Cuti-cuti sem macam ni, selain dari mengadap laptop, aku memang banyak mengadap tv la. Macam-macam cerita aku tengok. Omputih, melayu, Cina, Hindustan, Tamil, Korean, Jepun, Telenovela, Indon, Filipino dan semua lah. Semua drama series aku follow.haha. Yelaa.. time ni la nak lepas gian, balik uni nanti takdanya aku nak mengadap tv, tapi still follow drama-drama best kat TONTON
Time sekolah dulu, seriously gua cakap lu, gua memang agak suka tengok sinetron-sinetron seberang. Lagi-lagi la kan gua eh aku duduk kat Johor kan. Memang dapat la channel Indonesia, SCTV, RCTI, TPI, tu semua channel Indonesia la. Siap dia punya rancangan gosip semua aku layan. haha... Sampaikan level fahaman aku dalam bahasa Indonesia kira not bad la. Asalkan jangan campur dengan loghat-loghat sunda ke jawa ke kan. (Elehhh.. bahasa Indonesia bukan beza sangat pun dengan bahasa kita kan)
Tapi tu dulu la. Sekarang ni takda nyee. Memang jarang sekali nonton sinetron. Apatah lagi bukak channel Indonesia tu. Maybe faktor study, takpun maybe channel Astro lagi macam-macam ada kot. haha. Takpun drama Melayu sekarang lagi best agaknya. Urmmm...
Antara drama / series tv melayu yang aku dan korang wajib follow every episod ialahhh..
5. Cita Dan Cinta
Aku tertengok drama ni since episod 2. Terpikat sebab ada Beto Kusyairy. hahah. Suka kot tengok dia berlakon. Lagi satu, aku rasa, drama ni sempoi je. skrip dia, lakonan pelakon dia. So macam kena la dengan jiwa remaja ni. hahah. Drama ni setiap Khamis, 8.30 malam. tv9
Sinopsis Cita Dan Cinta:
CITA & CINTA adalah merupakan drama bersiri remaja yang berkonsepkan ‘feel good drama’ ini mengisahkan kehidupan lima remaja yang berusia awal 20-an yang tinggal di Kuala Lumpur.
Drama ini mengupas segala isu yang berkaitan remaja masakini seperti pergaulan, komunikasi, pembelajaran, fesyen, percintaan, kecelaruan gender dan lain-lain permasalahan yang dihadapi remaja di masa kini.
Katanya drama ini diinspirasikan dari drama remaja Hollywood, drama berkonsep urban yang masih mengekalkan unsur kemelayuan ini membawa penonton menyusuri hati sekumpulan remaja yang terpaksa bergelut dengan pelbagai cabaran apabila tidak diberi peluang mengembangkan kebolehan mereka.
4.Asmara 2
Drama ni aku start follow sejak dari ura2 member aku cakap drama Asmara 1 best. Tu pun aku follow Asmara 1 kat TONTON back to back. Dari episod 1 sampai last. Kira time tu aku ketinggalan sikit la pasal drama ni. Drama dah habis, aku baru nak start tengok. So ni ada Asmara 2, kebetulan memang ada kat rumah, pe lagi... follow la.. heee.. Asmara 2 setiap hari Selasa jam 9.00malam, tv 3
Sinopsis Asmara 2:
Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).
Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.
Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.
3. Juvana
Drama ni aku tengok sebab adik2 aku tengok. hahah. Cerita dia best la pada aku. And buat lagi best sebab ada Beto Kusyairi lagi. hahah. Lagi satu, aku ni jenis suka sangat nak tau sebab dan kenapa budak2 tu ada dalam sekolah Juvana tu. Drama ni setiap hari Isnin pukul 9.00 malam di tv3
Sinopsis Juvana:
JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.
Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.
Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.
Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.
2. Maharaja Lawak
Ni memang wajib nih. Tapi aku suka tengok SEPAH, JOZAN, NABIL dan JAMBU je yang melawak. Bila yang lain aku memang tak tengok. hahah..Kesian nanti bila tengok diorang malukan diri diorang sendiri. haha.
1. Nora Elena
Haaaa.. aku dah terpikat habis dengan drama nih. Cerita yang adaptasi dari novel memang kebiasaannya best. Lagi-lagi bila dia menampilkan pelakon-pelakon yang memang sedia best.. Aaron Aziz !! hahah. Drama ni seminggu 4 kali, setiap Isnin - Khamis pukul 7.00 malam di Slot Akasia tv3. Apsal timing untuk slot Akasia ni dah berubah hah..? Dulu bukan ke 6.30-7.30malam..? Aku rasa time dulu lebih sesuai kot. Timing sekarang macam sangat mengganggu waktu mahgrib.
Sinopsis Nora Elena:
Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.
Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?
4 comments:
cik ezy lyn nora elena je..
yg laen2 xtgok..
=)
ala.. nora elena besh.. tp rasa mcm pelik bila aaron jd hero.. dlu masa baca novel t'byg seth nie mata sepet n kurus2.. tgk2 aaron yg jd seth..isk2
@Cik Ezy: beshkan nora elena.. :)
@intan suraya : hahah.. ok la aaronn.. ensem what.. bestnya awk dh bce novel dia.. lps ni klu kte bce novel dia, mmg kte imagine aaron je.. hahah..
Post a Comment