku tak suka. Bukan niat nak melupakan ke apa. Aku bukan jenis yang lupa kawan. Tapi kadang-kadang memang agak susah nak mengecam. Cam muka lupa nama, Cam nama lupa muka. Aku memang pelupa.

Kadang-kadang lagi kronik bila terserempak dekat shopping mall ke jalan ke kan, ada yang menegur tapi aku tak cam pun sapa dia. Uwaaa !! Aku just layankan aje..

" hye Nabila, wat pe kat sini..?"
" Ehhhhhhhhh hyeeeeeeeeeee.. takda window shopping je.. Eh sorang je ke..?" cuba mengecam
" Ngan kawan.. Lamanya tak jumpaa.. Apa cer sekarang..?
" Tak da cerita apa-apa la.. macam ni jee.." cuba mengecam lagi
" Eleehhh.. bila nak kawin..?"
" (-..-") " cuba dan terus cuba mengecam.
" Kalau nak kawin nanti jemput tau"
" Ehhh.. mesti la.. Awak pun jemput la kita jugak nanti " haisshhh siapa dia ni ekkk..
" Mestii.. okla.. nanti jumpa lagi heh.."
" Insyallahh.." Uwaaa.. siapa dia ni ekk..
" Bye "
" Bye " 

Melambai sambil berlalu pergi sambil still memikorr SIAPA DIA  ??!! -..-


hahah.. ok! aku pelupa. Tapi mesti korang pun pernah rasa kot apa yang aku rasa ni.. heeeee..

5 comments:

Fahmi Mahat said...

standard le. lagi2 klu awak ni stock2 faymes sejak azali~ :D

yang cuba bercakap dari pengalaman tapi takde mana pun,
Fahmimahat

Nabila Wahab said...

@Fahmi Mahat: saya x faymes pn..

FurBall said...

aku kalu aku tak tau nama org tuh aku ckp mcm nih..ahahaha..

"kan..dulu bes gler..duk suka hati kita men nama org nih..ko dulu dorang kutuk apa ek nama ko??"

Nabila Wahab said...

@FurBall: hahhaha.. bgus gk idea ko.. bernass !!

Jujurara said...

hahaha..prnh gak camtu...pelupe..