Sunday, May 30, 2010

Happy

Semalam (29/5/2010), banyak benda gembira yang aku dapat. Balik dari kerja terus check handphone (sebab hp tertinggal kat rumah masa nk pergi kerja). Dan aku terima berita yang memang menggembirakan. Beritanya aku diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia (USM). Gembira sebab memikirkan susah payah aku, ayah dan mama ke Penang sebab interview USM hari tu berbaloi. Bermakna tak sia-sia la aku ke sana jauh-jauh...

Yang keduanya aku & family pergi rumah pakcik Rahman sebab nak melawat abah and cousin2 aku yang sakit... Bila dengar Fauzan dan Iman demam denggi, kitorang satu family panik juga.. Lebih-lebih lagi bila dengar denggi berdarah & keadaan diorang teruk.. Tapi alhamdulillah, masa aku & family ada kat rumah tu, Topet bagitau yang Iman dah boleh keluar hospital.. And ayah ngan mama pergi amik Iman kat HSI ( sebab pakcik Rahman tak ada). Iman pun aku tengok dah sihat... balik dari rumah pakcik, aku & family pergi melawat Fauzan pulak kat Hospital Sultanah Aminah (HSA).. Tengok pun dia dah sihat betol.. Hidung ngan gusi dia pun dah tak berdarah lagi.. So, alhamdulillah semua dah sihat.. Abah pun aku tengok macam dah okey sikit..

Balik je rumah dah mahgrib..Tapi kitorang adik-beradik ada plan nak keluar sama-sama malam tu.. Plan nak tengok wayang..Kitorang keluar rumah pukul 8.30pm..And dapat la tiket wayang pukul 9.30pm.. Movie memang best.. Prince of Persia: The Sands of Time... Memang tak rugi tengok.. Sebelum balik kitorang singgah makan kat hutan bandar.. Menu yang popular kat situ chicken chop RM5... Tu pun Adib yang suggest kan.. Aku pun sebelum ni pernah dengar pasal tempat makan tu... huhuhuuh... Sebelum balik tapaukan dua bungkus chicken chop untuk Afiq dan ayah.. Sampai rumah pukul 1am.. Memang penat..Tapi happy sangat..

No comments: