Assalamualaikum ~
Innalillah..Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Hari ini sekali lagi kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang lagi seniwati veteren tanah air iaitu Mahyon Ismail, 69 tahun. Allahyarham meninggal dunia tengah hari tadi setelah mengalami sesak nafas.
Allahyarham yang juga ibu kepada pelakon terkenal Faizal Hussein, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi jam 11 malam tadi.
Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis.
"Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999.
"Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian sehinggakan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi.
"Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.
Malah Allahyarham yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di sebelah kubur suaminya Allahyarham Hussein Abu Hassan, di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak, selepas solat Asar tadi.
Takziah untuk keluarga Allahyarham Mahyon Ismail, Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah..
2 comments:
Al-Fatihah
@nik rosmawati : Al-fatihah..
Post a Comment