Monday, February 13, 2012

Apa barang K-POP.. pelissss !

Assalammualaikum ~

Hahahahhaha ~


Walaupun lambat nak mengakui ( aku memang lambat serba serbi pun), dengan rasa kecik matanya ingin mengakui yang aku dah jadi peminat K-POP !! hahaha... Walaupun dulu kala pernah ditanya mengenai K-POP oleh "mereka-mereka" contohnya seperti :


" Bell, tengok tak Boy Over Flower..?" tanya mereka teruja
" Apa tu..?" balasku konfius
" Drama Korea la.. yang hero dier Lee Minho tu.."
" Owh.. tak hensem la dia tu.." dengan yakin jawap walhal tak pernah tau pun siapa Lee Minho tu..
" Best bell cerita dia.. try tengok" mereka memberi suggestion
" Ape barang K-POP.. pelisssssssss ! " sambil kembangkan idung


Kekekek.. itu dulu la.. memang sentiasa beranggapan K-POP tu macam tu. Pelik dengan mereka-mereka yang tak keluar bilik semata-mata mengadap korean drama 24 hour. Agak annoying. Apa ntah yang best sangat. Bila di ajak tengok korean drama, belum abis satu scene dah cakap "TAK BEST LAH.. HERO/ HEROIN TAK HENSEM/CANTIK. Time tu citarasa semua nak macam Johnny Depp, Taylor lautner ke, Heath Ledger ke (walaupun dah mati dah orang tu) yang heroin pulak nak macam Angelina Jolie ajeee.. Konon-konon taste omputih sangat la time tu kan.


Dalam sejarah dulu-dulu cerita korea yang aku tengok boleh di kira, Winter Sonata, Autumn In My Heart, Full House dan last My Girl. Tu je laa. Lepas tu takda dah layan korea. Lagu-lagu korea pun tak tau, kalau tau pun dari ost drama-drama diatas je la.




Entah dari mana punca dan sebab boleh terminat pulak. Yang pasti bukan datangnya dari pengaruh atau hasutan dari member, sebab list member-member takda sorang pun yang addicted dengan K-POP ni. Puncanya dikenal pasti dan ia dari diri sendiri.


Aku rasa akar umbi utama yang buat aku terjebak ialah sebab aku nak tengok balik drama Winter Sonata sem lepas. Actually aku tak pernah habis pun tengok drama tu, tu yang nak tengok balik la. Lagi pun memang totally lupa  jalan cerita dia. Then seminggu lepas tu aku kena tinggal sorang-sorang kat hostel sebab roommate & bf (bestfriend) yang lain busy dengan hal memasing. Kau bayangkan kena tinggal sorang-sorang, dekat seminggu jugak la. Makan sorang-sorang, tidur sorang-sorang, cakap sorang-sorang. (korang baca tak ni niq,eja,yuni..?!) untuk mengelakkan diri dari kebosanan tahap maksimum, dan disebabkan feel korea Winter Sonata tak habis lagi, aku layan la Boy Over Flower. Dan dari situ la bermulanya sejarah aku dan K-POP.. ecehhhh ! hahah


Aku ni kalau dah suka, aku akan cari information sampai ke akar umbi punya. Satu-satu aku selongkar. Dari sini ke sana, dari sana ke situ. Memang aku selidik habis-habisan. Selalu terfikir, kalau la benda ni as assignment uni, memang aku boleh skor A+++++. Memang setebal tebal report aku boleh buat. Tapi malangnya, time assignment aku tak segigih itu. -..-


Lagi pun aku suka tengok variety show mereka (korean) macam Running Man, Family Outing, Night After Night & Strong Heart, so dari situ aku tau siapa mereka-mereka itu. Dan berminat nak tahu pasal diorang. Kalau korang tak pernah tengok variety show diorang, aku highly recommended korang untuk tengok, especially Running Man & Family Outing. kalau Night After Night & Strong heart more to rancangan bercakap (temubual), so aku tengok time artis feveret aku appear je.. heee..

Running Man | source google

Family Outing | source google

Kalau dulu, k-pop group yang aku tahu Super Junior je la. Tu pun tau lagu Sorry Sorry je, tak pun Bonamana . Sebabnya lagu tu selalu keluar kat radio. Tapi tak tau plak group tu ahli dia sampai 13 orang.


Super Junior | source google

First K-POP group yang aku tau Super Junior la. Mula men'searching' sesuatu pasal diorang yang memang aku sedar dan sah tidak penting, tapi itu yang aku suka. haha. Setiap ahli aku google. Then bila dah bosan beralih pulak pada SS501. Dengar macam rare kan. Kalau peminat K-POP tahu kot group ni. Aku dulu tak tau pun.


SS501 | source google

Tau pasal group ni pun sebab tengok Boy Over Flower. Sebab Kim Hyun Joong pelakon drama tu.  Then bosan pastu beralih ke lain pulak Girls Generation, 2PM, 2NE1, Shinee, T-ara, CN Blue, FT Island, dan sekarang memang suka sangat dengan BIG BANG.

FT Island | source google


BIG BANG | source google

Perubahan boleh di lihat ketara bila family pelik dengan perangai aku time cuti sem ni. Kalau dulu, tak pernah sekali pun aku buka channel KBS & ONEhd tu. Sekali cuti sem ni taste terus berubah, dulu suka tengok america next top model, keeping up with the kardashians, kimora lee simmons, cerita cerita gitu. Buka channel AXN, channel E! je. then sekarang lain dah. buka MTV semata-mata nak tengok k-wave dengan k-pop hitz. -..-" Lagu-lagu MP3 aku pun dah lain dah. Totally bertukar. Haisshhhh..


Tapi aku takda la sekronik sampai nak puja-puja habis. Just minat.. Then aku masih lagi fikir tak berbaloi pun nak pergi konsert or habis beratus semata-mata nak tengok mereka dari dekat. Tapi kalau FREE OF CHARGE insyallah aku pergi. ngaaaaa ~


Bye !


p/s: Nak tengok sampai mana aku boleh minat K-POP ni, sebab aku sentiasa berubah.. Ikut angin katenyeew..


thank you sudi baca.. Have a nice day ! :)

1 comment:

Aiskrim Cokolat said...

sye pun mnat ss501 dulu ~ ehek :)